Mahfuz Omar, Salehuddin Ayub dan Rafizi Ramli sepakat mengatakan perlantikan Hishamuddin itu merupakan isyarat kepada Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO untuk diundurkan.
Mahfuz Omar dalam analisis bijaknya mengatakan Najib Abdul Razak dalam keadaan kelam-kabut dan terpaksa memilih Hishamuddin Hussein Onn sebagai pelindung sekaligus memberi isyarat bahawa Najib sudah tidak dapat menahan tekanan, dan bakal meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.
Salahuddin Ayub pula mengatakan Najib tidak mampu lagi berselindung dan terpaksa akur dengan tekanan rakyat supaya meletak jawatan.
Tetapi yang paling menarik, sudah tentulah ulasan daripada Rafizi Ramli, individu yang sedang menangguhkan hukuman penjara 18 bulan, 5 kali berturut-turut didapati bersalah oleh mahkamah kerana menfitnah dan sedang berhadapan dengan berbelas-belas tuduhan melakukan fitnah dan hasutan.
Kata Rafizi, perlantikan Hishamuddin bukanlah sesuatu yang baik untuk perkembangan kerjaya politik Ahmad Zahid. Sekaligus Najib memberi isyarat bahawa Zahid tidak lagi diperlukan oleh Presiden UMNO itu.
Perlantikan seorang Menteri Kabinet sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas, bukannya pertama kali berlaku. Hishamuddin Hussein Onn bukanlah Menteri Kabinet pertama yang dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas. Najib Abdul Razak bukanlah Perdana Menteri pertama yang melantik salah seorang Menteri Kabinetnya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.
Dari tahun 1960 lagi, sudah ada Menteri yang turut menyandang jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas. Antara mereka termasuklah Ghazali Shafie yang selain menjadi Menteri Penerangan, juga adalah Menteri Tugas-Tugas Khas. Begitu juga dengan Asri Haji Muda, selain Menteri Kemajuan Tanah, juga menyandang tugas sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas. Lim Kheng Yaik, di samping tugas hakiki sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dia juga adalah Menteri Tugas-Tugas Khas. Malah Daim Zainuddin, selain tugas utamanya Menteri Kewangan, juga dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.
Menteri Tugas-Tugas Khas adalah 'perwakilan kuasa' kuasa-kuasa Perdana Menteri kepada seorrang menteri bagi menjalankan misi atau tugas yang menjadi tanggungjawab Perdana Menteri sepertimana yang termaktub dalam Akta Tugas Menteri 1960.
Menteri Tugas-Tugas Khas juga boleh mempengerusikan mesyuarat bagi pihak Perdana Menteri dan membuat keputusan tanpa merujuk kepada Perdana Menteri dan Kabinet. Tugasnya hanya dalam satu misi yang diberikan oleh Perdana Menteri, bukan sebagai 'rakan kongsi' Perdana Menteri untuk keseluruhan fungsi dan tugas Perdana Menteri.
Dalam keadaan negara dan perkembangan di seluruh dunia sekarang, Hishamuddin Hussein Onn dilihat sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas bagi hal-ehwal keselamatan, bekerjasama dengan Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri secara lebih erat.
Hanya katak di bawah tempurung sahaja yang tidak tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka dan sentiasa berasakan mereka selamat sehingga membuatkan mereka melihat perlantikan Hishamuddin Hussein Onn sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas hanya berkisar tentang permainan politik kepartian semata-mata!
2 comments:
Najib takut kalau org lain dia kena tangkap jadi kena pilih saudara yg boleh dipercayai utk kelentong rakyat. Tak ada demokrasi dlm UMNO.
MR MAHFUZ BEEN BAKAL KENA CAPAL HADI /NAIB PRESIDEN KUALI LEPER TU SEDANG MEROYAN BIMBANG PARTI DIA AKAN DIGELAR PAN.....TUT MANAKALA RAFIZI B PEMBOHONG SEDANG DITAZKIRAH DEK TOK HADI SEHINGGA BERTAUBAT....
Post a Comment