Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 12, 2017

NAZRI AZIZ SENGAJA UNDANG KEMARAHAN PENGUNDI SARAWAK MENJELANG PRK PUJUT APABILA MENGHINA MENTERI PELANCONGAN SARAWAK SEBAGAI 'SETAHUN JAGUNG, CAKAP BANYAK'!!!



Nazri Aziz...

Satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Cukup terkenal dengan permulaan kerjaya politiknya sebagai Pengerusi MAS pada usia yang masih muda ketika zaman Mahathir berkuasa. Kemudian meningkat menjadi Menteri.

Sudah berpenggal-penggal menjadi Ahli Parlimen Padang Rengas. Yang mana kenal dan rapat dengannya akan memanggilnya sebagai Cip atau Chief.

Lantang dan kelihatan sangat berani walaupun pada masa yang sama, bersifat sembrono.

Mungkin pada satu-satu masa dan ketika, sifat-sifatnya dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya menghibur.

Tetapi berjudi dengan 25 kerusi Parlimen yang merupakan deposit tetap BN di Sarawak, bukanlah sesuatu yang boleh dijenakakan. Sarawak merupakan negeri yang paling banyak menyumbangkan kerusi Parlimen kepada BN dan pada masa yang sama, Sarawak merupakan satu-satunya negeri di mana UMNO tidak boleh masuk dan bertapak walaupun PAS, PKR, DAP dan sekarang PAN sudah pun ada pangkalan di Sarawak walaupun yang ada kerusi hanya DAP dan PKR.

Nazri adalah pemimpin UMNO. Sedikit sebanyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri memperlekeh-lekehkan salah seorang Menteri Kabinet Sarawak, akan memalitkan persepsi negatif kepada UMNO, khususnya di kalangan pengundi-pengundi di Sarawak.


Isunya hanyalah cukai pelancongan yang enggan dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Kali pertama usul tersebut dibentangkan adalah pada 4 April 2017. Bentang kali kedua pada 5 April 2017. Tiada perbahasan panjang dan usul tersebut diluluskan 5 April 2017.

Pulau Pinang merupakan negeri terawal yang menguatkuasakan cukai pelancongan atas nama cukai katil, lama sebelum usul dibentangkan di Parlimen.

Nazri Aziz selaku Menteri Pelancongan seharusnya mengeluarkan statistik kedatangan pelancongan domestik dan antarabangsa di setiap negeri termasuklah di Sarawak dan Sabah selain menangani masalah dan implementasi cukai pelancongan ini secara berhati-hati, bukannya sembrono. Zaman Mahathir dengan polisi pemaksaan ke atas pentadbiran negeri-negeri dan layanan tidak adil kepada Sabah dan Sarawak, telah lama berlalu. Dan Nazri juga perlu sedar, Sarawak dan Sabah mempunyai autonomi yang diiktiraf oleh Perlembagaan. Lagipun, menurut Perkara 161E (2) (C) Perlembagaan Persekutuan, jelas wujud autonomi dan kuasa Kerajaan Negeri Sarawak berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan kewangan termasuklah cukai.


Maka tindakan Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan yang amat biadap terhadap Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak yang disifatkannya sebagai 'SETAHUN JAGUNG' sambil bermegah-megah dengan senioritinya dalam kepimpinan negara, dianggap amat tidak wajar.

Benar seperti kata Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof, kenyataan Nazri itu langsung tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam Barisan Nasional. Tindakan melabelkan Menteri Sarawak itu sebagai setahun jatung dan masih budak adalah satu penghinaan terhadap Datuk Karim yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan negeri bagi menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

Sebagai menteri yang sangat senior kononnya, seharusnya sebarang isu yang menyentuh sensitiviti rakyat khususnya, perlu ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau hebahan media dengan cara sensasi.


Dan sekarang, selepas Sarawak, Sabah juga sependapat untuk menolak perlaksanaan cukai pelancongan menerusi pengumuman Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Masidi Manjun.

Menurut Masidi, walaupun faham dengan langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan dalam keadaan yang sukar, namun analisis kos dan faedah perlu dilakukan sebelum melaksanakan cukai sedemikian.

"Pelancongan dianggap penyelamat ekonomi negara ketika negara berdepan kesukaran. Banyak pemain tidak meraih pendapatan tinggi sekarang," katanya.

Sabah sebelum ini menyatakan cukai pelancongan wajar dipertimbangkan, tetapi bukan diimplementasikan pada ketika ini.

"Yang saya hendak tekankan ialah kita dapat 'menjual' Sabah lebih baik daripada orang lain, kerana ini negeri kita dan kita tahu dengan bagaimana hendak 'menjualnya'. Ramai rakyat Sabah akan kehilangan pekerjaan jika industri pelancongan terjejas dan keadaan akan bertambah buruk jika Kerajaan Pusat mengambil keputusan melaksanakan cukai pelancongan," katanya.


Ramai yang menjadikan Nazri sebagai hero apabila mencabar dan menunggu Mahathir di Padang Rengas, kemudian memburu orang tua itu di Kuala Kangsar sebelum makan laksa dan minum cendol bersama-sama. Tetapi dalam kes ini, Nazri dilihat sebagai terlalu biadap dan memperlekeh-lekehkan pihak lain, khususnya di Sarawak dan Sabah.

Barangkali Nazri lupa atau tidak tahu tentang Sarawak for Sarawakians dan Sabah for Sabahans yang sedang popular di kedua-dua negeri tersebut?

Sama seperti dia terperangkap dengan pertanyaan daripada wartawan Malaysiakini tentang berapa jumlah hotel di Miri memandangkan PRK Pujut akan berlangsung dalam masa terdekat, dan dijawab oleh Nazri dengan penuh yakin, "Hanya ada 1"... jawapan yang sudah pasti mengundang gelak tawa tentang kesenioritian tetapi kedangkalan pengetahuan!!!


10 comments:

Anonymous said...

Nazri bodoh dan biadab.

Anonymous said...

Dalam hal ini saya sokong Nazri. Asik asik kata perjanjian Sarawak-Malaysia. Seolah-olah Sarawak tu bukan dalam Malaysia. Apa salahnya jumpa Nazri. Ini buat kenyataan akhbar walhal isu ni telah pun dibawa ke Parlimen dibahas dan diluluskan. Bukan tak da MP Sarawak di Parlimen.

Anonymous said...

Bukan nazri seorang jer yg kadang kala mengeluarkan kenyataan sembrono..!!

Banyak lagi pemimpin umno yg begitu...!! Akhirnya keseluruhan bn yg terpalit dgn sifat sembrono mereka ini..!

Dari dulu lagi kita rakyat biasa dah bg teguran.. Beberapa pemimpin umno pun dh bg teguran.. Korang tak nak dgr..

Pemimpin yg bg teguran lak dipecat..

Hmm.... Umno @ bn dah teruk sangat sekarang ni.. Sampaikan antara pemimpin bn sendiri pun bertelagah.. Siap kuar kenyataan samseng lagi tu..

Aiishhh.. Teruk..! Itu lar terlalu mengutuk sangat pakatan pembangkang seolah2 diri sendiri tiada lgsung kesilapan..!

Anyway, dulu aku penyokong tegar umno @ bn.. Kini, bye2 lar.. Selamat tinggal.. Parti PPBM pilihan hati ku..

Jika pru 14 umno @ bn masih lg menang, aku terpaksa terima suratan takdir.. Tp jika umno @ bn tewas pd pru14 nanti, aku percaya pelbagai skandal pd masa kini akan dibawa ke muka pengadilan dan diadili dgn seadil2 nya.. TUNGGU DAN LIHAT..!!!

Anonymous said...

org sarawak bukalah mata..ini kalilah..

Prince Righty I said...

Aku orang miri. Jangan sekali2 menteri lahanat sorang ni datang ke sarawak. Aku xde masalah ngn Najib dan menteri yang lain tapi Nazri sekor ni mmg haramjadah. Mana2 aku jalan di KL pun bukannya nampak cuti2 malaysia yg nampaknya explore philippines, discover macau, wonderful indonesia. Bagi malu BN tul.

Anonymous said...

Ini lah yg dikatakan oleh pepatah Melayu.... kerana pulut santan binasa... kerana mulut badan binasa... Nazri kena faham (oleh kerana dia menteri yg senior)... cost and effect di atas pertuturannya yg kasar. Saya perhatikan human communication skill Nazri nie is very much to be desired...

Anonymous said...

Aik sejak bila blog ni attack menteri umno? Haha

Kami tengok je sambil makan popcorn.

Anonymous said...

kekadang aku naik kesian dgn pm najib bila dapat menteri yang blur atau terlebih makan telur begitu. memandangkan pru14 semakin hampir untuk dilaksanakan, rupanya ada menteri yang kurang vitamin sambil lewa keluarkan kenyataan. belumpun habis isu gst diperkatakan oleh rakyat segenap lapisan, menteri kacang hantu ini pulak dengan celupar mengutuk rakan komponen dari sarawak pasal minta tangguh cukai pelancongan. duduk hotel kan dah kena cukai, apa jadah nak dicukai sekali lagi? dulu semasa lge kenakan cukai bilik hotel di pulau pinang, kemain sedap lagi bahan ke lge. kini kenapa idea 'gonjol' ini cuba diimplimenkan di malaysia? sebenarnya menteri tersebut ni peka atau tidak dengan keadaan suara hati rakyat ni? atau sudah tepu otak atau pemikiran untuk menyejukkan hati rakyat? lagi baik jika sifat gelojoh dan takbur ini dijadikan kpi untuk disailang agar tidak tercalon bagi pru akan datang. rakyat dah marah, meluat dan bosan dengan sifat sombong dan gelojoh menteri2 senior ni. kalau najib ada hati nak menang pru14 akan datang ni, baik tamatkan kerjaya menteri tersebut...

Anonymous said...

Banyak sangatkah rahsia yg Nazri ada tentang hal2 pemimpin2 tertinggi UMNO hingga siapa pon tak berani menegur dia. Dah banyak kali kata2 dan perilakunya dan anaknya menimbulkan kebencian rakyat terhadap UMNO.

Anonymous said...

Tak ke si nazri ni dulu di warwarkan utk jadi menantu madey?
Ye la tapi kabarnya marina lebih suka nuar (al-J...)
Hahaha

 
Blogger Templates