Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 18, 2017

RPK DEDAH KAITAN ARAHAN PENYALURAN WANG USD5 JUTA KE CLINTON FOUNDATION OLEH MAHATHIR KEPADA DAIM ZAINUDDIN!!!!



Dunia Islam hari ini terus bergolak dengan perebutan jawatan dan kuasa. Dan menariknya, semua kekacauan tersebut mempunyai tangan-tangan ghaib atau campurtangan sama ada langsung atau tidak langsung melibatkan Amerika Syarikat. Sama ada Amerika Syarikat membuat tuduhan, atau menghantar bala tentera kononnya untuk mengamankan atau pun dengan menaja pemimpin-pemimpin tertentu sebagai boneka mereka.

Tiada negara Islam yang Amerika Syarikat dengan bantuan pelobi-pelobi serta pemodal-pemodal Zionis Israel seperti Soros campurtangan yang aman damai. Bahkan negara-negara yang dahulunya sentosa walaupun pemimpinnya dituduh diktator, kini hancur lebur dan kekacauan tidak pernah wujud lagi. Penajaan kumpulan-kumpulan pengganas seperti IS, ISIS, DAESH mahupun Al-Qaeda oleh Amerika Syarikat dan Mossad, iaitu badan perisikan Zionis Israel, menambah burukkan lagi sesebuah negara dan imej Islam selain memberi kesan secara langsung kepada umat Islam.

Afghanistan musnah. Jirannya, Pakistan juga hampir musnah. Bangladesh juga hampir musnah. Begitu juga dengan Iraq, Libya dan Yaman, perang tidak pernah berhenti. Rakyat pula hidup dalam ketakutan dan kebimbangan. Arab Spring yang konon-kononnya menjanjikan kehidupan yang lebih baik di Mesir, Tunisia, Maghribi dan Syria, bahkan menghancurleburkan negara itu sehingga ke saat ini walaupun pemimpin-pemimpin boneka Amerika dan Israel dinaikkan.

Dan terbaharu, negara berpendapatan tertinggi dunia iaitu Qatar juga sedang mengalami nasib yang sama. Dan kini, Malaysia yang merupakan antara negara Islam paling dinamik di hujung rantau Asia, sedang diancam bahaya yang sama hasil daripada kemelut dan perebutan kuasa sesetengah pihak yang berselindung kononnya mahu menyelamatkan Malaysia, walaupun mereka sendiri terpalit dengan pelbagai skandal penyelewengan semasa berkuasa.

Pada 20 Julai 2016, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) telah mengumumkan tentang perlaksanaan Kleptomacy Recovery Initiative (KARI) ke atas beberapa aset yang kononnya disonglap daripada wang 1MDB.

1MDB walau bagaimanapun, tidak membuat sebarang laporan tentang kecurian wang mereka. Malahan DOJ tidak pernah menemui dan menerima aduan daripada 1MDB tentang kehilangan wang.

Setahun telah berlalu tanpa sebarang tindakan walaupun para penyokong Tun Dr. Mahathir, PKR dan DAP bersungguh-sungguh mempropagandakan kononnya Najib dan Rosmah Mansor akan ditangkap dan dipenjarakan di Amerika Syarikat.

Terdapat khabar-khabar angin kononnya Najib akan membubarkan Parlimen selepas Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Justeru, selepas Dr. Mahathir dan Mahyuddin Yassin dimalukan oleh ARMADA Cap Bunga sendiri tentang kekayaan anak-anak serta skandal luar nikah yang memalukan, isu tahun lepas membabitkan DOJ dinaikkan semula dengan harapan, isu berkenaan akan mempengaruhi para pengundi untuk menolak Najib dan partinya, Barisan Nasional pada PRU-14.

Jadi, pada 15 Jun 2017, media-media yang pro-pembangkang, khususnya DAP begitu galak memainkan isu dan berita bahawa DOJ telah menfailkan saman sivil untuk menyita dan memperolehi semula aset-aset yang bernilai lebih kurang USD540 juta. Menurut DOJ, aset-aset tersebut merupakan hasil daripada sindiket penggubahan wang haram menerusi sistem kewangan Amerika Syarikat.


Salah satu media pro-DAP yang dibiayai oleh Soros iaitu Malaysiakini versi Bahasa Inggeris, begitu teruja apabila menyiarkan 14 artikel berturut-turut tentang isu DOJ-1MDB pada semalam sahaja, membuktikan betapa bersungguh-sungguhnya persepsi 'BERSALAH' mahu ditanam di kalangan para pembaca. (RUJUK SINI)

Ini kali kedua, DOJ menggunakan isu yang sama dengan sedikit penambahan membabitkan penyenaraian harta-harta yang akan dirampas.


Ketika membuat pengumuman tentang saman sivil tersebut, pendakwaraya Amerika Syarikat bagi Wilayah Pusat California, Sandra R.Brown memberitahu, kes berkenaan akan dibawa di bawah KARI.

Blogger RPK menerusi portalnya, Malaysia Today mendedahkan tentang hubungan dan kaitan beberapa nama termasuklah Pendakwaraya Sandra Brown dengan Tun Dr. Mahathir! (RUJUK SINI)

Menurut RPK, pengumuman yang dibuat oleh DOJ itu bukan cetusan idea Dr. Mahathir. Walaupun Dr. Mahathir mempunyai orang hubungan dalam pentadbiran Obama untuk membuat pengumuman tersebut, tetapi idea berkenaan bukan datang darinya. Sebaliknya, idea tersebut datangnya daripada Peter Comey, saudara lelaki kepada Pengarah FBI yang dipecat, James Comey. Peter Comey merupakan orang yang membentangkan perancangan tersebut kepada pemangku Pengarah FBI, Andrew McCabe pada 1 Mac 2017.

7 hari sebelum pertabalan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat, Obama telah menandatangani satu arahan eksekutif untuk memberi kuasa kepada pendakwaraya daripada beberapa wilayah bagi mengambilalih kuasa Peguam Negara sekiranya Peguam Negara gagal menjalankan tugasnya mengikut Perlembagaan Amerika Syarikat.

Salah satu daerah tersebut adalah Wilayah Columbia di mana kebanyakan pendakwaraya di wilayah tersebut merupakan pro-Obama dan dalam beberapa kes, dibiayai oleh George Soros untuk mensabotaj perlantikan Donald Trump dengan membuat tuduhan kononnya Trump berkolobrasi dengan Russia.

Menurut RPK lagi, Pendakwaraya bagi Wilayah Columbia adalah Channing Phillips, orang yang bertanggungjawab berkonspirasi dengan James Comey untuk menyembunyikan skandal e-mail Clinton daripada pengetahuan awam.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir terkait menerusi kaitan antara Channing Phillips dengan John Forbes Kerry, bekas Setiausaha Negara dan calon Presiden bagi Parti Republican yang kalah di tangan Donald Trump dalam perlumbaan jawatan Presiden Amerika Syarikat.

John Kerry mendapat sokongan daripada Dr. Mahathir yang menggesa masyarakat Islam Amerika Syarikat mengundinya pada tahun 2004 dalam pilihanraya Presiden. Untuk melindungi Peter Comey, yang merupakan peguam yang mempunyai hubungan istimewa dengan pejabat pendakwaraya di Wilayah Pusat California di mana Sandra R. Brown adalah pendakwarayanya, Mahathir diperlukan oleh Kerry untuk menggiatkan kempen anti-Najib. (ANC). Ini adalah kerana pejabat Brown dikatakan berkecenderungan untuk mendakwa Peter atau Kerry atas tuduhan penipuan.

Kata RPK, Kerry benar-benar memerlukan khidmat Phillips di Pejabat Peguam Negara memandangkan pengalamannya dalam bidang jenayah dadah dan kes-kes penipuan. Kerry tahu, Phillips sangat mahir dalam lompang perundangan yang berkaitan dengan perkara-perkara berkenaan, sekaligus boleh memastikan dia dan Peter tidak dipenjarakan.

Pada 1 Mac 2017, Peter bertemu McCabe dan membentangkan rancangan bagi pengumuman kedua DOJ berkenaan isu 1MDB yang dilihat talian hayat untuk memastikan Kerry dan Comey bebas daripada dipenjarakan. Menurut Peter Comey, pengumuman kedua itu akan menarik perhatian daripada Yayasan Clinton, sekaligus mendorong pentadbiran Trump percaya bahawa DOJ sangat komited memerangi penipuan dan penggubahan wang yang membabitkan negara-negara Islam.


Empat hari kemudian, Kerry mengarahkan Peter untuk berhubung dengan Dr. Mahathir bagi tujuan memastikan sama ada Trump merupakan ancaman kepada kempen Anti Najib ekoran wujud desas-desas rundingan gelap membabitkan pentadbiran Trump dengan bekas Peguam Negara yang dipecat, Loretta Lynch.

Sehari kemudian, Peter berhubung dengan Dr. Mahathir dan merangka pembentangan pengumuman kedua DOJ.

Yayasan Clinton merupakan ancaman terbesar kepada Lynch, Kerry dan Peter.Yayasan tersebut didedahkan memiliki aset-aset haram bernilai lebih USD2 bilion. Salah satu aset tersebut yang bernilai USD950,000 dimiliki oleh Peter Comey sendiri manakala beberapa aset yang lain diletakkan di bawah nama broker-broker saham Emirati.

Sebahagian daripada aset tersebut dibeli menggunakan wang penggubahan menerusi sistem kewangan Amerika Syarikat dan mempunyai kaitan dengan syarikat-syarikat produksi yang dibiayai oleh Yayasan Clinton.

Selepas pendedahan yang dibuat, Peter kemudian mengarahkan syarikat 'audit bebas' mengaudit Yayasan Clinton dua bulan sebelum Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Selepas itu, Peter berhubung dengan McCabe dan memberitahu bekas Setpol Mahathir yang juga seorang peguam, Matthias Chang dan pemilik Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown tentang rancangan DOJ untuk membuat pengumuman kedua tentang 1MDB.

Menariknya, RPK mendakwa, pentadbiran Trump telah pun mengesyaki Yayasan Clinton dan sekiranya Trump mengarahkan siasatan dijalankan, sudah pasti beberapa kaitan antarasebahagian  aset-aset tersebut dengan syarikat-syarikat produksi termasuklah 'wang yang dicuri dari 1MDB' sebenarnya mempunyai kaitan dengan Emiratis dan Yayasan Clinton sendiri.

Selain itu, blogger dan pengendali portal Malaysia Today yang berpangkalan di United Kingdom itu turut mengaitkan bekas Menteri Kewangan Malaysia, Daim Zainuddin yang bertindak sebagai orang kanan Mahathir yang telah diarahkan oleh Mahathir untuk menyalurkan USD5 juta menerusi saluran-saluran yang berakhir ke Yayasan Clinton juga akan diketahui, sekaligus memberi implikasi perundangan besar terhadap Kerry, Peter dan Lynch.

USD5 juta itu telah disalurkan ke beberapa saluran beberapa minggu sebelum Lynch membuatkan pengesahan dengan kehadiran McCabe kononnya wang tersebut berpunca daripada 1MDB yang telah masuk menerusi sistem kewangan Amerika Syarikat.

AKAN BERSAMBUNG...

4 comments:

Anonymous said...

Tak payah sambung. Kalau wang yg begitu banyak disalurkan ke AS, dari mana datangnya duit tersebut. Badawi juga harus ditangkap kerajaan Australia kerana membawa berjuta juta ringgit tanpa kelulusan BNM. Bagaimana DEP penyamun sundal Razak jadi NEP?? Program ini hanya utk basmi kemiskinan dan bukan utk UMNO mencuri. PM bermakna Puki Mak sejak Razak jadi PM. Nampak jelas niat tak baik sehingga negara jadi miskin.

Anonymous said...

Pembunuhan JFK, john lennon, 911, dan proses menghancurkan pemimpin anti zionis/jesuit/wahabi we never forget we never forgive.
Kalau ada tajaan tentu ada pehak boleh bawak kes ni ke tribunal jenayah perang antara bangsa yg ada di negara kita.
Gunakan lah apa daya yg ada tak kira lah mcm mana pun kecil, kalau di warwarkan pasti akan ada ledakan.
Bawa usul ke pbb, biar lah mereka veto tapi biar ada rekod usul dibawa.
Dan satu pesawat mas tu jelas ditembak dari jarak dekat dgn mesingun.

Anonymous said...

Oii BAHLOL.....Clinton dah lama pencen....MUAHAHAHAHA....baru dapat dedak RM1000 teruih meroyan....

p.s. Jangan bayar zakat fitrah anak bini dgn duit tu lak...HARAM!

Anonymous said...

oiii anon 9:06 PM

orang komen, kau pun nak komen. Lain kali banyakkan sikit pembacaan tu. Skandal Clinton Foundation tu membuatkan Hillary Clinton kalah dlm pilihanraya Presiden di tangan Trump tahun lepas. Clinton tu bukan nama laki dia saja. Simpan sikit bodoh tu untuk anak cucu kau.

 
Blogger Templates