Mohd Idris Jusi adalah Ahli Parlimen Batu Pahat dari PKR, parti Nurul Izzah sendiri!
Kata Anwar Ibrahim, Tun Mahathir tidak boleh membuat keputusan siapa yang akan menjadi calon Perdana Menteri dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Menurutnya lagi ketika ditemubual di Mahkamah Shah Alam pagi tadi, untuk menamakan calon Perdana Menteri, perlukan konsensus daripada anggota-anggota Pakatan Harapan.
Berdasarkan kenyataan terbaharu Pengerusi Parti Cap Bunga yang dia mungkin 'terpaksa menimbang' untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi sekiranya rakan-rakan di dalam Pakatan mahukannya, Anwar berkata, "Dia tidak boleh memandai-mandai (membuat keputusan), tetapi Harapan (yang akan membuat keputusan)."
"Orang tidak boleh sukarela (menjadi Perdana Menteri), perlu ada konsensus," katanya lagi kepada portal berita yang menemubualnya ketika Anwar menghadiri pendengaran kes di Mahkamah Shah Alam.
PKR pada setiap masa menegaskan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon untuk Perdana Menteri Malaysia walaupun Parti Cap Bunga menunjukkan perubahan yang lebih dinamik di dalam Pakatan.
Parti Cap Bunga sebelum ini memberikan sokongan sama ada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Pengerusinya yang lebih berkuasa, Dr. Mahathir sebagai calon pilihan untuk Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya menguasai Putrajaya pada PRU akan datang.
Anwar sekarang ini sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun kerana jenayah liwat membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008. Berdasarkan undang-undang, dia dilarang daripada terlibat dengan sebarang pilihanraya selama lima tahun selepas dibebaskan daripada penjara nanti.
3 comments:
madey jwb blk.. apa yg kau mampu buat kau kat dlm aku kat luar.. aku blm puas memusnahkan hidup kau.. lps aku jd PM aku akan sumbat kau semula dlm penjara utk selama2nya..hehe
Jangan di layan banduan yang jalani hukuman. Banduan dalam penjara mana ada hak sebagai warga negara. MyKad pun kena gantung, yang ada nombor badan sebagai rujukan. Media pun bodoh tanya macam-macam, tu yang perasan tahunan politik tu padahal penjenayah lihat. Penjenayah lain ada diminta buat kenyataan? Tak ada sebab tak ada hak, pengamal media lain kali kalau editor hantor suruh tanya soalan kat AI, marah balik kat editor bagi layanan istimewa kepada penjenayah/banduan jalani hukuman, tak ada hak.
Banduan ini nak selamatkan Negara daripada Najib anak Razak yg nak lelong Melayu kpd PRC utk jadi kuli angkat tahi babi.
Post a Comment