Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, May 12, 2017

MAHFUZ OMAR BETUL-BETUL TINGGALKAN PAS POKOK SENA... AHLI-AHLI PAS PILIH PULAUKAN ATAU UNDI CAP BUNGA!!!!



Ketika masyarakat yang leka dengan politik negara besar biji mata kerana ADUN Pujut dari DAP, Dr. Ting Tiong Chong dilucutkan kelayakannya sebagai ADUN kerana memiliki dua kewarganegaraan, cerita PAS putus tahaluf siyasi dengan PKR juga tidak kurang menarik.

Beberapa kenyataan dapat kita baca sama ada menerusi portal mahupun media konvensional membabitkan perkembangan politik di Selangor, baik melibatkan DAP yang sebelum ini benci sangat dengan PAS, mahupun PKR yang turut berhadapan dengan penentangan keras terhadap Azmin Ali yang memimpin sebuah kerajaan negeri yang mereka sifatkan sebagai KARTEL MIN.

Perkembangan dalam UMNO juga tidak begitu menarik apabila semakin ramai yang berang dengan sikap sabotaj, mula mengeluarkan dan mendedahkan beberapa nama yang mereka katakan sebagai penyokong kuat Cap Bunga tapi masih berada dalam UMNO untuk mendapatkan peruntukan UMNO bagi membunuh UMNO sendiri.

Sebenarnya PAS juga berhadapan dengan masalah yang lebih meruncing. Walaupun kelihatan tenang di permukaan, hakikatnya di bahagian bawahan sedang bercelaru dan kacau bilau.


PAS Kedah misalnya sedang menghadapi krisis sokongan yang sangat bahaya walaupun para pemimpinnya cuba menafikan hakikat berkenaan.

Ketiadaan pemimpin yang berkaliber selain kewujudan parasit-parasit yang dahulunya kenyang dan mewah semasa sepenggal PAS perintah Kedah, menjadikan ahli-ahli bawahan seperti anak ayam kehilangan ibu.

Maka soksek-soksek di media-media sosial seperti WhatsApp tentang gerakan pulaukan PRU akan datang dengan tidak keluar mengundi di kalangan ahli-ahli PAS semakin kuat dan keras.

Malahan menerusi SISTEM BISIK-BISIK yang dijalankan oleh jentera propaganda dan kempen Cap Bunga pula dilihat berjaya mewujudkan sentimen, 'kalau boleh jangan keluar mengundi. Kalau nak mengundi, pangkah BERSATU'.

Keadaan tersebut dapat dikesan di Pokok Sena, kawasan kubu kuat Mahfuz Omar yang merupakan YDP PAS Pokok Sena yang sedang 'dicutikan'.

Pada 11 Mei 2017 antara jam 10:00 sehingga 12:00 tengah malam, satu ceramah pasca muktamar PAS telah diadakan di Lepai, Kampung Telok, DUN Bukit Pinang yang berada dalam Parlimen Pokok Sena.

Lebih tepat lagi di Markas UPU, Kampung Telok.


Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Firdaus Salleh yang merupakan Setiausaha PAS Kawasan Pokok Sena.

Yang datang cuma seramai 30 orang yang merupakan ahli-ahli PAS Pokok Sena dan PAS Cawangan Bukit Pinang. Kelibat Mahfuz langsung tidak kelihatan.

Pokok Sena hanyalah sedikit cerminan daripada apa yang berlaku dalam PAS di Kedah. Impian PAS untuk menawan sebanyak mungkin kerusi DUN di Kedah, akan terjejas kerana kewujudan puak-puak parasit dan ketiadaan langkah-langkah lebih berkesan untuk menangani perbuatan Cap Bunga menawan dan menjarah ahli-ahli PAS Kedah sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Umno tolong jangan lagi calonkan golongan "bersijil beli" jadi calon pru, ini barah dlm umno sbb mereka menang dibhg dgn duit, pengundi meluat,

 
Blogger Templates