Angka tersebut terlalu besar dan sukar dihadamkan oleh para penentang Najib yang masih beranggapan dan berkhayal, Najib merupakan orang yang paling dibenci di Malaysia dan tiada sesiapa pun yang mahu mendekati Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.
Mana-mana individu yang kelihatan bersama-sama Najib dan Rosmah segera dilabelkan sebagai pemakan dedak dan upahan, manakala yang setiap masa dan saat mengutuk dan mencerca pasangan tersebut adalah pejuang fisabilillah walaupun diketahui siapa yang menaungi perbelanjaan bulanan mereka bagi membolehkan mereka setiap masa berada di alam maya bagi kerja-kerja menghasut dan memutarbelitkan fakta.
Alih-alih apabila ramai yang berpusu-pusu ke rumah terbuka PM Malaysia, lain pula prinsip yang diaplikasikan.
Zainuddin Maidin, salah seorang penjilat tegar Mahathir yang banyak terhutang budi dengan Mahathir pula menggunakan isu pemeriksaan keselamatan untuk mengecam rumah terbuka itu.
Menurut maklumat suspek berkenaan merupakan warganegara Indonesia.
Ketika semua pemimpin utama diberikan keutamaan dari segi keselamatan, di Malaysia lain pula kisahnya. Golongan pembenci Najib tidak mahu Najib diberikan kawalan keselamatan agar memudahkan ancaman seperti yang berlaku di Makkah beberapa hari sebelum Aidil Fitri boleh berlaku ke atas Najib.
Anehnya mantan Perdana Menteri Malaysia yang sekarang sesang bercuti di London turut menggunakan bodyguard yang dibayar daripada cukai rakyat Malaysia termasuklah perbelanjaannya ke London, juga ditanggung oleh cukai rakyat Malaysia kerana peruntukannya selaku bekas Perdana Menteri.
Menariknya golongan yang tidak pernah berminat dengan matapelajaran matematik semasa di sekolah, tiba-tiba sahaja menjadi pakar matematik semata-mata untuk meremehkan kedatangan ramai pengunjung ke rumah terbuka PM itu.
3 comments:
Najib memang fokus orangnya...
Komen bodoh dan bangang serta dengki khianat memang tak perlu dilayan..
Biarlah mereka mati dalam kekufuran
Najib terus mara dan berusaha untuk rakyat
Jangan di layan puak- puak yang sampai kiamat pun tidak akan berpuas hati selagi nafsu masih menguasai diri.
Stupid..tak pernah belajari dari sejarah kesultanan melayu melaka..
Post a Comment