Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 16, 2017

MUNAFIK TAHAP GABAN! AZMIN ALI KATA ADAM ROSLY TAK BERSALAH HANYA KERANA DIA DISIASAT!!!



Kena kat geng sendiri, terus sistem pengadilan Malaysia ditekankan bahawa seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. 

Tapi bila kena kat pemimpin UMNO dan PAS, berusaha sungguh-sungguh siap berceramah, berkempen dan berpropaganda dalam semua medium untuk menyatakan, pemimpin UMNO dan PAS itu telah pun bersalah atas tuduhan yang dibuat oleh PKR dan DAP.

Azmin Ali dalam rayuannya berkata, semua pihak boleh menghukum Adam Rosly sebagai bersalah sebaliknya perlu diberikan peluang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sebaik-baiknya. 

Adam Rosly ditahan reman selama lima hari mulai 14 April bagi membantu siasatan berhubung dakwaan memiliki kekayaan luar biasa. 

Menurut Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki, Adam disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Apa sebenarnya yang ditakutkan oleh Azmin Ali? 

Beberapa pihak melaporkan, Adam Rosly adalah kunci kepada terbongkarnya lebih banyak cerita baru di Selangor. Adam Rosly adalah Pegawai Khas yang dilantik oleh Zuraidah Kamaruddin. Selain itu, Adam Rosly juga adalah Ketua Kelab Penyokong Bolasepak Selangor ketika Azmin Ali menjadi Presiden FAS. 

Lebih penting, Adam Rosly dikatakan sangat rapat dengan Hilman Idham, pegawai khas Azmin Ali yang juga tiba-tiba sahaja menjadi mewah dan kaya-raya. 

Kenapa bab Adam Rosly, pandai pula Azmin suruh jangan panjang-panjangkan dan serahkan kepada pihak berkuasa?

Bagaimana dengan isu-isu fitnah yang dibuat oleh Rafizi Ramli terhadap Perdana Menteri dan terbaharu kepada Nasharuddin Mat Isa? Kenapa tak diserahkan kepada pihak berkuasa? Kenapa tak dinasihati para penyokong sendiri supaya tidak mengecop 'SALAH' selagi tidak dibuktikan bersalah?

Atau sebenarnya, Azmin Ali mulai bimbang dan kepanasan apabila Adam Rosly akan mendorong kepada terbukanya semula kes dan failnya oleh SPRM, terutama sekali berhubung pemilikan harta yang luar biasa bernilai tinggi walaupun dia sebenarnya hanya seorang penjawat awam? Begitu juga dengan isu SPLASH, YAWAS, tanah di Wetlands. bahkan Pintu Gerbang Kota DarulEhsan yang menggunakan cat yang luar biasa mahalnya?


4 comments:

Anonymous said...

Untuk membenamkan rasuah berbillion MDB kes jutaan diguna. Selesaikan 1MDB dulu yg merosakkan negara.

Anonymous said...

Semua isu mcm tu..klu kena kat depa semua nya kena tunggu bukti bagai tp klu kat bn ngan pas bukti xpayah tunggu dah confirm salah..itulah satu sbb aku dah xsupport langsung depa ni..keadilan hanya utk depa tp org lain lantak la..mcm haram parri depa ni..

Anonymous said...

SPRM sibuk, jd kes2 lain tu lipat bwh karpet je

Unknown said...

Apa nak heran kalau dah puak ni LGBT pun dorang sokong..niat menghalalkan cara..ini lah prinsip orang PKR..janji ada untung..

 
Blogger Templates