Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 10, 2017

KRISIS DALAMAN PKR: MIKE KAPAR HENTAM MANIMANNAN, YB KAPAR... 'DIA SELALU HILANGKAN DIRI, PRU-14 NANTI HILANGKAN DIA'!!!



Ahli Parlimen Kapar sekarang adalah Manimannan Gowin, yang merupakan antara Ahli Parlimen yang paling biadap, tiada adab, malah tidak tahu langsung makna peraturan dan adab bersidang. Gelagatnya di Parlimen seringkali terlihat tidak ubah seperti KERA YANG TERKENA GETAH. Meloncat tidak tentu arah, malah kadang-kadang terjerit-jerit seperti ungka memanggil hujan!

Manimannan Gowin sebenarnya menggantikan S.Manikavasagam yang dipindahkan ke Kuala Selangor pada PRU lepas. S.Manikavasagam yang lebih dikenali sebagai Mike terpaksa meninggalkan lokasi yang memberikan sokongan kepadanya, ke kawasan yang bermajoriti Melayu, sekaligus menyaksikan dia tewas.

Kini Mike hanyalah seorang Penyelaras DUN sahaja. Jun tahun lepas, Mike ditahan SPRM kerana didakwa terlibat dalam penyelewengan dan menipu wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa orang kurang upaya.


Pertentangan antara Mike dengan Manimannan sebenarnya sudah lama berlaku. Kedua-dua belah saling cuba 'berbunuhan' antara satu sama lain. Para pengikut masing-masing secara berterus-terang 'menyampaikan' maksud tersebut antara satu sama lain.

Justeru tidak menghairankan apabila pada 8 April lepas, Mike ketika berucap di Kapar selepas menerangkan tentang Program Peduli Rakyat, dia tidak membuang masa untuk mengambil kesempatan membelasah G.Manimannan.

Menurut Mike, Manimannan langsung tidak bertanggungjawab terhadap para pengundi di kawasan yang diwakilinya Kelibatnya langsung tidak kelihatan. Dia juga tidak pernah muncul. Justeru, menurut Mike, oleh kerana YB Kapar telah menghilangkan diri, maka eloklah para pengundi menghilangkannya pula pada PRU akan datang.


Mike yang ketika menjadi Ahli Parlimen Kapar seringkali menimbulkan kontroversi, turut menuduh Anwar Ibrahim telah menerima wang sebanyak RM300 ribu sehingga RM400 ribu daripada 'Mr.Oms Thiagarajen' untuk menukarnya dari Kapar ke kawasan yang terpencil dan bermajoriti orang Melayu bagi memastikan dia kalah.

Ucapan tersebut dibuat secara terbuka di atas pentas menyebabkan para penyokong Manimannan melenting dan mendesak agar tindakan keras diambil terhadap oleh pucuk pimpinan PKR terhadap Mike.

1 comment:

Anonymous said...

Politik biasa

 
Blogger Templates