Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 30, 2017

PUASLAH HATI RAFIZI RAMLI KERANA BERJAYA GULINGKAN AZMIN ALI... PAS PUTUSKAN TAHALUF SIYASI DENGAN PKR!!!



Muktamar PAS Ke-63 hari ini menyaksikan, PAS meluluskan usul untuk menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR. Usul yang sama sebelum ini telah diluluskan oleh Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh perwakilan ialah sikap curang atau suka tikam belakang oleh PKR termasuklah mengangkat PAN yang merupakan parti serpihan PAS tajaan DAP atau lebih tepat lagi Lim Guan Eng selain penentangan PKR terhadap usaha-usaha memperkasakan hal ehwal pentadbiran Islam di negara ini.

Dalam bahasa yang lebih mudah, PAS mengambil keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR kerana PKR tidak mentaati perjanjian yang telah dibuat dan kerana menolong musuh-musuh Islam menentang Islam di negara ini secara langsung dan tidak langsung.

Impak besar daripada keputusan ini adalah Azmin Ali dan Kerajaan Pakatan Selangor. Namun di sebalik usaha-usaha yang dilakukan oleh Azmin Ali untuk memujuk PAS agar tidak meneruskan usul memutuskan tahaluf siyasi yang bermaksud dia akan kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor, PAS Kawasan Bandar Tun Razak, Labis, Lumut, Bera, Serdang, Pandan, Batu, Shah Alam, Bayan Baru, Titiwangsa, Kuantan, Paya Besar, Padang Terap, Kuala Terengganu, Kuala Kangsar, Marang, Bukit Mertajam, Kuala Nerus, Dungun, Kuala Langat, Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengusulkan agar tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan. Keputusan dibuat adalah merujuk kepada panduan yang rujukan dalam Perlembagaan PAS iaitu Fasal 5 (Tujuan PAS), Fasal 6 (Usaha-Usaha) dan Fasal 7 (Hukum dan Kekuasaan).

Kesilapan terbesar Azmin Ali ialah melenting bagaikan anak manja apabila Nik Abduh menyatakan, PAS akan menawan Selangor ketika Nik Abduh menyindir PAN. Azmin Ali telah menyindir dan memperlekehkan Nik Abduh selain mengenakan jubah dan kopiah putih dalam memperolok-olokkan Nik Abduh yang digelarkannya sebagai 'Pak Lebai'.

Kemarahan orang PAS terhadap Azmin Ali, membuatkan Azmin Ali terpaksa menukar gaya. Dia cuba berlembut dan memujuk PAS apabila suara-suara desakan agar hubungan antara PAS dengan PKR diputuskan. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin Ali, menjelaskan keterdesakannya untuk terus mempertahankan jawatan dan kedudukannya.

Namun Rafizi Ramli terus-menerus menyerang PAS. Ibarat pukul anak sindir menantu, keinginan dan cita-cita Rafizi Ramli untuk menurunkan Azmin Ali yang pernah dilabelkannya sebagai anak kelima Tun Dr. Mahathir, semakin berkobar-kobar dengan perkembangan terkini di dalam PAS. Rafizi Ramli cukup sekadar menambah api, menyemarakkan kemarahan PAS kepada PKR, dan akhirnya yang terkorban adalah Azmin Ali.

Dengan perkembangan terbaharu dan terkini, Rafizi Ramli yang tidak akan bertanding pada PRU-14 nanti kerana telah didapati bersalah di bawah Akta BAFIA dan dihukum penjara 18 bulan yang masih ditangguhkannya, sudah boleh bergembira kerana kejayaan besar berturut-turutnya bermula dengan kejayaan menjatuhkan Khalid Ibrahim dan kini, Azmin Ali!


No comments:

 
Blogger Templates