Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 31, 2017

BUKAN TUNTUTAN MAAF DARIPADA RAFIZI YANG DIMINTA, TAPI SAMAN MALU!!!



Keseronokan Rafizi Ramli mencipta fitnah kerana seringkali mendapat sokongan dan dipercayai oleh para pengikutnya, membuatkan dia tidak pernah berfikir panjang untuk berbuat begitu. Apatah lagi, fitnah-fitnahnya ke atas para pemimpin negara, khususnya dari kalangan UMNO dan PAS, biasanya dibiarkan begitu sahaja, menjadikan dia sangat teruja dan beranggapan, dia tidak bersalah kerana mereka tidak pernah mengheretnya ke muka pengadilan walaupun dalam beberapa kes, Rafizi mengaku bersalah di mahkamah kerana menfitnah dan berbuat jahat sehinggakan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan. 

Bagaimanapun, tempoh dia untuk menjalani hukuman dilengah-lengahkan dengan pelbagai manipulasi undang-undang dibuat mengambil teladan daripada tindakan dan kejayaan DAP khususnya memanipulasi undang-undang dan sistem perundangan negara ini. 

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wee Kah Siong pula sekadar menyelar fitnah Ahli Parlimen Pandan itu yang menuduh kerajaan menggunakan bekas pembantu kempen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk melobi kepentingan di negara itu. 

Pelobian oleh kerajaan menurut kefahaman Rafizi Ramli, tidak dibolehkan, manakala pelobian untuk membebaskan pelaku jenayah liwat seperti Anwar Ibrahim pula, adalah dibenarkan kerana ia adalah hak asasi manusia. 

Bagaimanapun, keseronokan melakukan fitnah, menyebabkan Rafizi Ramli mungkin tersilap atau mungkin sengaja buat-buat silap apabila menuduh individu bernama Florence Goh mempunyai kaitan dengan urusan lobi tersebut. 

Di sebalik laporan polis yang dibuat oleh Florence terhadap Rafizi, yang dituntut hanyalah permohonan maaf daripada Rafizi.

“Rafizi telah membuat tuduhan yang silap ke atas nama saya dan syarikat saya sebagai Godfrey. Saya bukan individu tersebut dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak dalam artikel yang dilaporkan. Saya adalah pelatih profesional dalam bidang teknologi maklumat. Untuk dia membuat dakwaan sedemikian adalah sangat memberi kesan buruk pada saya,” kata Florence.

Manusia seperti Rafizi Ramli sebenarnya tidak layak diberikan peluang meminta maaf kerana walaupun dia akan meminta maaf bagi mengelakkan remeh dan leceh naik turun tangga mahkamah, tetapi dia tidak akan berhenti daripada terus melakukan fitnah. Dia mungkin akan menghentikan fitnah terhadap Florence tetapi dia akan meneruskan fitnahnya terhadap pihak lain yang dilihatnya tidak menghiraukannya.

Dalam pada itu, Rafizi telah pun memohon maaf kerana 'tersilap orang'...

Itu sahaja....


1 comment:

Anonymous said...

HAIL for RaFAKEzi

 
Blogger Templates