Wakil penduduk, Datuk Suhaimi Muda, 44, berkata, mereka kesal dengan keputusan berkenaan kerana sejak mendiami kawasan tersebut pada 1992, mereka sudah pun mengemukakan permohonan memiliki tanah.
Menurutnya, kawasan seluas kira-kira lima hektar itu pada asalnya merupakan tanah paya dan sungai, namun penduduk memajukan kawasan tersebut selepas PTD Gombak berjanji akan memberikan hak milik sah apabila dibangunkan.
“Walau bagaimanapun, lain pula jadinya apabila bermula 2008, permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) penduduk tidak diluluskan selepas PKR mengambil alih tampuk kepemimpinan kerajaan negeri.
“Lebih mengejutkan, pada Januari lalu, penduduk diarahkan supaya mengosongkan tanah kerana didapati telah berpindah milik kepada dua individu yang akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya kami gagal berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menyertai sesi bantahan aman di sini.
Seorang lagi penduduk, Mohamad Ismail, 65, mempersoalkan tindakan PTD Gombak meluluskan permohonan kedua-dua individu terbabit bagi mendapatkan status hak milik kekal.
Mohamad menjelaskan, dia hairan dengan kelulusan tersebut memandangkan dua individu itu tidak pernah mengusahakan tanah tersebut sedangkan yang bertungkus lumus berbuat demikian termasuk mengeluarkan wang ringgit sendiri adalah penduduk.
“Kami risau kerana telah menerima surat daripada pejabat peguam yang mengarahkan kami supaya mengosongkan tanah dan berdepan tindakan perobohan bangunan sedia ada jika enggan berbuat demikian.
“Ke mana kami ingin pergi kalau dihalau dari tanah yang telah diusahakan sejak 25 tahun lalu?” soalnya sebak.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ramli Arbi, 63, merayu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meluluskan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut.
“Kami bukan orang berduit. Sekiranya kami diusir, ke mana hala tuju kami?
“Saya harap kerajaan negeri tidak menganiaya orang Melayu seperti kami,” ujarnya.
SUMBER
3 comments:
Pakat2 ambil peguam dan lawan balik di mahkamah.
Yang p undi umno buat apa, dah pkr yg menang mesti dia kena bagi kpd penyokongnya dulu...
Azmin nak tolong? Kita tgk jelah
Post a Comment