Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 13, 2017

RAFIZI RAMLI TAMMBAH KOLEKSI TIPU DAN FITNAHNYA DENGAN SD DAN NASHARUDDIN MAT ISA!!!!



Pendedahan yang dibuat oleh Rafizi Ramli hari ini sedikit pun tidak mengejutkan. Malahan, 'bekas pegawai SPRM' yang tidak berani dinamakannya itu juga, tidak memeranjatkan dan tidak menimbulkan tanda tanya kerana ramai yang sudah tahu awal-awal lagi Rafizi Ramli mensasarkan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS dan Bahri Mohamed Zain adalah penyumber maklumatnya.

10 hari lepas, RPK menerusi blognya, Malaysia Today telah pun mendedahkan isu ini dan tidak dijawab atau dinafikan oleh Rafizi Ramli. (RUJUK SINI)

Nasharuddin Mat Isa adalah Timbalan Presiden PAS dari tahun 2005 sehingga 2011. Dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS pada tahun 2011, Nasharuddin tewas. Dalam pertandingan tersebut Mat Sabu menang dengan majoriti 21 undi (420) berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharuddin (224).



15 Ogos 2012, akhbar-akhbar menyiarkan gambar Nasharuddin bersama-sama Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Namun gambarnya bersama-sama Perdana Menteri di Makkah pada 10 malam terakhir Ramadhan, menimbulkan kegemparan di kalangan para pemimpin PAS yang kebanyakannya sekarang sudah menyeberang masuk ke PAN dengan teori Nasharuddin Mat Isa akan masuk UMNO sehinggakan Mursyidul Am PAS pada waktu itu, Allahyarham Nik Abdul Aziz menyatakan ia tidak menghairankan kerana bekas Presiden PAS dan Naib Presiden PAS, Allahyarham Asri Muda dan Nakhaie Ahmad juga keluar PAS untuk menyertai UMNO.

Selepas kekalahannya di tangan Mat Sabu, Nasharuddin Mat Isa lebih banyak menjalankan tugas-tugas diplomasi dan 'tugas-tugas khas' termasuklah menentang usaha-usaha subversif seperti COMANGO menerusi fungsinya selaku CEO Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dan Yayasan Yassar.


Pada 21 Mac 2014, Nasharuddin Mat Isa selaku Ahli Jawatankuasa Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimPRo) berkata, KERAJAAN MALAYSIA dengan tegas menolak kebanyak syor yang dihantar oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013. (RUJUK SINI)

Daripada 232 syor yang dikemukakan kepada Malaysia, kerajaan menerima sepenuhnya sebanyak 113 syor dan 21 diterima secara prinsip manakala sebanyak 83 syor telah ditolak.

Antara yang ditolak termasuklah syor COMANGO agar Kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Turut ditolak ialah syor memeterai Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak-Hak Awam dan Politik (ICCPR) dan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak istimewa Bumiputera dan hak-hak absah kaum lain.

Selain, turut juga ditolak adalah Artikel 18 ICCPR yang apabila dibaca bersama Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) adalah berkaitan hak kebebasan beragama termasuklah hak untuk meninggalkan agama atau murtad, yang diperjuangkan oleh DAP sekarang ini.

Malaysia turut menolak secara khusus gesaan untuk mengkaji semula sistem undang-undang syariah dengan menegaskan tiada konflik berkenaan kecekapan Mahkamah Sivil dan Syariah atas dasar keutuhan dan kejelasan pembahagian bidang kuasa menurut Perkara 121 (1A) di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Nasharuddin Mat Isa adalah orang yang dilihat bertanggungjawab dan menjadi 'dalang' kepada kesungguhan Malaysia menolak syor-syor COMANGO itu.


Manakala Bahri Mohamad Zain pula, kesnya sehingga membuatkan dia terpaksa memilih untuk bersara awal telah banyak diperkatakan. Kes yang dikatakan melibatkan salahguna kuasa dan jawatan serta wang sebanyak RM100 juta yang melibatkan proksinya yang telah meninggal dunia, telah membuatkan Bahri yang sedang becok bercerita, tutup mulut serta-merta. (RUJUK SINI) dan (SINI).



Justeru pendedahan yang dibuat oleh Rafizi Ramli dalam kehangatan penentangan DAP dan PKR ke atas RUU355 selain usaha-usaha untuk menambat PAS semula ke tapak kaki DAP, sudah dapat dijangka awal oleh kebanyakan orang. Apatah lagi, Rafizi sendiri sangat terkenal dengan pembohongan dan fitnahnya yang berkali-kali telah dibuktikan oleh mahkamah!


3 comments:

Anonymous said...

Kalau dah biasa buat dosa fitnah maka tak terasa lgi fitnah itu dosa.

Anonymous said...

Yang Nash nak tipu ialah Tok Guru. Sanggup dia buat cam itu bab duit.

Anonymous said...

Hadi dah melanggar prinsip Tok Guru. Sepatutnya sesiapa yg nak pakai landasan perjuangan yg lain bertentangan dgn Tok Guru sebaik baiknya keluar PAS Inikan berpura pura sampai kena pecat.

 
Blogger Templates