Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, June 24, 2017

HOLLAND PARK, HERE I COME!!! - MAHATHIR



Ketika khabar-khabar angin kononnya sebuah keluarga VVIP yang sekarang ini sangat tersepit setelah perjuangan untuk menggulingkan Najib, akhirnya memakan diri apabila lebih banyak pendedahan tentang isu-isu yang dahulunya disorok di bawah karpet, sedang merancang untuk berhijrah ke London atau lebih tepat lagi Holland Park, mantan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Cap Bunga terus mengamalkan budaya hidup 'songsang'.

Ketika artikel ini ditulis, hanya beberapa jam sahaja lagi takbir Aidil Fitri 1438 Hijrah akan dialunkan dari menara dan corong pembesar suara masjid, surau, madrasah, bahkan turut dialunkan di rumah-rumah orang Islam, khususnya orang Melayu di Malaysia.

Kebanyakan warga kota berpusu-pusu di semua lebuhraya, sama ada lebuhraya daratan, mahupun lebuhraya air yang terdapat di Sarawak. Tiada jalan-jalan utama yang tidak sesak ketika ini. Lapangan-lapangan terbang turut sesak dengan jumlah penumpang yang meningkat berkali-kali ganda berbanding hari biasa - pemandangan yang tidak mungkin dapat dilihat pada tahun-tahun 90-an yang dikatakan zaman kegemilangan Malaysia. Cerita orang tertinggal atau ditipu bas ekspres atau ulat tiket, sudah tidak lagi menghiasi dada-dada akhbar atau fokus berita di stesen-stesen televisyen. Tiada juga lagi cerita tentang orang ramai yang berkhemah, bermalam dan bermukim di Puduraya mahupun Stesen Besar Keretapi Kuala Lumpur kerana menunggu untuk mendapatkan tempat selesa dalam perjalanan nanti biarpun kadar untuk berdiri sepanjang perjalanan 8 jam sekurang-kurangnya adalah sangat besar.

Budaya balik kampung adalah budaya universal. Di mana-mana negara pun, balik kampung adalah budaya yang tiada mana-mana pihak boleh klaim kredit. Waimma Pak Arab yang paling tegar Wahabinya pun akan balik ke kampung walaupun Nabi s.a.w tidak pernah membudayakan balik kampung pada hari raya.

Cuma seronok jugalah tengok mantan Perdana Menteri kita akan balik ke 'kampung' anak cucunya. Difahamkan seluruh keluarga Mahathir-Rosmah akan berkampung di Holland Park, sebuah kawasan elit yang orang putih London pun tak mampu nak memiliki hartanah di situ kecuali setelah mereka bergelar SUPER JUTAWAN.



Dua hari lepas, Mahathir lawat Kubang Pasu dan buat majlis buka puasa. Tetapi sebelum buka puasa, kena dengar dia menceceh memburuk-burukkan pemerintahan negara dulu dan pada masa yang sama, mendabik dada konon-kononnya dia adalah seorang Nasionalis tulen yang sangat cintakan agama, bangsa dan negaranya. Habis ternganga orang Kubang Pasu yang hanya merasa majlis buka puasa itu buat kali pertama walaupun selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, mereka jugalah yang menyokong dan memastikannya menang. Itupun sebab dia mahukan sokongan orang Kubang Pasu untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak. Kalau tidak, mungkin awal-awal lagi dia sudah cabut ke London.

Tak mengapalah... dia pun dah jadi mantan Perdana Menteri walaupun masih lagi berkeinginan untuk menjadi Perdana Menteri kembali. Dia banyak duit dan banyak pula tajaan. Hartanah pun ada di mana-mana. Kalau tak rumah dia, rumah anak-anak dia. Eloklah dia pergi beraya di London. Sekurang-kurangnya tenang sedikit jantung dan otak dia. Lagipun, ini adalah waktu kritikal yang memerlukan bantuan daripada Clare Rewcastle-Brown selepas Syed Saddiq membocorkan rahsia tentang RM50 juta yang digunakan untuk membiayai kempen luar negara bagi menggulingkan Najib dan Malaysia.

Hari Raya akan lebih bermakna kalau bersama-sama ahli-ahli keluarga. Lebih-lebih lagi untuk seorang lelaki yang sudah tua. Bersama-sama anak cucu, jauh lebih baik dan menarik berbanding bersama-sama penyokong yang tak habis-habis berceritakan masalah sambil menadah tangan mengharapkan sekupang dua.

Tak percaya, tanyalah Ainina Saaduddin... daripada berharap akan diberi bantuan, alih-alih sekadar didoakan sahaja... macamlah doa Mahathir tu mujarab sangat. Mahathir sendiri pun tak berapa berani nak mendoakan dirinya sendiri...


13 comments:

Anonymous said...

Gebang deras x guna..saman je klu berani (atas apa yg dituduh)..rakyat nak tengok ada telur ke tdk..
Slmt hari raya..

Anonymous said...

Salah ke? Aku ada kat london ni...kenapa tak viral?

Anonymous said...

Selamat Hari Raya semua, terutama kpd emunya blog,
Mudah2ah hidup kita semua beroleh iman dan taqwa, limpahan rezki, sihat sejahtera, hidupan yg bahagia,
Maaf Lahir Batin,

Anonymous said...

Pastikan Medey balik utk kempen Selamatkan Malaysia dan pendaftaran Pakatan R/H dan menyelesaikan isu forex dan Isu Opcom dan Pembelian St Miguel

Anonymous said...

'Difahamkan seluruh keluarga Mahathir-Rosmah akan berkampung di Holland Park'

mAHATHIR -hASMAH LAH, BUKAN MAHATHIR-rOSMAH

Anonymous said...

Pagi2 raya dah mula cari dosa memfitnah. Tasbih belum, solat sunat Aidul Fitri belum sudah hambir fitnah di maya internet menamnah dosa. Bangang punya manusia tuuuuiiiuh.

Anonymous said...

Memanglah zaman kegemilangan Malaysia adalah semasa Tun jadi PM tapi dia membiarkan penyamun2 Melayu masuk UMNO. Harga rumah biasa masa tu bukan spt sekarang yg dah melambung sampai di Kuala Lipis pun harga teres 1 tingkat dah sampai RM150k. Itulah kegilaan regim Najib. Org yg tak kerja dlm bilangan ratus ribu.

Anonymous said...

Biaq pi la dia nak raya kat London ka.. Jepun ka.. dengan org eskimo ka... dah lanjut dah.. tak balik pun tak pa.. teruih duduk sana.. menghabiskan waktu tambahan dia

Anonymous said...

Saya pun ada apartment kat situ. Welcome Tun

Anonymous said...

Aku pun dah 5 kali raya kat london ..apa problemnya. Tun dah cucu kat sana. Bukan dia samun duit rakyat pun. Najib tu lainlah. Anak beranak laki bini samun duit lepas tu joli. Yg tu kau tak kutuk pulak. Bangang punya blogger

Anonymous said...

Biaq pi lah tok wan. Dia dh expired.org lain bdraya kat london slh. Tok wan anak beranak tak pa.ekekr

Asaif Barkiya said...

Harap harap madey jangan berusaha bertungkus lumus mencari RPK di UK sekarang kerana bahang api neraka terasa rasa akibat daripada pendedahan demi pendedahan oleh beliau.

Anonymous said...

Bodo, ko Ada Tanya orang jual rumah tu kenapa harga rumah 150k?

 
Blogger Templates