Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 1, 2017

SIVARASA NAK SAMAN DYMM SULTAN SELANGOR?



Ahli Parlimen Subang dari PKR yang juga seorang peguam dan pemilik firma guaman, R. Sivarasa akan menulis surat peribadi kepada DYMM Sultan Selangor untuk menerangkan rasional dia berucap di hadapan mimbar di sebuah masjid di Subang beberapa hari lepas.

Sivarasa tetap berkeras dan bertegas mengatakan, dia tidak memberikan sebarang ucapan berbaur politik sebaliknya berkata, kerajaan negeri akan terus 'membimbing' dan membantu institusi masjid serta surau di seluruh Selangor menerusi bantuan kewangan bermusim terutama menjelang PRU.

DYMM Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan baginda kerana Sivarasa melanggar perintah agar ahli politik terutama yang bukan Islam, tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik.

Sivarasa rupa-rupanya tidak faham dan lupa bahawa dia adalah orang politik dan kata-katanya atau ucapan pendek yang dimaksudkannya sebenarnya adalah ucapan politik walaupun sekadar kononnya memberikan sumbangan.

AJK Masjid berkenaan yang pernah terlibat dalam kontroversi yang sama sebelum ini termasuklah membawa Sivarasa dalam sebuah majlis sekolah agama rakyat sehingga menimbulkan kemarahan ibu bapa, sekarang ini sedang berkalih jawap kononnya tidak tahu kehadiran Sivarasa.

Sivarasa sebenarnya tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana dia adalah orang politik yang mahu mengekalkan kuasa sebagai Ahli Parlimen Subang dan kebetulan pula masjid berkenaan di dalam konstituensinya. Yang membuka dan menjemputnya masuk ke dalam masjid untuk berucap walaupun sekadar ucapan pendek di hadapan mimbar, adalah pihak yang diberikan amanah menjaga masjid bagi maslahat jemaah di kawasan terbabit.

Para penyokong PKR pula cuba mengalihkan kesalahan kepada UMNO dan ADUN Kota Damansara yang menurut mereka telah merancang untuk 'mengenakan' Sivarasa. Ironinya, Sivarasa berasa di dalam masjid dan berucap memegang mikrofon dengan gambar publisiti memberikan bantuan bertujuan sebagai propaganda politik bagi pihak PKR dan Kerajaan Pakatan Selangor.

Sedangkan bantuan atau apa-apa urusan sekalipun, boleh diberikan di luar kawasan solat.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah mencabar kewibawaan dan kewujudan DYMM Sultan Selangor sendiri. Dan sedihnya, ia dibuat oleh pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan urusan masjid bagi pihak DYMM Sultan Selangor yang merupakan Ketua Agama Islam Selangor!

Sudah kedengaran berita dan riuh rendah kononnya Sivarasa mahu menyaman DYMM Sultan Selangor kerana isu ini. Sivarasa selaku seorang peguam mungkin mahir dengan bentuk undang-undang, tetapi sudah tentu juga dia tidak akan melakukan sesuatu yang dia sendiri tahu, dia tidak akan boleh menang, apatah lagi memang terang-terang dia berada di dalam kawasan solat, memegang mikrofon, berucap atas kapasitinya selaku orang politik, bukan beragama Islam dan melanggar arahan dan larangan berkenaan dengan penggunaan masjid oleh Ketua Agama Islam dan Hal Ehwal Melayu Selangor.

Persoalan yang perlu dijawab ialah, mengapa tidak dibuat di luar kawasan solat masjid? Mengapa tidak di beranda? Mengapa tidak dianjung? Mengapa tidak di dewan mesyuarat masjid? Apa signifikan buat majlis penyampaian bantuan tersebut di kawasan solat di hadapan mimbar dan kemudian gambarnya dipropagandakan kononnya keprihatinan Kerajaan Pakatan Selangor walaupun Kerajaan Negeri atau Ahli Parlimen Subang itu boleh menghantar wakil seorang yang beragama Islam untuk program di masjid?



2 comments:

Ted Manoff said...

Saman lsa. Baru boleh tengok nasib Hindu ni

Anonymous said...

Si Sivarasa ni India.. manalah faham apa yang Tuanku titah.. memang dia bodoh.. tapi AJK Masjid berkenaan lagi bodoh... Tuanku dah titah jgn buat..tapi degil...

 
Blogger Templates