Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 4, 2017

BONUS KAKITANGAN AWAM... YANG SEBENARNYA, AZMIN TERIMA BONUS RM73,125, JAUH LEBIH BANYAK DARI KERANI YANG BERIA-IA SOKONGNYA!!!



Ada orang yang cuba membuat perbandingan tentang pemberian bonus kepada penjawat awam membabitkan kakitangan Kerajaan Malaysia dan kakitangan Kerajaan Negeri Selangor. Pemberian bonus RM500 oleh Kerajaan Malaysia kepada kakitangannya, dianggap lekeh dan menggelikan hati berbanding dua setengah bulan bonus oleh Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali untuk penjawat-penjawat awam negeri tersebut.

Dan atas sebab itu, Azmin Ali lebih baik berbanding Najib Abdul Razak walaupun pada masa yang sama, Azmin Ali hanya 'muncul' kebelakangan ini sahaja untuk rakyat dan penjawat awam Selangor setelah semenjak 2013, tidak menghiraukan pun kebajikan rakyat.

Peruntukan MARIS yang diberikan oleh Kerajaan Najib Abdul Razak kepada Kerajaan Azmin Ali, tidak digunakan untuk pembaikian dan penyelenggaraan jalanraya-jalanraya seluruh Selangor. Sebaliknya dalam satu kenyataan, Exco Perumahan Tempatan Selangor, Iskandar Samad mengakui, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk jalanraya itu, telah digunakan untuk menyelenggarakan PPRT di seluruh Selangor.

Pun begitu, di sebalik pengakuan Iskandar Samad, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula berhadapan dengan masalah apabila semakin banyak aduan daripada penduduk di PPRT tentang pengabaian oleh Kerajaan Negeri ke atas mereka dan kediaman mereka, selain kerja-kerja penyelenggaraan yang sangat daif, menyebabkan KPKT terpaksa campurtangan.

Dan cadangan Azmin Ali agar Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih semua PPRT yang telah dibina oleh KPKT di atas tanah KPKT di Selangor tetapi segala sewa dikutip dan disimpan oleh Kerajaan Negeri, dengan jumlah yang sangat besar, didedahkan oleh Noh Omar baru-baru ini. Sekaligus menunjukkan sikap lepas tangan Kerajaan Negeri Selangor yang menerima pujian melambung daripada penyokong Pakatan kerana memberi bonus 2 setengah bulan gaji kepada kakitangan awam negeri.

Sebenarnya pemberian bonus tersebut hanyalah gula-gula politik Azmin Ali. Daripada sekian banyak janji dan program seperti TAWAS, YAWAS dan segala macam yang lain termasuklah bantuan untuk ibu tunggal, suri rumah, pelajar dan sebagainya, tiada suatu pun yang ditepati oleh Pakatan Rakyat Selangor. Kalaupun ada, cuma membabitkan segelintir kecil yang bertujuan untuk dijadikan sebagai propaganda dan publisiti konon-kononnya, Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin kepada rakyat Selangor, biarpun pada masa yang sama, pelbagai cukai terutama membabitkan tanah dan premis, telah dinaikkan lebih 100% oleh pentadbiran Azmin Ali sepanjang tempoh 2008-2017.

Apa beza 2 setenggaah bonus dengan BRIM yang seringkali dilabelkan sebagai rasuah politik oleh Tun Mahathir dan disokong pula sebagai sogokan politik oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pada 29 Disember 2016?

Apa yang berlaku sebenarnya ialah, Azmin Ali menggunakan taktik ini untuk memancing kesetiaan ADUN-ADUN dan Exco PAS yang kekal di bawah pentadbirannya. Gaji Exco ketika ini ialah RM20,250. Jikalau diberikan bonus dua ssetengah bulan, bermakna mereka akan menerima sebanyak RM50,625. Namun penerima terbesar sudah tentulah Azmin Ali sendiri apabila dia akan menerima bonus sebanyak RM73,125 daripada gajinya sebanyak RM29,250.

Kesetiaan ADUN-ADUN dan Exco PAS perlu bagi masa hadapan politik Azmin Ali sendiri. Apabila Ketua ARMADA Cap Bunga, Syed Saddiq mempersoalkan tentang negeri-negeri yang dipimpin oleh parti-parti selain BN kononnya lebih baik, budak hingusan yang berlagak pandai kerana pernah jadi juara debat itu terlepas banyak perkara penting.

Barangkali dia tidak sedar, Kelantan dan Pulau Pinang sendiri pun tidak sanggup mementaskan drama murahan dan bodoh seperti Azmin Ali yang diketahui gagal menarik pelabur luar, tetapi sangat bergantung dengan apa yang telah ditinggalkan dan diusahakan oleh Kerajaan BN dan Khalid Ibrahim terdahulu. Hampir tiada pelaburan baru sepanjang Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor walaupun Azmin Ali kerapkali bercuti ke luar negara.

Mukhriz Mahathir yang sekarang ini merupakan Timbalan Presiden Cap Bunga semasa menjadi Menteri Besar Kedah, juga sekadar berani memberikan bonus sebanyak RM500 kepada kakitangan awam negeri. Azmin Ali terpaksa menggunakan pendekatan popular, walaupun dia sebenarnya sedar, Selangor tidak mampu berbuat demikian tanpa peruntukan dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, meskipun suatu ketika pernah bergelar negeri terkaya di Malaysia.

Ironinya, Azmin Ali tanpa segan silu telah mengisytiharkan Selangor sebagai negeri termaju dan terkaya dengan rizab berbilion ringgit. Hakikatnya, berdekad-dekad sebelum PKR-DAP menguasai Selangor, negeri ini telah pun disiapkan segala prasarana oleh Kerajaan BN, jauh mengatasi negeri-negeri lain. Selangor ditumpukan dengan pelbagai kemudahan sekaligus melambakkan kekayaan negara di negeri ini oleh Kerajaan Barisan Nasional. Azmin Ali hanya masuk dan cuci kaki sepertimana yang dilakukannya dalam isu rumah PPRT yang cuba dipulangkan kepada KPKT untuk penyelenggaraan tetapi sewa dan keuntungan, diambil dan dibolot oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Seperkara lagi, jumlah kakitangan awam Kerajaan Malaysia adalah lebih 1.6 juta orang dengan lebih 775,000 orang pula adalah pesara yang turut menerima bonus. Ini menjadikan peruntukan untuk bonus sahaja adalah lebih daripada RM1 bilion.

Sedangkan kakitangan awam di Selangor hanya berjumlah 21 ribu orang sahaja tidak termasuk pesara. Peruntukan bonus daripada Kerajaan Negeri Selangor tidak sampai pun RM30 juta. Pemberian bonus gaji 2 bulan setengah juga dilihat tidak adil kepada kakitangan awam gred rendah berbanding bonus yang diberikan kepada Menteri Besar Selangor.

Di Pulau Pinang, di sebalik cakap-cakap besar Lim Guan Eng kononnya kerajaan negeri di bawah kepimpinannya merupakan kerajaan negeri yang terbaik, terpaksa meminjam berbilion ringgit dari bank asing, bagi menampung kekurangan aliran tunai menjelang PRU. Apa yang dilakukan oleh Azmin Ali juga, sebenarnya sudah tidak jauh untuk mencapai status yang sama. Apatah lagi dengan kaedah perbelanjaan boros yang ditunjukkan oleh Azmin Ali, termasuklah seperti kos mengecat Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuhraya Persekutuan yang mencecah lebih RM10 juta!

Yang pasti, bonus yang diheboh-hebohkan dan dipropagandakan itu sebenarnya tidak lebih daripada bonus pilihanraya dengan menjadikan kakitangan awam sebagai tikus makmal.

Orang bagi kita ambil!





1 comment:

Anonymous said...

Bonus kucing kurap berbanding bayaran rasuah dari 1MDB.

 
Blogger Templates