Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 2, 2017

LEBAI BERKETAYAP JADI AJK MASJID, TAPI PERANGAI MENGALAHKAN SYAITAN!!!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka telah menahan dua lelaki selepas disyaki telah menerima wang rasuah sebanyak RM116,000 dalam urusan jual beli tanah wakaf milik Masjid Al-Hamideen di Melaka.

Mereka yang ditahan merupakan mantan pengerusi dan mantan setiausaha Masjid Al-Hamideen.

Kedua-duanya ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Negeri Melaka untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut kira-kira jam 7 petang hari ini.

Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang berusia 61 tahun dan 46 tahun telah melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2012.

Tanah wakaf milik Masjid Al-Hamideen yang terletak di Kampung Bukit Cina, Melaka disyaki telah dijual kepada seorang lelaki bukan Islam yang tidak layak untuk memiliki tanah wakaf tersebut.

Difahamkan, kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah dengan menjual tanah yang diamanahkan kepada mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kedua-duanya akan direman esok untuk membantu siasatan kes tersebut.



3 comments:

Anonymous said...

Aduhai ..apa lak imam ikut perangai najib lak ni. Tak cerdiklah tu pasal kena tangkap. Mentor dia sampai la ni tak kena apa2 pun. Mungkin pasal jawatan ini jawatan public office. Tu pasal dia kena tapi najib lepas tu

Miee 1965 said...

Wow...baik ye ko...najib juga salah...ermmmm

Anonymous said...

taksub tahap buta hati perut hitam

 
Blogger Templates