Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 29, 2017

TIDAK ADA KERJASAMA DENGAN PARTI CAP BUNGA SEBAB PARTI ITU TIDAK ADA ARAH TUJU, KATA PRESIDEN PAS!!!



Setelah membuatkan PAN melompat, meloncat, bersilat dan seolah-olah kucing kasi yang telinganya dimasuki sengkenit menerusi kenyataan 'JAHANAM PAN' oleh Ketua Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir dua hari sudah, hari giliran Parti Cap Bunga pula meloncat.

Cuma kali ini, statusnya naik sedikit memandangkan Parti Cap Bunga diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia. Jadi, yang akan memberi ulasan, paling tidak pun berstatus Presiden parti lah!

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hari ini berkata, PAS tidak akan menjadi rakan kongsi Parti Cap Bunga kerana parti tersebut TIDAK ADA HALA TUJU. Salah satunya, kata Abdul Hadi Awang ialah, Cap Bunga tidak tahu siapa pemimpin mereka yang sebenar. Disebabkan itulah, PAS memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Cap Bunga.

Kahkahkahkah....

Sememangnya apa yang dikatakan oleh Abdul Hadi Awang tentang Cap Bunga adalah benar.

Walaupun sepatutnya berkuasa, jawatan Presiden yang disandang oleh Muhyiddin Yassin langsung tidak berfungsi. Sebaliknya segala keputusan dan dasar parti adalah bersandarkan kepada segala kata-kata Mahathir. Bahkan dalam beberapa keadaan, Timbalan Presiden yang disandang oleh Mukhriz Mahathir pula, jauh lebih berkuasa berbanding Presiden.

Baru beberapa malam yang sudah, Muhyiddin Yassin menjadi punching bag bagi tujuan melepaskan kekecewaan selepas dengan pelbagai usaha dilakukan, gelombang menggulingkan Najib yang diyakin mudah diperolehi sebelum ini, bukan sahaja tidak wujud, malah Najib semakin kuat manakala Mahathir pula yang semakin teruk ditelanjangi.

Kekecewaan tersebut semakin jelas kalau dilihat kepada ceramah-ceramah Mukhriz Mahathir di Kedah apabila dia terpaksa menjadikan Ahmad Bashah sebagai bahan ceramahnya. Dia memperlekehkan keadaan diri Ahmad Bashah dan cuba membuktikan yang Ahmad Bashah hanyalah seorang lelaki kampung yang tidak layak memegang teraju negeri. Sebagai orang kampung, Ahmad Bashah bodoh, dan tidak tahu apa-apa. Tidak seperti Mukhriz, orang bandar. Belajar di luar negara. Terdedah dengan duit berbilion-bilion. Meniaga pun beratus juta ringgit walaupun kontraknya terpaksa bergantung kepada kerajaan yang diperolehi ketika penghujung kerjaya bapanya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tubuhkan syarikat beratus-ratus buah tetapi kebanyakan teras perniagaan adalah KONTRAK DAN TENDER KERAJAAN.

Dalam satu kempen di Padang Serai - kawasan yang tidak pernah didatangi oleh Mukhriz seumur hidupnya kecuali pada malam kempen - Mukhriz menggelak-gelakkan kekurangan yang ada pada Ahmad Bashah dan digelarkannya Mat Lena. N.Surendran, Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR yang hanya baru nampak muka semenjak beberapa minggu kebelakangan ini di kawasan tersebut, tergelak-gelak seronok.

Ego Mukhriz tercalar apabila Ahmad Bashah yang disifatkannya sebagai 'orang kampung' berjaya menyelesaikan banyak kerja-kerja terbengkalai serta janji-janjinya yang tidak dipenuhi. Antaranya melibatkan perumahan untuk mangsa tsunami di Yan dan Aman Laut di Kuala Kedah selain perumahan rakyat di Pokok Sena yang ditentang keras oleh Mahfuz Omar.

Sepanjang 3 tahun sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz tidak berbuat apa-apa untuk Kedah. Sedangkan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar dalam tempoh setahun sahaja, sudah menyelesaikan banyak masalah penduduk tempatan.

Kenyataan terbaharu Presiden PAS tentang Parti Cap Bunga dan pemimpin-pemimpinnya yang tiada arah tuju melainkan hanya berobjektif untuk menggulingkan Najib Abdul Razak dan kerajaan hari ini, sudah tentu akan mendapat reaksi balas daripada para penyokong Mahathir.


1 comment:

Unknown said...

Berjayanya konsep "COUNCIL OF ELDERS" (I MEAN ELDER SEBAB TUN SORANG JER) dalam parti cap "bunga yg di mandulkan".

 
Blogger Templates