Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 4, 2017

TINDAKAN TERESA KOK CUBA CETUSKAN KEBENCIAN AGAMA DAN KAUM MENERUSI POSTING FB DIKECAM PENYOKONG DAP SENDIRI!!!



Teresa Kok yang sedang resah kerana siasatan SPRM berhubung penyelewengan YAWAS cuba mengalihkan perhatian masyarakat dengan cubaan menyerang agama Islam dan umat Islam apabila cuba menimbulkan persepsi di dalam posting di Facebook, bukan Islam di negara ini terdedah kepada bahaya serangan dan jenayah umat Islam kerana label KAFIR HARBI. 

Tindakan Teresa Kok yang cuba memainkan sentimen dan kebencian agama, mendapat sokongan besar daripada para penyokongnya yang turut memberikan gambaran bahawa kedudukan bukan Islam di Malaysia, amat tidak terjamin kerana tiada undang-undang yang melindungi mereka, manakala umat Islam pula adalah kaum gasar yang akan bertindak sembrono atas nama agama.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan pengkomen di posting tersebut yang melahirkan kemarahan dan mengecam Teresa Kok atas tindakannya cuba mencetuskan kekacauan dan kebencian itu. 


Seorang pengkomen yang menamakan dirinya sebagai Danielle Chiok yang mengakui telah mengundi DAP beberapa kali, mengecam Teresa Kok dan berkata, postingnya itu bertujuan untuk memecahbelahkan negara ini, mencetuskan kebencian, mempromosi sika negatif dan langsung tidak bermanfaat kepada negara. 

Dan seperti biasa, postingnya itu kemudian telah diserang oleh RBA - taktik era komunis yang paling digemari dan digunakan oleh DAP untuk memastikan para penyokong mereka tidak sempat berfikir.

Di sebalik serangan bertali arus dan kecaman RBA ke atasnya, wanita berkenaan ternyata mendapat sokongan segelintir pengkomen yang tidak disekat oleh Teresa Kok daripada melayari FBnya. (RUJUK SINI - kalau anda tidak disekat oleh Teresa Kok)


Nampaknya, sebahagian penyokong DAP sendiri sudah mula menyedari taktik jahat DAP yang menggunakan sentimen agama dan kaum untuk mencetuskan kebencian dan permusuhan di kalangan rakyat negara ini semata-mata untuk menjaga kepentingan mereka, dan pada masa yang sama, menuduh pihak lain pula yang menggunakan isu-isu sensitif tersebut.

Ironinya, para pemimpin DAP seperti Teresa Kok kaya raya, bahkan mampu menjadi Ahli Parlimen dan bergerak ke sana ke mari dengan bebas di sebalik dakwaan mengatakan bukan Islam tidak selamat lagi di Malaysia.


1 comment:

Anonymous said...

Pan kata Dap baik

 
Blogger Templates