Hujah mereka ialah, Malaysia mempunyai perlembagaan. Dan Perlembagaan itu memerlukan persetujuan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk dipinda.
Yang mereka tidak sebutkan ialah, hak penggubalan perlembagaan boleh dilakukan apabila sesuatu pihak yang menang di Parlimen menguasai dua pertiga majoriti. Manakala kuasa mutlak DYMM Yang Di-Pertuan Agong pula telah 'dimansuhkan' oleh Dr. Mahathir sebaliknya kuasa-kuasa baginda menjadi terhad dan di bawah nasihat Perdana Menteri.
Dr. Mahathir semasa krisis perlembagaan sebanyak dua kali pada tahun 80-an dan 90-an telah meminda hak-hak dan kuasa-kuasa sultan, kononnya agar kedudukan Sultan-Sultan Melayu tidak dihina apatah lagi institusi kesultanan hanyalah bersifat Raja Berperlembagaan di Malaysia, bukannya berkuasa mutlak fuedal lagi walaupun sebenarnya pindaan tersebut mempunyai kepentingan lain.
Dan pindaan tersebut dibuat pada ketika Mahathir memperolehi mandat dua pertiga majoriti di Parlimen.
Untuk membentuk kerajaan pada peringkat persekutuan, jumlah majoriti kerusi parlimen yang perlu untuk dimenangi adalah sekurang-kurangnya 112 kerusi. Bagaimanapun, jumlah tersebut hanya boleh membentuk kerajaan yang tidak stabil kerana kelebihannya hanya 1 kerusi yang pada bila-bila masa sahaja boleh hilang, sama ada menerusi cara melompat parti atau meninggal dunia atau bersara atau muflis atau disabitkan dengan kesalahan jenayah dan dihukum penjara setahun atau didenda lebih RM2000.
Bagaimana pula dengan hujah Melayu penyokong-penyokong Pakatan terutama dari PAN yang cuba menegakkan pendapat kononnya bukan Melayu atau lebih tepat lagi DAP tidak boleh menjadi Perdana Menteri di Malaysia.
Seperkara yang sangat jelas ialah, tidak ada sebarang klausa dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menyatakan hanya orang Melayu yang beragama Islam sahaja boleh menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet mahupun Speaker Dewan Rakyat. Jawatan-jawatan politik tersebut terbuka kepada mana-mana pihak yang berjaya memenangi PRU dan mendapat konsensus daripada rakan-rakannya di Parlimen.
Bagaimana pula dengan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP?
Katakanlah pada PRU-14, PKR berjaya menguasai 40 kerusi, PAN 20 kerusi, Cap Bunga 15 dan DAP 43, ini bermakna mereka akan menguasai 118 kerusi dan layak membentuk Kerajaan Persekutuan.
Dalam gabungan tersebut, parti manakah yang paling dominan? Sudah tentulah DAP.
Apakah jawatan yang selayaknya untuk DAP? Adakah DAP akan mengambil risiko dengan menuntut jawatan Perdana Menteri? Yang pasti, peruntukan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah untuk DAP.
DAP sudah acapkali menerusi mulut Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng menyatakan, mereka tidak akan menuntut jawatan Perdana Menteri. Kita terimalah penafian tersebut. Tetapi DAP tidak pernah menafikan, mereka mengidamkan jawatan Speaker Dewan Rakyat.
Kenapa Speaker Dewan Rakyat?
Kerana kuasa Speaker yang akan menentukan apa-apa usul dan soalan yang akan dibawa ke dalam persidangan dewan. Kuasa Speaker jugalah yang akan menyekat serta menghalang mana-mana usul atau soalan yang boleh mengurangkan kredibiliti kerajaan.
Itulah yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang. Di Selangor, pada PRU lalu, DAP menang 15, PAS 15 dan PKR 14. PKR diperuntukkan jawatan Menteri Besar menerusi sokongan kuat dari PAS. Bagaimanapun, jawatan Speaker DUN Selangor milik mutlak DAP. Dan kerana itulah, sebarang usul berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu tidak pernah dibenarkan dibahaskan dalam DUN. Apatah lagi Speakar DUN Selangor terpalit dengan isu evangelist yang cuba dinafikannya tetapi akhirnya terpaksa mendiamkan diri setelah terbukti menerusi penganjuran Jerusalem's Jubilee yang mendapat sokongan secara tidak langsung tetapi berjaya dibatalkan oleh pihak berkuasa Malaysia walaupun pada tahun lepas, ianya berjaya dianjurkan tanpa sebarang tentangan.

Di Pulau Pinang, DAP menguasai sepenuhnya malah hal ehwal yang membabitkan agama Islam pun, dicampuri oleh DAP. DAP berlakon konon-kononnya bermurah hati memberikan bantuan yang besar kepada institusi agama Islam di negeri itu walaupun sebelum ini, peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk diagih-agihkan kepada institusi agama Islam di Pulau Pinang, disekat-sekat, malah dipertikaikan kerana kononnya tidak adil kepada agama-agama lain yang diiktiraf oleh Persekutuan. Dari peruntukan yang sama jugalah, tahun ini, DAP mendabik dada kononnya mereka membela Islam lebih berbanding Kerajaan Persekutuan yang didominasi UMNO.
Seandainya trend 2008 dan 2013 berterusan dengan DAP memperolehi sokongan lebih 90% daripada masyarakat pengundi Cina, sasaran DAP untuk menguasai sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen akan berjaya. Dan dengan andaian, parti-parti lain dalam Pakatan Harapan juga boleh menang, kemenangan parti-parti tersebut tidak akan melebihi DAP kerana pembahagian kerusi yang akan melebihkan DAP berbanding PKR, PAN apatah lagi Cap Bunga yang masih terlalu baru.
DAP akan menjadi sangat dominan sebagaimana UMNO di dalam Barisan Nasional.
Dan kemungkinan-kemungkinan berikut boleh berlaku.
1. Jawatan TPM dipegang oleh DAP.
2. Wakil-Wakil Rakyat DAP akan menguasai pelbagai Kementerian dan menguasai portfolio-portfolio penting sebagaimana yang kita boleh tengok di Pulau Pinang dan Selangor termasuklah Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Pengajian Tinggi, MITI, KPDNKK dan sebagainya.
3. Speaker Dewan Rakyat adalah hak mutlak DAP
4. CEO dan Pengarah-Pengarah GLC juga akan dilantik dari kalangan DAP.
Perdana Menteri akan kekal dari kalangan orang Melayu tetapi nasibnya tidak ubah seperti boneka yang tidak ada sebarang kuasa sebagaimana yang berlaku di Perak pada tahun 2008 sehingga Februari 2009 menerusi perlantikan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tetapi segala tutur kata dan keputusannya datang dari Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming.
Kalau sekarang pun, tanpa penguasaan jawatan-jawatan penting dalam GLC atau Kementerian, rakyat dan kerajaan perlu akur dengan tuntutan termasuklah kenaikan harga barang dan perkhidmatan memandangkan mereka menguasai jaluran perniagaan dan perdagangan, bagaimana pula sekiranya mereka menguasai fungsi-fungsi penting sebagai pembuat keputusan dan dasar?

Adakah taktik menyalahkan UMNO akan berterusan berlaku sebagaimana di Pulau Pinang dan Selangor masakini bagi menutup kejalangan DAP yang dibantu oleh segelintir Melayu yang lapar kuasa dan cuba berperangai Liberalis?
3 comments:
Mat Sabu pernah ditangkap khalwat dgn isteri orang di kota bharu. Jgn cakap banyak. Orang tahu akhlak kamu.
UMNO dah lama berakar kalau nak ditumbangkan bolehlah jemput mana2 Negara ASEAN utk memotong pokok Ni dan bakar sampai jadi abu
Melayu yg ada dlm DAP adalah pengkhianat bangsa... DAP bagi duit dan jawatan hanya nak memperkudakan mereka.. tapi mereka ini tidak sedar sebab kepala otak dia orang dah diracuni dengan fahaman liberal... jangan beri muka kepada melayu pengkhianat bangsa ni.
Post a Comment