Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 9, 2017

APA KHABAR PAS KEDAH? KATA PHAHROLRAZI ZAWAWI, PAS AKAN SENASIB DENGAN AL-ARQAM!!!




13 Mei 2013, Phahrolrazi Zawawi ADUN Pengkalan Kundor telah diturunkan pangkat menjadi Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah. Jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah, telah diberikan kepada Mahfuz Omar yang pada ketika itu adalah Naib Presiden PAS - jawatan utama terakhir yang disandang oleh Mahfuz sebelum dia dipetisejuk dan menjadi gelandangan politik seperti hari ini.

Kata Phahrolrazi Zawawi, dia tidak kisah pun diturunkan pangkat. Malahan akan bekerja lebih kuat untuk kembali merebut Kedah daripada UMNO sekaligus menghapuskan golongan berpuak-puak dalam PAS sepertimana era Allahyarham Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi Zawawi dikatakan salah seorang pencetus perpecahan di dalam PAS Kedah. Punca sebenar perbalahan antara Phahrolrazi dan Azizan pula dikatakan berpangkal kepada rasa tidak puas hati Phahrolrazi apabila kontrak pembinaan dan penyelenggaraan jalanraya di Kedah, diberikan kepada syarikat yang didakwa milik pemimpin UMNO Kedah. Perebutan jawatan Menteri Besar Kedah juga dikatakan menjadi isu dan punca utama keretakan di dalam PAS Kedah.

Akhirnya UMNO berjaya merampas kembali Kedah. PAS pula sehingga ke hari ini kekal berpecah belah dan dalam keadaan yang sangat lemah.

Rasa tidak puas hati Phahrolrazi kepada PAS Pusat, membuatkan dia menubuhkan PASMA hanya beberapa bulan selepas dia kata, dia redha diturunkan pangkat, malahan memuji-muji tindakan PAS Pusat yang membuat keputusan menurunkan pangkatnya. (RUJUK SINI)

Sepatutnya PASMA yang menjadi parti serpihan PAS. Bagaimanapun oleh kerana Lim Guan Eng lebih berminat dengan Mat Sabu, PAN ditubuhkan. Hajat Phahrolrazi Zawawi untuk menjadi Presiden parti, berkecai sekali lagi. Untuk seketika, Phahrolrazi kekal di dalam PAS. Namun, perubahan kepimpinan PAS di Kedah, menyaksikan musuhnya yang tidak kurang licik dan serakah, Sanusi Mohamed Nor yang merupakan bekas Setiausaha Politik Azizan, dilantik.

Sanusi Mohamad Nor selain merupakan pengasas Keli-K yang kelinya tidak kelihatan, kolamnya pun entah di mana tetapi peruntukan telah habis ditelan dan termasuk juga projek pembalakan di Papua New Guinea yang hanya wujud atas kertas, peruntukan habis, jangankan balak, daun pokok balak di Papua New Guinea juga tidak kelihatan, telah berjaya membuatkan Phahrolrazi terpinggir sepenuhnya.

Sekarang, Phahrolrazi adalah Ketua PAN Kedah. Sanusi pula kekal sebagai pemimpin utama PAS Kedah. Manakala Mahfuz Omar pula menjadi orang buangan yang tiada arah tuju dan pangkalan walaupun jawatannya sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah masih belum ditarik.

Namun baik PAN mahupun PAS, kedua-dua parti itu di Kedah sedang berhadapan dengan masalah paling teruk. Ahli-ahli bawahan parti seperti kebingungan untuk memilih kiblat mana yang harus mereka pilih.

Sebahagian besar ahli PAS dan PAN akhirnya mengambil jalan singkat dengan menyokong Mukhriz Mahathir dan bapanya dalam parti Cap Bunga, sesuatu yang mereka tidak pernah lakukan, malahan perkara yang paling mustahil dilakukan ketika PAS Kedah berada di kemuncak penyatuan.

Dalam Muktamar Ke-63 baru-baru ini, saf kepimpinan utama PAS Pusat, tidak membariskan walau seorang pun pemimpin-pemimpin PAS dari Kedah. Beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen PAS termasuklah Nasir Mustafa yang merupakan ADUN Kubang Rotan, lebih disyaki sebagai parasit berbanding menjadi peneguh PAS Kedah.

Kenyataan terbaharu Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Phahrolrazi Zawawi tentang PAS amat menarik. Menurutnya, PAS sedang menuju ke arah kepupusan apabila dalam pilihanraya nanti, parti itu akan mengalami kekalahan teruk.

"Tidak mustahil Majlis Syura Ulama akan membuat fatwa untuk mengubah hala tuju PAS. Mereka akan memberitahu ahlinya, kita tidak menyertai politik lagi, tetapi menjadi badan dakwah macam Tabligh sepenuhnya," kata Phahrolrazi.

Dakwaan Phahrolrazi itu sebenarnya hanyalah kerana rasa cintanya kepada DAP. Sebahagian besar pemimpin dan pengikut PAN berkata, PAS tidak akan berjaya memperolehi sebarang kemenangan, bahkan akan kalah teruk kerana tidak bersekutu dan berkonco dengan DAP walaupun hakikatnya, hanya dua penggal PAS mempunyai hubungan rasmi dengan DAP dan PKR.

Pada tahun 1999, PAS juga bersendirian dan berjaya memperolehi kerusi terbanyak dalam sejarah penubuhan parti itu. PKR yang baru ditubuhkan juga berjaya memperolehi beberapa kerusi Parlimen hasil bantuan PAS. DAP berjaya memperolehi lebih banyak kerusi Parlimen selepas bekerjasama dengan PAS bermula dari tahun 2008. Bagaimanapun, dalam PRN Sarawak yang lepas, DAP hilang beberapa kerusi, bahkan di beberapa kerusi yang ditandingi, calon-calon DAP hilang wang deposit setelah DAP dengan sombongnya mengatakan mereka tidak memerlukan PAS.

Kini DAP sangat-sangat memerlukan PAS. Malu kerana berlagak sangat, tetapi takut untuk kehilangan kuasa, menyebabkan DAP terpaksa menggunakan orang-orang seperti Phahrolrazi Zawawi untuk memastikan PAS kembali ke kaki DAP!

Yang pastinya, PAS Kedah masih tidak pulih daripada kekalahan pada 2013. PAS Kedah kalah bukan kerana tidak kuat atau ahli-ahlinya serta pengundinya beralih arah tetapi kerana sabotaj daripada parasit-parasit yang mahu merebut kuasa dan kedudukan dalam PAS Kedah. Dan sehingga sekarang pun, PAS Kedah tetap dihinggapi parasit yang akhirnya membunuh PAS sendiri, yang dibela dan dibiarkan bebas di dalam PAS Kedah!

3 comments:

Anonymous said...

Pahlolrazi akan senasib dengan TAIK.

Anonymous said...

org2 islam (tak kiralah besar mn pun serban dia)yg penah mengundi DAP samalah spt mrk yg menentang dan menghancurkan islam..

Anonymous said...

Parasit dah semakin nak habis umur.

 
Blogger Templates