Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 9, 2017

SEMAKIN RAMAI DESAK PIHAK BERKUASA SEGERAKAN SIASATAN SKANDAL DAN PENYELEWENGAN DI SELANGOR DAN PULAU PINANG!!!



Tidak seperti isu-isu yang membabitkan Kerajaan Persekutuan atau lebih tepat lagi UMNO-BN, isu-isu penyelewengan membabitkan PKR dan DAP agak 'suram' dan kurang diperkatakan. Kalaupun ianya diperkatakan, PKR dan DAP sangat bijak mengalihkan isu dan langsung tidak menjawab sebarang persoalan tentang perkara berkenaan. Malah lebih bijak lagi ialah bagaimana Excell, perakaunan dan pengauditan dimanipulasi, khususnya oleh DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng untuk membuktikan betapa bijaknya mereka menyembunyikan segala kohong, kokak, bisul, nanah dan kudis di dalam pentadbiran masing-masing.

Darul Ehsan Investment Group (DEIG) misalnya berlegar-legar dengan angka lebih RM30 bilion yang diuruskan oleh syarikat 2 ringgit. Walaupun dibangkitkan oleh ADUN Sungai Panjang merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Zohdi, isu tersebut 'mati' begitu sahaja.

Begitu juga dengan isu Wetland yang didedahkan oleh Chegu Bard. Walaupun Chegu Bard berjaya mencuri sedikit perhatian dengan persoalan penyelewengan dan salahguna kuasa membabitkan Menteri Besar, tetapi sama seperti DEIG, isu Wetland juga akhirnya sepi.

Di Pulau Pinang, selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahya menggunakan pendedahan yang dibuat oleh netizen tentang salahguna kuasa dan rasuah membabitkan pembelian hartanah dan penukaran status tanah untuk kroninya yang juga merupakan rakan kongsi niaga isterinya, ianya mengambil masa untuk pihak berkuasa bertindak. Mungkin kerana isu tersebut semakin hangat dan pendedahan demi pendedahan dibuat, termasuklah dokumen-dokumen yang menyokong pendedahan tersebut, barulah SPRM masuk campur dan akhirnya Lim Guan Eng dan Phang Li Koon dibawa ke mahkamah.

Sekarang, Lim Guan Eng dan Phang Li Koon sedang giat berusaha untuk melengah-lengahkan perbicaraan termasuklah dengan menfailkan permohonan agar Akta SPRM dianggap sebagai tidak berperlembagaan.

Isu-isu puncak bukit yang dibotakkan, isu Terowong Dasar Laut yang kemudian ditukarkan menjadi Jambatan Ketiga Pulau Pinang apabila jumlah wang RM305 juta yang dibayar hanya untuk Laporan Kebolehlaksanaan kepada sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, penambakan laut yang projek tersebut kemudiannya dikonsesikan dan Kerajaan Negeri masih membayar dan sebagainya, sehingga setakat ini belum ada sebarang kemajuan di pihak SPRM.

Jamal Mohd Yunos, meskipun kewujudannya tidak disenangi, bahkan ramai yang melihat keberadaannya sebagai pak lawak yang kononnya membodohkan diri terutama hadir di hadapan pintu bangunan SUK, Shah Alam dengan hanya bertuala, gayung dan berus gigi diselit di cuping telinga, bising kerana perkhidmatan bekalan air yang sangat tidak terurus dan lemah menyaksikan banyak kawasan di Lembah Kelang dan Selangor khususnya, putus bekalan air berhari-hari lamanya. Kemudian, dia muncul lagi dengan kereta jenazah dan keranda.

Namun, gimik politik yang dibuat oleh Jamal Mohd Yunos itu mempunyai asas. Bersilat Azmin Ali dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terutama sekali SYABAS memberi alasan mengapa bekalan air di Selangor, negeri yang paling padat dan telah dimajukan oleh Kerajaan BN terdahulu melebihi negeri-negeri yang lain, selain di Selangor jugalah, terletaknya pusat pentadbiran negara dan infrastruktur-infrastuktur penting lain, putus. Projek Langat II yang dilengahkan dan cuba dibatalkan oleh Kerajaan Negeri di bawah Pakatan hanya kerana tamakkan kontrak pembinaan dan dikatakan tidak penting, akhirnya dirayu agar Kerajaan Persekutuan percepatkan pembinaannya. Padahal ketika Pakatan membuat keputusan untuk membatalkan projek infrastruktur penting air itu, mereka memberi alasan, bekalan air di Selangor sangat-sangat mencukupi.

'Projek keranda dan van jenazah' Jamal Mohd Yunos akhirnya mendedahkan skandal dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Banyak laporan polis telah dibuat terhadap yayasan itu baru-baru ini oleh pelbagai pihak.


Tiga nama telah disebut oleh Jamal iaitu Teresa Kok, Yeo Bee Yin dan Ng Suee Lim. Kelam-kabut Teresa Kok dan Yeo Bee Yin memanggil media dan orang ramai untuk memberikan penjelasan walaupun kes mereka telah dilaporkan kepada SPRM dan mereka hanya perlu menjawab serta bekerjasama dengan SPRM, bukannya berceramah dan berkempen kononnya mereka tidak bersalah. Segala bukti yang mereka bawa, sepatutnya diserahkan kepada SPRM, bukannya diusung untuk dibentangkan kepada orang ramai.

Justeru, tindakan pihak berkuasa khususnya polis dan SPRM dituntut untuk menyegarakan siasatan ke atas skandal-skandal ini. Hanya siasatan pihak berkuasa sahaja yang boleh menentukan sama ada terdapat penyelewengan atau tidak dana-dana awam itu apatah lagi banyak dokumen telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

Kepincangan dalam proses pengeluaran dana tersebut juga sudahnampak ada yang tidak kena terutama sekali bagaimana wakil rakyat boleh diberikan kemudahan pengeluaran wang tunai tanpa rekod dan kelulusan.

Setakat ini, hanya pejabat Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sahaja yang diserbu ekoran laporan polis oleh Jamal terhadap Teresa Kok 14 Mac lalu.

2 comments:

Anonymous said...

Perlu siasatan segera supaya rakyat tidak terpedaya dgn kata kata manis ph.

Anonymous said...

Yang dikatakan ramai ITU adalah penyamun2 UMNO yg dah lama tak makan kenyang.

 
Blogger Templates