Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 14, 2017

PKR SELANGOR BUAT U-TURN SOKONG RUU355 SEBAB TAKUT HILANG KUASA PADA PRU AKAN DATANG!!!



PKR Selangor sudah dapat merasakan bahang kekalahan sekiranya PAS mengambil pendekatan kekal pada prinsip dan enggan berganjak daripada keputusan memutuskan hubungan dengan PKR kerana faktor PAN dan DAP.

Pujukan agar PAS kekal di bawah kuasa DAP telah ditolak mentah-mentah. Malah 'nasihat' Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali langsung tidak dihiraukan. Sebaliknya RUU355 membuatkan DAP semakin dimusuhi oleh PAS.

Bimbang PRU akan datang, PKR tidak lagi berkuasa di Selangor dan para pemimpin PKR Selangor yang sekarang ini begitu selesa dengan perubahan besar setelah berjaya menguasai Selangor selama dua penggal berturut-turut, PKR Selangor mengambil keputusan yang amat mengejutkan.

Shuhaimi Shafie yang merupakan Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap ADUN Sri Muda telah mengumumkan bahawa PKR Selangor MENYOKONG RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang minggu lepas. Malahan, Shuhaimi menyeru agar RUU355 disokong oleh sesiapa sahaja yang beragama Islam, sambil menekankan bahawa undang-undang berkenaan tidak ada kena-mengena dengan yang bukan Islam. Sekaligus kenyataan Shuhaimi Shafie itu bercanggah dengan keputusan menentang RUU355 yang dibuat oleh Wong Chen dua minggu lepas.


Keputusan 'ganjil' PKR Selangor itu sudah pasti didorong oleh kebimbangan PKR terhadap masa hadapan parti itu di Selangor pada PRU akan datang. Ketiadaan PAS mahupun jentera pilihanraya PAS, akan membuatkan PKR lumpuh sepenuhnya.

Sekalipun semasa retreat AMK tempoh hari di Kuala Langat, Ketua AMK menyatakan PAS tidak lagi diperlukan, bahkan PKR tidak perlu mengharapkan bantuan dan tenaga daripada PAS seperti yang biasa mereka lakukan, tetapi pemimpin-pemimpin PKR Selangor sendiri tahu, retorik kata-kata seperti yang dituturkan termasuklah oleh Zuraidah Kamaruddin dalam program retreat tersebut, hanya untuk syok sendiri.

Demi memujuk ahli-ahli PAS supaya tidak memulaukan PKR, menyebabkan PKR Selangor mengambil keputusan yang telah membuatkan DAP Selangor mengamuk.


Salah seorang pemimpin DAP Selangor yang juga merupakan bekas Exco, Ronnie Liu mengecam sekeras-kerasnya keputusan PKR Selangor itu. Ronnie Liu menegaskan bahawa RUU355 akan diaplikasikan kepada bukan Islam dan RUU355 akan menjadi undang-undang hudud yang menzalimi bukan Islam.

Ronnie Liu tidak berselindung menyatakan kebenciannya apabila PKR dan DAP Selangor masih duduk semeja dengan PAS dalam Kerajaan Negeri.

Dalam posting Facebooknya pada hari Rabu, Ronnie memuatnaikkan petikan akhbar yang tentang kenyataan Shuhaimi Shafie menyokong RUU355.


Bagaimanapun selepas teruk dikecam oleh netizen dalam ruang komen pada posting berkenaan, tidak sampai 24 jam, Ronnie Liu menyalahkan laporan akhbar. Ronnie Liu mendakwa, dia tidak pernah meminta DAP Selangor memutuskan hubungan dengan PAS bahkan mendakwa dia adalah antara orang terawal yang membuat inisiatif menjalinkan kerjasama antara DAP dengan PAS.




2 comments:

Anonymous said...

Bye bye DOGS AND PIGS.....Bumiputera, Melayu dan Islam sudah mula nampak perangai kurang ajar dan biadap kamu.

Anonymous said...

RUU 355 adalah kerana suka sama suka UMNO dan PAS. Najib nak diselamatkan dari 1MDB dan PAS pula keinginan pada duit kerana dah lama lapar. Lagipun RUU 355 tak boleh sentuh pembesar2 kedua dua parti, hanya diterima pakai utk org2 biasa jadi mengambarkan Islam sebagai ugama yg kolot.

 
Blogger Templates