Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 11, 2017

UMNO JUGA YANG SALAH!!! PENJELASAN SYED SADDIQ BERHUBUNG TINDAKAN KETUA BIRO KESELAMATAN ARMADA CAP BUNGA YANG MEMPERTIKAIKAN MUHYIDDIN DAN KEKAYAAN ANAK-ANAK MAHATHIR!!!



Berhubung dengan sidang media yang dibuat oleh salah seorang daripada EXCO ARMADA yang dilakukan tanpa pengetahuan dan sokongan ARMADA Pusat .

Saya ingin menegaskan bahawa sidang media ini sama sekali tidak mewakili ARMADA secara keseluruhan. Sidang media ini hanyalah menyatakan pendirian beliau sebagai individu bukan sebagai EXCO Armada

Saya telahpun berbincang dengan kesemua 23 EXCO saya dan mereka sendiri terkejut dengan sidang media yang dilakukan secara tiba-tiba oleh Saudara Hafiz Azhar yang menggunakan nama ARMADA

Walau bagaimanapun, saya tetap meraikan perbedaan pendapat daripada semua pihak termasuk EXCO saya sendiri.

Saya telah pun cuba menghubungi beliau beberapa kali untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau tetapi beliau tidak dapat dihubungi.

Saya ingin maklumkan bahawa didalam ARMADA, kami mengamalkan sikap terbuka. Budaya amanah, berintegriti dan telus amat ditekankan dalam PPBM khususnya ARMADA sendiri.

Sebelum ini kami juga berkesempatan untuk bermesyuarat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato Seri Mukhriz Mahathir dan juga pimpinan tertinggi PPBM, ini menunjukkan bahawa banyak peluang yang telah diberikan kepada pimpinan ARMADA bagi melontarkan pendapat mahupun persoalan terus kepada pimpinan parti.

Apa yang mengecewakan saya, beliau tidak pernah pun mengambil peluang ini untuk bertanyakan soalan tersebut terus kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin malah beliau sendiri tidak pernah menghadiri mesyuarat bersama mereka.

Saya kecewa kerana jalan yang terbaik telahpun tersedia bagi Saudara Hafiz Azahar tetapi beliau tidak memanfaatkan jalan ini dengan sepenuhnya.


Dari segi luaran pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sebelum ini sudah berkali-kali menafikan fitnah buruk terhadap beliau.

Tun sendiri sudahpun bersedia untuk berdebat  mengenai isu ini.

Tetapi DS Nazri Aziz dan Kerajaan Malaysia sendiri mengecutkan diri, program #NothingToHide Najib Razak terus menghilangkan diri beliau, tidak muncul langsung di program tersebut.

Saya masih ingat pada tarikh 24 Feb 2017, saya telahpun menyahut cabaran debat daripada pemuda UMNO tapi sampai sekarang hilang tanpa khabar berita.

Siapa yang sebenarnya pengecut?

Berbalik kepada kes Saudara Hafiz Azhar, kami bukan pemuda UMNO. kami bukan DS Najib Razak
tetapi kami ARMADA.

Yang tidak akan melakukan tindakan sewenang-wenangnya terhadap EXCO mahupun ahli parti kami sebaliknya kami akan rujuk beliau kepada badan disiplin  parti yang baru sahaja ditubuhkan.

Saya percaya jika kita berjaya menganjurkan dialog/forum bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak, tiada lagi masalah sebegini yang akan berlaku. Disinilah platform untuk bertanya sebanyak mana pun soalan yang hendak ditanyakan.

Kami, ARMADA bersedia untuk menganjurkan forum #NothingToHide. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri akan turun bagi menjawab soalan. Saya mencabar DS Najib Razak untuk turun ke forum ini.

Berani kerana benar.

Kami akan hantar surat rasmi kepada PMO dalam masa yang terdekat dan menunggu surat balas daripada PMO dalam masa 2 minggu. Jika tiada respon kami tetap akan teruskan forum ini juga tanpa DS Najib Razak dalam masa sebulan.

Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Saya percaya dalam setiap perjuangan pasti akan ada rintangan dan halangan yang dihadapi. Semakin kita kuat, semakin kuat sogokan dan ugutan yang akan datang daripada pihak yang sebelah sana.

Pengalaman saya sendiri sebelum ini pernah cuba untuk dibeli dan disogok dengan bermacam-macam tawaran seperti bantuan pelajaran dan wang. Bukan saya sahaja malah keluarga, rakan-rakan dan anak murid saya juga.

Jika saya setuju dengan semua tawaran yang ditawarkan, saya dah boleh bersara daripada dunia politik sekarang.

Percayalah, lebih kita buat, lebih mereka takut dan lebih banyak taktik kotor yang mereka akan lakukan. Umum mengetahui ARMADA telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada semua anak muda.

Sekian Terima kasih

 BERSATU  BERAMANAH  BERMARUAH

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Ketua ARMADA
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

11 Jun 2017


No comments:

 
Blogger Templates