Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 28, 2017

SAIFUDDIN NASUTION HALAU PAS DARI SELANGOR!!!



Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR yang juga merupakan Pegawai Strategik Lim Guan Eng, Saifuddin Nasution, gesaan telah dibuat oleh Saifuddin kepada PAS agar segera menarik diri daripada Kerajaan Pakatan Selangor. 

Reaksi tersebut diberikan ekoran keputusan Dewan Ulama PAS yang sebulat suara meluluskan usul untuk menghentikan semua bentuk perhubungan dengan parti-parti dari Pakatan Harapan, khusunya PKR dalam Muktamar tahunannya di Alor Star, Kedah, semalam. 

Kata Saifuddin, sekiranya PAS mahu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, adalah lebih terhormat dan lebih baik sekiranya ahli-ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam Kerajaan Negeri Selangor meletak jawatan.

Menurutnya lagi, sangat tidak logik, bahkan tidak adil sekiranya ahli-ahli PAS terus memegang jawatan-jawatan Kerajaan di Selangor, terutama apabila mereka sudah pun menamatkan hubungan dengan komponen-komponen Pakatan Harapan lain, DAP dan parti serpihannya, PAN.

"Tidak logik selepas mereka memutuskan hubungan dengan PAN dan DAP, dan sekarang mahu menamatkan hubungan dengan PKR, tetapi masih mahu bekerjasama sebagai kerajaan di Selangor," kata Saifuddin dalam kenyataannya yang turut beredar dan tular di WhatsApp.

Kerajaan Negeri Selangor kini diterajui oleh Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR dan mengetuai 'kabinet negeri' yang terdiri daripada perwakilan dari PKR, DAP dan PAS walaupun pada masa yang sama, PAS enggan mengadakan sebarang hubungan dengan DAP di luar Selangor. 

Saifuddin turut berkata, dia sudah menjangkakan delegasi PAS daripada sayap-sayap yang lain akan mengikut jejak golongan ulama dan mengusulkan untuk menyingkirkan PKR dalam muktamar yang sedang berlakong. Pun begitu, menurutnya, keputusan sepenuhnya hanya boleh dibuat oleh Majlis Syura yang merupakan badan tertinggi dan pembuat keputusan PAS. 

Usul yang serupa dibentangkan pada muktamar PAS tahun lepas, tetapi Majlis Syura menunda keputusannya ekoran situasi di Selangor di mana PAS merupakan sebahagian daripada pasukan pentadbiran negeri bersama-sama PKR dan DAP. 

Majlis Syura PAS dijadualkan bermesyuarat bermula esok. 

1 comment:

Anonymous said...

Pudin lupa pas pernah bgi dia peluang jdi mp di machang. Cakap bnyk plk sejak jdi pekerja lge dap.

 
Blogger Templates