Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 4, 2017

CAKAPLAH APA PUN, YANG PASTI, NAJIB BERJAYA MENGELUARKAN MALAYSIA DUA KALI DARI KEMELUT EKONOMI DUNIA!!!




Kebanyakan rakyat Malaysia tidak sedar langsung tentang kemelesetan ekonomi global bermula pada tahun 2008. Sebaliknya ramai yang menyangkakan Malaysia terselamat daripada terkena tempias masalah ekonomi meruncing global kerana dasar-dasar ekonomi yang telah ditinggalkan oleh Mahathir yang kononnya telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah kota kara dan kebal daripada sebarang masalah ekonomi. Mereka percaya, sebarang masalah ekonomi selepas era pentadbiran Mahathir, adalah disebabkan kelemahan pemimpin, bukan kerana faktor-faktor lain.

Justeru apabila berlaku kejatuhan nilai ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat, kenaikan harga minyak dunia, kenaikan harga barangan dan sebagainya, kerajaan dipersalahkan dan kebanyakan orang yang kurang membaca serta mencerna maklumat, memilih untuk menyalahkan Kerajaan. Lebih daripada itu, berlaku pula desakan dan tuntutan perletakan jawatan kononnya, ia akan menyelesaikan masalah dan kemelut ekonomi Malaysia. 

Hakikatnya, rakyat Malaysia sebenarnya diselamatkan daripada kemelesetan ekonomi paling teruk semenjak tahun 1930-an, kesan daripada tindakan pantas, terancang dan berani kepimpinan negara setelah berlaku peralihan kuasa pada tahun 2009 yang turut menyaksikan Najib Abdul Razak naik menggantikan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri.

Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2009, bukannya kecil dan alang kepalang. Malah turut melibatkan negara-negara dan kuasa-kuasa ekonomi dunia. Tidak ramai rakyat Malaysia yang peduli bagaimana syarikat-syarikat gergasi seperti AIG, Citibank, General Motors, dan Chrysler menjadi bankrap dan terpaksa diselamatkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat menerusi proses bail-out secara besar-besaran.

Najib Abdul Razak merupakan SATU-SATUNYA Perdana Menteri di Malaysia yang terpaksa berhadapan dengan cabaran ekonomi terbesar dunia dalam sejarah negara ini. 

Apabila dia menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, apa yang dilakukan oleh Najib ialah menyelamatkan Malaysia daripada terkena tempias kemelesetan ekonomi global menerusi perubahan-perubahan besar yang kemudian dijadikan bahan fitnah oleh pihak lawan dan rakyat Malaysia yang kurang membaca tetapi mahu bercakap.

Krisis kewangan 1997-1998 sebenarnya terlalu kecil jikalau dibandingkan dengan kemelesetan ekonomi global yang dialami oleh Malaysia dan dunia pada penghujung 2008. Pun begitu, polisi yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir pada tahun 1997-1998 dengan meningkatkan kadar faedah bagi menyokong dan mempertahankan nilai Ringgit, telah menyebabkan banyak syarikat gulung tikar dan bank tidak mampu bersaing di pasaran perbankan lagi. 

Pada 2009, Najib terpaksa membuat pinjaman besar bagi mengepam wang masuk ke dalam ekonomi Malaysia bagi menyelamatkan negara ini daripada mengalami kemelesetan seperti kebanyakan negara lain termasuklah Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Ternyata, tindakan Najib itu terbukti berkesan. Bagaimanapun, pada masa yang sama, dia turut dikecam oleh rakyat kerana melihat pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh Najib sebagai mendatangkan masalah kepada rakyat. 

Najib kemudiannya memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mempelbagaikan ekonomi negara ini dan pada masa yang sama, mengurangkan pergantungan ekonomi dan kewangan negara kepada pendapatan minyak. 

Ternyata, ia adalah satu pandangan jauh apabila pendapatan daripada minyak telah jatuh 80% pada tahun 2014. 

Kali terakhir harga komoditi utama kita jatuh teruk seperti sekarang adalah pada tahun 1985-1986. Bagaimanapun, seperti pada tahun 1997, Mahathir gagal menanganinya dan mengatasinya, sekaligus menjadikan ekonomi Malaysia meleset lebih teruk.

Pada tahun 2014-2015, Najib membiarkan nilai Ringgit merudum dan tidak meningkatkan kadar faedah secara giat seperti pada tahun 1997-1998. Dan sekali lagi, Najib dikecam kerana tidak melakukannya dengan alasan, penurunan nilai Ringgit secara berterusan akan mengakibatkan kemelesetan ekonomi lebih teruk dan harga barangan serta perkhidmatan akan meroket baik. 

Pun begitu, polisi Najib membolehkan para pengeksport negara ini dan industri pelancongan, meningkat secara mendadak apabila Malaysia dilihat sebagai negara yang menawarkan barangan, perkhidmatan serta produk lebih murah kesan daripada nilai Ringgit yang lebih rendah berbanding Dollar Amerika. Aliran tunai domestik turut menyaksikan rakyat Malaysia mempunyai kuasa beli yang cukup besar walaupun di luar Malaysia, rakyat negara-negara lain terpaksa mengamalkan budaya jimat cermat yang ekstrim kerana selain berharga tinggi, permintaan juga mengurang secara drastik. 

Najib memilih polisi tidak popular yang menjadikannya sebagai mangsa kecaman walaupun pada masa yang sama, telah menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada menerima kesan kemelesetan ekonomi global yang teruk. Pun begitu, di sebalik kecaman terhadapnya, keputusannya juga dilihat tepat.

Mereka yang tahu tentang polisi-polisi ekonomi pastinya sedar, Najib telah memilih ranjau besar untuk dirinya. Bagaimanapun, sejarah telah membuktikan sebahagian daripada keputusan-keputusannya itu adalah tepat. 

Selain membuat transformasi ekonomi, apa yang paling mengesankan ialah tindakan Najib 'mendengar' keluhan dan kritikan lebih sedekad lalu selain membuat penambahkan menerusi semakan subsidi, perjanjian berat sebelah IPP dan konsesi lebuhraya, pengangkutan awam, kadar minimum gaji bagi mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing yang menyebabkan ekonomi negara kaku, mengagihkan pendapatan negara sebagai stimulus ekonomi dalam bentuk BRIM serta beberapa bantuan kewangan lain termasuklah kepada golongan yang selama ini diabaikan seperti penoreh getah, nelayan dan petani, mengurangkan AP, mengurangkan harga kereta bagi model-model ASEN, membantu FELDA mendapatkan dana bagi tujuan penanaman semula dan pembesaran, mengimbangi ekonomi negara antara domestik dan eksport, mempergiatkan pembangunan di kawasan Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang telah diabaikan semenjak sekian lama, menghapuskan perlindungan untuk PROTON dan membina serta memperteguhkan hubungan diplomatik Malaysia selain hubungan-hubungan dagang. 

Walaupun pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan rakan barunya dari Pakatan mengecam Najib, yang pasti, Najib telah berjaya mengemudi Malaysia keluar dari masalah besar sebanyak DUA KALI dalam tempoh 6 tahun dan telah meletakkan asas-asas yang lebih kukuh untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan seperti yang kita dapat lihat menerusi suku pertama pertumbuhan KDNK.

Baik Mahathir, apatah lagi Anwar, tidak pernah berhadapan dengan krisis ekonomi dunia seperti tahun 2008. Kesan ekonomi yang dirasai pada zaman mereka, hanyalah berskala kecil dan hanya melibatkan wilayah Asia tetapi sudah pun menimbulkan pelbagai masalah yang dirasai oleh kebanyakan rakyat Malaysia berbanding pada zaman Najib. 

Mahathir sendiri tidak berjaya menangani masalah kejatuhan harga komoditi seperti yang berjaya dilakukan oleh Najib pada 2015-2016. Kegagalan teruk pada 1985-1986 telah menyaksikan bagaimana polisi Mahathir yang melebihkan pengilangan dan pembuatan berbanding pertanian sehingga mewujudkan jurang yang sangat besar antara rakyat luar bandar dan bandar, antara pekerja bawahan dan kakitangan atasan serta mewujudkan kem-kem monopoli besar yang kekayaan negara berlegar-legar di kalangan orang tertentu yang rapat dengannya sahaja. 


No comments:

 
Blogger Templates