Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 14, 2017

FGV TAK MILIKI WALAU SEINCI TANAH FELDA PUN LA WAHAI PENFITNAH DARI CAP BUNGA DAN PAN!!!



Sekarang ini, dengan menggunakan WhatsApp Group, jentera-jentera propaganda khususnya dari Cap Bunga dan PAN sedang menabur fitnah kononnya, FELDA dan FGV bakal terjual kepada 3 syarikat dari China menerusi pembelian besar-besaran saham-saham murah FGV di Bursa. Kata mereka lagi, dengan pembelian tersebut, maka semua tanah FELDA dan FGV akan beralih tangan kepada ketiga-tiga syarikat dari China itu. 

Modus operandi dan SOP mereka samalah sepertimana yang mereka gunakan dalam isu membabitkan Proton dan Lotus. 

Para peneroka dan pemilik tanah di Felda ditakut-takutkan dengan harapan, para peneroka akan mengalihkan sokongan kepada mereka bilamana PAN dan Cap Bunga berjanji akan memansuhkan dan menghalang pemilikan oleh syarikat-syarikat dari China itu ke atas tanah-tanah Felda dan FGV. 

Satu pembohongan yang sangat jelas dengan menggunakan ketakutan dan kebimbangan para peneroka FELDA.

Dakwaan PAN dan Cap Bunga itu tidak lebih daripada sekadar 'sampah' dan karut!

FELDA dan FGV adalah dua entiti yang berbeza. FELDA adalah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. FELDA memiliki 34% saham-saham di dalam FGV. Manakala peranan FGV pula menguruskan perladangan, juga membeli buah-buah sawit daripada para peneroka, memprosesnya dan kemudian menjual minyak sawit ke pasaran. 

Berbeza daripada PROTON di mana jualan kereta-kereta Proton dilakukan sepenuhnya oleh syarikat swasta DRB-Hicom dan tidak lagi tersenarai di bursa saham semenjak 2011 selepas mengikut nasihat Dr. Mahathir, sekaligus membuatkan 'golden shares' milik kerajaan di dalam Proton terbatal. 

Sebarang jualan saham-saham Proton kepada mana-mana pihak adalah atas keputusan dan urusan pemilik-pemilik saham swastsa memandangkan kerajan tidak memegang sebarang saham atau kepentingan di dalam Proton. 

FGV tidak memiliki sebarang tanah FELDA. Sebaliknya FGV menyewa 335,000 hektar daripada keseluruhan 850,000 hektar tanah milik FELDA di bawah Perjanjian Pajakan Tanah (LLA). 

Oleh itu, TIADA SEINCI TANAH FELDA pun akan dijual kepada China atau mana-mana pihak memandangkan FGV memiliki mana-mana tanah pun.

Selain daripada menyewa atau memajak tanah daripada FELDA, semenjak disenaraikan FGV turut membeli beberapa syarikat perladangan lain dan tanah-tanah kelapa sawti. 

Antaranya termasuklah pengambilalihan Pontian United Plantation Bhd yang dimiliki oleh penasihat DAP, Chen Man Hin dengan harga RM1.2 bilion dan Asia Plantation Ltd (dari Bursa Saham London) dengan harga RM628 juta. FGV turut membelanjakan RM2.2 bilion untuk membeli baki kepentingan 51% di dalam Felda Holdings Bhd daripada bekas pemegangnya, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad pada Oktober 2013. Pembelian terbaharu adalah ladang sawit berkeluasan 836.1 hektar dari Golden Land Bhd dengan harga RM655 juta tunai pada tahun 2015.

FGV juga adalah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Maknanya, apabila disenaraikan di pasaran saham, sesiapa sahaja boleh membeli saham-saham daripada pasaran saham termasuklah syarikat-syarikat dari China atau mana-mana bahagian dari seluruh dunia. Tetapi itu tidak bermakna, mereka akan mengawal atau menguasai syarikat selagi mana pemegang saham majoriti tidak menjual kepentingan dan pegangan mereka. 

Mengambil kira apa yang dilakukan oleh Mahathir dalam menswastakan dan menyenaraikan syarikat-syarikat di bursa seperti Lembaga Padi Negara menerusi BERNAS, LLN menerusi Tenaga Nasional, lapangan-lapangan terbang menerusi MAHB, Jabatan Pos kepada POS Malaysia, syarikat komunikasi negara kepada Telekom, Axiata, pelabuhan dan banyak lagi.

Adakah akhirnya, kebanyakan daripada syarikat-syarikat tersebut berada di tangan orang asing yang telah melabur dan membeli saham-saham di pasaran?

Sekiranya syarikat-syarikat dari China berminat untuk membeli saham-saham FGV, mereka pastinya akan memborong saham-saham FGV, sekaligus akan meningkatkan harga saham-saham FGV. Tetapi mereka tetap tidak akan menjadi pemilik majoriti atau mengawal pemegang-pemegang saham yang lain sama seperti yang berlaku dalam MAHB, Telekon, Tenaga Nasional, POS dan sebagainya. 

Sebenarnya, terdapat laporan-laporan berita semenjak dua bulan lalu, 3 syarikat dari China berminat untuk membeli kepentingan strategik di dalam FGV. Salah satu syarikat tersebut adalah COFCO. (RUJUK SINI)

COFCO merupakan syarikat pemprosesan, pembuatan dan perdagangan makanan terbesar di China. Perniagaan mereka adalah menggunakan bahan mentah seperti minyak kelapa sawit untuk menghasilkan makanan. 

Untuk menghasilkan barangan makanan seperti minyak masak, COFCO akan boleh menggunakan minyak kelapa sawit atau mereka boleh menggantikannya dengan minyak-minyak masak lain seperti minyak soya mahupun minyak dari lemak haiwan. 

Sekiranya mereka pemegang strategik dalam FGV, kepentingan COFCO sudah tentulah untuk memastikan bekalan bahan mentah seperti minyak kelapa sawit sentiasa terjamin. 

Ini merupakan satu perkembangan yang bagus untuk FGV memandangkan pelanggan utama tidak akan bertukar dari minyak sawit kepada minyak-minyak masak lain atau membeli minyak sawit dari Indonesia mahupun negara-negara lain. 

Bayangkan jaminan dan kestabilan bagi para penanam kelapa sawit dan para peneroka FELDA di negara ini apabila minyak sawit dari Malaysia menjadi komoditi utama untuk menghasilkan produk-produk makanan dan dijual oleh syarikat-syarikat makanan dari China kepada rakyatnya yang berjumlah 1.4 bilion orang. Ini bermakna, harga sawit akan menjadi lebih stabil dan terjamin.

Bagaimanapun, semua ini hanyalah spekulasi dan buat masa ini, tiada sebarang indikasi yang COFCO akan melaksanakan pembelian berkenaan. 

Sekiranya benar parti-parti pembangkang seperti PAN dan Cap Bunga memperjuangkan kepentingan negara ini atau pun para peneroka, mereka tidak akan berterusan menyerang FGV sebaliknya membenarkan saham-saham FGV meningkat harga di pasaran, sama seperti yang dilakukan oleh Hew Kuan Yew dari DAP yang bermegah-megah kerana berjaya menjatuhkan harga-harga saham Lynas selepas menyerang Lynas selama beberapa tahun. 

Saham-saham FGV sekarang berharga rendah dan ia sememangnya amat menarik dan murah untuk syarikat-syarikat asing membelinya. Bagaimanapun pihak pembangkang, khususnya Cap Bunga dan PAN, lebih seronok mengambil kesempatan dan memanipulasi orang kampung untuk mensabotaj ekonomi mereka sendiri dengan mencipta pembohongan dan menyaburnya menerusi WhatsApp.

LIM SIAN SEE


1 comment:

Anonymous said...

Tapi FGV pegang berbillion wang rakyat. Pungut wang rakyat tapi pulangan tak ada. Itulah namanya rompakan awal pagi UMNO. Semuanya dibuat atas nama kononnya wira bangsa iaitu Rajak bin Rojak.

 
Blogger Templates