Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 18, 2017

SETIAUSAHA AGUNG LAWAN SETIAUSAHA AGUNG: BILA KANTOI DAN TAK DAPAT JAWAB, GUAN ENG UGUT NAK SAMAN UNTUK TUTUP KEKANTOIANNYA!!!



Setiausaha Agung GERAKAN, Liang Teck Meng mendedahkan yang Lim Guan Eng mengugut untuk menyamanya apabila Lim Guan Eng gagal menjawab soalan-soalannya dalam sebuah sidang media pada Januari 2017.

Pada Januari 2017, Liang yang menggunakan laporan Ketua Audit Negara tentang Pulau Pinang, telah membuktikan kepada media bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah menipu menggunakan helah perakaunan bagi membolehkan dana-dana negeri yang lain untuk dipindahkan ke akaun yang disatukan dan pada masa yang sama meningkatkan jualan aset-aset negeri untuk menunjukkan Pulau Pinang mempunyai lebihan pendapatan walaupun pada masa yang sama, perbelanjaan negeri telah meningkat 5 kali ganda semenjak tahun 2008.

Lim Guan Eng langsung tidak dapat menjawab dan menangkis kenyataan dan soalan Liang Teck Meng. Bagaimanapun, untuk menutup cerita tersebut, dia mengancam dan mengugut untuk menyaman Liang Teck Meng dan portal-portal berita yang menyiarkan berita tersebut.

Liang bagaimanapun tidak goyah dengan ugutan Guan Eng, sebaliknya berkata, dia pula akan menghantar surat tuntutan kepada Lim Guan Eng kerana mengugut hendak menyamannya menerusi fitnah yang dibuat oleh Lim Guan Eng.

Menurut Liang, bukan hanya Lim Guan Eng dan DAP sahaja yang mempunyai peguam, sebaliknya GERAKAN juga mempunyai barisan peguam yang bersedia untuk membantu media yang telah dikacau gugat oleh Lim Guan Eng. 

Liang Teck Meng banyak bertanya soalan kepada Penang Institute dan Lim Guan Eng bagi membuktikan Pulau Pinang benar-benar hebat di bawah DAP tetapi baik Penang Institute mahupun Lim Guan Eng engga menjawab soalan-soalannya dan mengesahkan statistik yang diberikannya adalah tepat.

Dek kerana kegagalan dan kekantoian itulah, satu-satunya cara untuk tutup tembelang adalah dengan mengancam untuk menyaman.

Berikut adalah kenyataan Liang Teck Meng: 

Gerakan kepada DAP: Kami juga mempunyai peguam. Berhenti menggunakan ugutan undang-undang ke atas media jika anda tidak boleh menjawab.

1. Pada akhir Oktober 2016, saya telah mengemukakan secara umum 12 soalan mengenai keadaan ekonomi Pulau Pinang kepada Penang Institute yang ditajai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
2. Saya telah meminta Penang Institute untuk mempertikaikan data daripada Jabatan Perangkaan, antaranya:
a) Bahawa Pulau Pinang mempunyai kadar pertumbuhan KDNK yang paling rendah atau ke-4 paling rendah di antara 15 negeri dan wilayah bagi tempoh tahun 2008-2015.
b) Pulau Pinang mempunyai kadar pertumbuhan gaji median yang terendah di antara 16 negeri dan wilayah bagi tempoh tahun 2010 hingga 2015 dan telah dipintas oleh Johor, Negeri Sembilan dan Labuan.
c) Kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah Pulau Pinang telah mencatatkan ke-4 paling rendah di kalangan 16 negeri dan wilayah bagi tempoh tahun 2009 hingga 2015 dan telah dipintas oleh Johor dan Melaka.
Sila rujuk kenyataan Oktober 2016 saya untuk soalan lain.
3. Soalan-soalan ini berkaitan dengan prestasi sebenar ekonomi Pulau Pinang di bawah DAP. Walaupun Penang Institute mempunyai tanggungjawab untuk mengesahkan atau mempertikaikan soalan itu, rakyat Pulau Pinang kecewa bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute telah menolak untuk menjawab secara bulat-bulat.
4. Pada Januari 2017, saya juga telah mempertikaikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng bahawa lebihan bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008 bukan disebabkan oleh jualan tanah.
5. Dalam kenyataan saya itu, saya telah menyenaraikan contoh jualan aset Pulau Pinang, termasuk tanah dan saham oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan syarikat-syarikat milikan negeri yang berjumlah beberapa bilion ringgit, jika diambil kira, ia akan menunjukkan lebihan tersebut.
6. YAB Lim kemudian menjawab saya melalui kenyataan rasmi dan memanggil saya "tidak pintar", "gagal memahami akaun" dan tidak dapat memahami Laporan Ketua Audit Negara mengenai Pulau Pinang.
7. Berikutan itu, saya mengadakan sidang akhbar dan memetik Laporan Ketua Audit Negara mengenai Pulau Pinang dengan jelas bagi membuktikan kepada pihak media bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan lebihan yang selama ini hanya kerana penjualan tanah dan aset negeri, termasuk amalan perakaunan yang memindahkan wang dari dana lain negeri untuk diiktiraf sebagai hasil negeri bagi mencatatkan lebihan.
8. Berikutan dengan sidang media saya dan kenyataan akhbar yang membuktikan apa yang saya katakan dengan secara konklusif, YAB Lim tidak menjawab dan mempertikaikan saya.
9. Ketika itu saya terkejut bahawa tanpa menjawab saya, lebih daripada sebulan kemudian pada 16 Februari 2017, YAB Lim telah membuat keputusan untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebagai responden pertama dan kedua, meminta mereka untuk menarik balik laporan berita mengenai sidang akhbar saya dengan mendakwa bahawa ia adalah fitnah.
10. Saya juga telah disenaraikan oleh YAB Lim sebagai penerima ketiga surat tuntutan.
11. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk membalas YAB Lim dengan menyatakan bahawa saya tetap pada apa yang dikatakan dalam sidang akhbar saya kerana ia adalah berdasarkan kepada fakta.
12. Apabila pemimpin DAP tidak boleh lagi menjawab atau sudah didedah, mereka mempunyai tabiat untuk mengambil tindakan undang-undang untuk menakut-nakutkan atau menutup mulut akhbar atau pihak lawan mereka. Taktik sebegini tidak akan berhasil ke atas saya dan saya tidak akan takut.
13. Saya ingin menghantar mesej kepada YAB Lim dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain bahawa bukan DAP saja yang mempunyai peguam. Gerakan juga mempunyai banyak pemimpin dan ahli-ahli yang merupakan peguam.
14. Oleh itu, saya telah mengeluarkan surat tuntutan kepada YAB Lim kerana saya percaya bahawa beliau telah memfitnah saya dengan mencadangkan bahawa saya "tidak pintar" atau tidak memahami bagaimana untuk membaca akaun.
15. Tidak seperti YAB Lim, sebelum saya menjadi Ahli Parlimen saya adalah seorang jurutera, seorang usahawan dan seorang pengarah syarikat yang mempunyai pengetahuan akaun.
16. Gerakan juga menawarkan panel peguam untuk membantu mana-mana organisasi media yang telah menjadi mangsa ugutan undang-undang oleh DAP.
17. Sejak beberapa tahun yang lalu, DAP telah sering kali menggunakan cara mengugut media dengan mengancam bahawa tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka. Keadaan sebegini mesti berhenti.
18. YAB Lim digalakkan supaya menjawab dakwaan dalam kenyataan terakhir saya kepada beliau dan bukannya mengambil jalan keluar dengan ancaman undang-undang. Penang Institute juga harus menjawab soalan-soalan saya yang ditujukan kepada mereka tetapi bukannya menolak.
Liang Teck Meng,
Setiausaha Agung,
Parti Gerakan Rakyat Malaysia.
18 April 2017

1 comment:

Anonymous said...

Jgn usik Dap nanti Pan marah..

 
Blogger Templates