Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 22, 2017

KESIAN MUKHRIZ.... BILA DAH TAKDAK KUASA, BARU DIA TAHU, RAMBUNG PULAI, BALING TU DUK DALAM KEDAH!!!



Benarlah kata orang, apabila sudah gila talak, maka benda yang tidak pernah kita buat dahulu, kita akan lakukan demi meraih perhatian dan mahu membuktikan kononnya kita benar-benar mencintai orang yang kita gilakan.

Beberapa tahun dahulu, Nizar Jamaluddin menjadi bahan momokan kerana gila talak dan meroyannya apabila jawatan Menteri Besar Perak yang disandangnya selama 11 bulan, tiba-tiba sahaja hilang dari genggaman setelah tiga orang ADUN Pakatan (2 dari PKR, seorang dari DAP) keluar parti.

Teruk Nizar Jamaluddin kena apabila dia mempamerkan perangai-perangai pelik dan ganjil selepas kehilangan jawatan Menteri Besar itu. Agak lama jugalah Nizar Jamaluddin belajar menerima hakikat yang dia bukan lagi Menteri Besar Perak.

Nampaknya, perkara yang sama juga berlaku kepada Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden Parti Cap Bunga.


Semasa dia menjadi Menteri Besar Kedah selama 3 tahun, dia tidak pernah merayau dan merayap di sekitar Kedah. Hidup dalam seminggu, 3 hari di Alor Star, 4 hari di Kuala Lumpur atau di luar negara. Selama tiga tahun itulah juga, dia sekadar berpusing-pusing sekitar Alor Star dan Jerlun. Daerah-daerah seperti Baling terlalu asing baginya. Paling jauh pun langkahnya, sekadar Sungai Petani dan Merbok. Sesekali kalau Najib datang melawat Kedah seperti ke Kulim, barulah Mukhriz tahu bahawa Kulim-Bandar Baru merupakan sebahagian daripada Kedah.

Tetapi selepas kehilangan jawatan dan kesungguhannya untuk membuktikan yang dia memang ada aura dan pengaruh, Mukhriz mula belajar tentang Kedah. Mula menghafal nama-nama daerah di seluruh Kedah. Mula tahu bahawa Kedah itu bukan hanya Alor Star, Sungai Petani dan Merbok, tetapi juga beberapa daerah yang lain.

Pada 20 Jun lalu, dalam usaha untuk menambahkan bilangan ahli Parti Cap Bunga di Baling setelah semakin ramai yang bertindak keluar parti manakala penyokong asal Parti Cap Bunga Baling pula, ramai yang lebih suka menjadi pemerhati, Mukhriz membuat jelajah di Baling.


Dia kemudian dimaklumkan tentang Rahmat bin Taib di Rambung Pulai, Baling yang rumahnya telah terbakar pada 23 Mei 2017 lalu. Apabila mendapat tahu, Mukhriz serta rombongannya ke rumah Rahmat dan jentera propaganda Cap Bunga Kedah milik Mukhriz mengolah cerita dan cuba menimbulkan persepsi seolah-olah mangsa kebakaran langsung tidak dibantu dan dipedulikan oleh ADUN Bayu, Ahli Parlimen dan pihak berkuasa yang lain.

Mukhriz dipropagandakan sebagai memberi sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa sekeluarga menjelang Aidil Fitri menerusi pemberian hamper makanan dan wang tunai. Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sendiri ketika menjadi Menteri Besar Kedah dahulu, kecuali kerapkali memberi alasan, telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk mengambil tahu.

Lawatan Mukhriz bagaimanapun, hanyalah acara ringkas memandangkan ianya tiada dalam perancangan dan telah diatur secara mengejut oleh pihak Pengerusi Parti Cap Bunga Baling Sophian Ahmad. Tempoh kehadirannya hanyalah dari jam 4:20 sehingga 4:35 petang sahaja.

Sesuatu yang menarik ialah pembabitan Md Zuki Yusof, ADUN Kuala Ketil yang lebih dikenali sebagai Cikgu Zuki. Dia merupakan penyambut kehadiran Mukhriz serta rombongan. Md Zuki Yusof merupakan ADUN PAS, tetapi ramai yang melihat Md Zuki sebagai tidak berani keluar PAS untuk menyertai PAN walaupun kecenderungannya lebih kepada PAN berbanding PAS.

Bagaimanapun, sebelum Md Zuki mahupun pihak Parti Cap Bunga Baling mengambil tahu tentang Rahmat bin Taib, ADUN Bayu Azmi Che Hussin telah pun mengusahakan bantuan untuk mangsa dan keluarganya. Kakitangan Pusat Zakat telah pun lebih awal lagi menemui mangsa dan menilai kerosakan rumah mangsa untuk diajukan kepada Pejabat Zakat bagi bantuan seterusnya.

Begitu juga Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim, juga telah pun melawat dan memberikan bantuan kepada mangsa. Malah Azeez juga berjanji, sekiranya Pejabat Zakat tidak dapat membantu, dia sendiri akan mengendalikan masalah tersebut.


Ketika Mukhriz dan rombongannya mengambil keputusan untuk singgah menemui Rahmat bin Taib di Rambong Pulai bagi menunjukkan keprihatinannya, ADUN Bayu sebenarnya dalam perjalanan bersama-sama beberapa orang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dalam perjalanan ke tempat yang sama. Mereka bertembung. Namun ADUN Bayu mengambil keputusan untuk beredar bersama pegawai-pegawai JKM itu bagi mengelakkan persepsi negatif orang ramai setelah melihat kelibat Mukhriz Mahathir yang enggan mengalah dan memberi laluan kepada ADUN Bayu mereka melaksanakan tugas terlebih dahulu.

Hanya keesokan harinya iaitu pada 21 Jun, barulah ADUN Bayu kembali bersama pegawai-pegawai JKM itu bagi menguruskan bentuk bantuan selanjutnya untuk Rahmat sekeluarga.

Baguslah pakat-pakat bantu. Tetapi apabila mula mendabik dada kononnya Mukhriz lebih prihatin dan terlebih dahulu mengambil tahu sebelum ADUN dan Ahli Parlimen BN serta agensi-agensi berkaitan memberikan bantuan, ia adalah satu pembohongan ketara kerana Mukhriz sendiri pun, itulah kali pertama dia sampai ke Rambong Pulai. Malah,semasa menjadi Menteri Besar Kedah dahulu pun, Mukhriz tidak pernah tahu tentang kewujudan sebuah perkampungan Melayu di Baling bernama Rambong Pulai.

Hanya setelah dia tidak ada kuasa dan sedang memburu kuasa... nanti bila dah dapat kuasa, dia kembalilah kepada fitrah asalnya, menyombong dan ge dengan marhein seperti yang ditunjukkan oleh isteri dan anak-anaknya.



No comments:

 
Blogger Templates