Dan yang selalu dipersalahkan kononnya kerap melakukan konspirasi politik ke atas DAP adalah UMNO walaupun hakikatnya, UMNO sendiri tercengang-cengang dengan lakonan dan opera Lim Guan Eng serta DAP.
Begitu jugalah dalam kes membabitkan bekas ADUN Pujut, Dr. Ting Tiong Choon yang merupakan bekas rakyat Malaysia yang memegang status kerakyatan Australia.
Secara jelas, Dr. Ting Tiong Choon telah pun melanggar undang-undang Malaysia apabila masih mengaku rakyat Malaysia walaupun dia sebenarnya telah kehilangan status tersebut pada April 2006 selepas memperolehi kerakyatan Australia.
Tetapi bagi DAP, itu semua hanyalah konspirasi politik UMNO!
Kementerian Dalam Negeri dilaporkan akan menyiasat Dr. Ting Tiong Choon berhubung tindakannya memegang dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Australia.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat, Kementerian akan menyiasat isu berkenaan dan Ting akan dipanggil untuk disoalsiasat.
Menurutnya lagi, Kementerian Dalam Negeri akan menjalankan siasatan untuk memastikan maklumat tersebut adalah tepat bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil termasuklah menyerahkan kepada Menteri Dalam Negeri apabila siasatan selesai dijalankan.
Beberapa hari lepas, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan, rakyat Malaysia yang memegang status kerakyatan negara lain, secara automatik akan kehilangan status kerakyatan Malaysia mereka.
Dr. Ting besar kemungkinan telah melanggar Perlembagaan Persekutuan seandainya benar dia memiliki dua kerakyatan pada satu-satu masa. Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan rakyat Malaysia memiliki dua kerakyatan.
Ting ketika dilucutkan kelayakannya sebagai ADUN mengakui dia telah menggugurkan kerakyatan Australianya sebulan sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak 2016 diadakan. Sekaligus membenarkan dakwaan bahawa dia memang telah memegang dua kerakyatan yang merupakan satu kesalahan menurut undang-undang Malaysia, sekaligus tidak melayakkan dia untuk menjadi calon mana-mana parti politik atau terlibat dalam politik di Malaysia.
Pun begitu, Ting berkata, dia akan memberikan kerjasama kepada Kementerian Dalam Negeri dan berkata, "Semua ini hanyalah KONSPIRASI POLITIK".
3 comments:
Sepatutnya SPR mesti ambil tindakkan keatas ADUN DAP ni kerana memberi maklumat palsu semasa memajukan borang pada pilihan raya Negeri Sarawak. SPR mesti saman beliau dan menuntut kos yang akan dikeluarkan oleh SPR untuk pilihan raya kecil. Dia punya temberang Rakyat yang tanggung kos.
Kalau SPR tidak ambil tindakkan maknanya SPR ni Suruhanjaya yang bacul.
Ada 2+1=3
"All overseas Chinese are china citizens" Mao Zedong.
Macam mana dengan Pak Lah dengan hartanya yg berjuta juta di Australia. Semua pemimpin2 UMNO adalah kaki sapu.
Post a Comment