Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 21, 2017

UMNO JUGAKAH YANG BERSALAH BILA PUAK DALAM CAP BUNGA BUAT LAPORAN SPRM TENTANG KEKAYAAN ANAK-ANAK MAHATHIR?



Alasan yang seringkali diberikan oleh Ketua Armada, Syed Saddiq, bahkan mana-mana pemimpin Pakatan apabila ada ahli-ahli mereka yang mempersoalkan salah laku serta penyelewengan kuasa oleh pucuk pimpinan ialah, ahli-ahli tersebut adalah 'pemberontak' dan maruah mereka telah dibeli oleh UMNO. 

Semalam, berita tentang Exco Armada menyerahkan bukti rasuah serta seleweng kuasa melibatkan pemimpin-pemimpin utama Parti Cap Bunga, terutama sekali Mahathir dan Mukhriz, mendapat perhatian ramai. 

Jentera propaganda Cap Bunga seperti terhenyak seketika. Dalam pada mereka mencari-cari jalan untuk 'menyelamatkan' Syed Saddiq yang telah membodohkan dirinya masuk ke perangkap RPK dengan membuat laporan polis, sekaligus membenarkan dakwaan blogger yang berpangkalan di United Kingdom itu bahawa Syed Saddiq tahu tentang pembayaran RM50 juta kepada DOJ untuk menggulingkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan, selain telah menghebahkannya kepada tiga orang Exco Armada yang tidak dinamakan. 

Syed Saddiq dalam sidang medianya selepas membuat laporan polis terhadap RPK telah menamakan ketiga-tiga orang Exco Armada itu yang disifatkannya sebagai orang yang telah menjual maruah kepada UMNO selain menuduh salah seorang daripada mereka membocorkan rahsia Cap Bunga kepada RPK.

Pada ketika Syed Saddiq terkapai-kapai untuk menyelamatkan kepercayaan Mahathir kepadanya, Exco Armada Parti Cap Bunga, Mohamad Taufik Abas pula hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerahkan bukti tentang salah guna kuasa dan rasuah yang melibatkan Pengerusi parti, Dr. Mahathir dan Timbalan Presidennya yang juga anak kandung Mahathir, Mukhriz.

Bersama-sama sekumpulan penyokongnya, Taufik berkata, bukti rasuah dan salahguna kuasa itu berlaku ketika Dr. Mahathir masih lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu pada tahun 2003 apabila menganugerahkan projek mewah dan bersifat monopoli iaitu membekalkan kabel fiber optik kepada Syarikat Opcom Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh anaknya, Mukhriz, untuk Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM).

Isu membabitkan penganugerahan kontrak mewah dan bersifat monopoli itu, pernah timbul ketika Mukhriz masih lagi menjadi Bendahari UMNO Kedah. Walaupun alasan 'afdal' yang diberikan ialah, projek tersebut sebenarnya adalah untuk kantung UMNO Kedah, hakikatnya, tidak sesen pun daripada projek bernilai hampir RM1 bilion itu yang masuk ke kantung UMNO Kedah apatah lagi UMNO Pusat. Malahan sepanjang Mukhriz berada dalam UMNO Kedah, daripada berjawatan Bendahari sehinggalah ke Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, hampir kesemua dana operasi UMNO Kedah, dicari dan diperolehi oleh Ahmad Bashah Abu Hanipa. Mukhriz sendiri minta duit daripada Ahmad Bashah yang merupakan Timbalan Pengerusinya untuk aktiviti UMNO di Jerlun di mana Mukhriz telah diberikan laluan oleh pemimpin-pemimpin UMNO tempatan Jerlun untuk menjadi Ketua Bahagian!

Isu Mukhriz, OPCOM dan Mahathir sebenarnya bukan isu baru. Cuma barangkali tidak begitu dipedulikan oleh orang-orang dan penyokong UMNO kerana seringkali beranggapan, ia hanyalah usaha untuk mengotorkan imej Mukhriz dan Mahathir.

Mahathir suatu ketika, dianggap betul dalam segala-galanya. UMNO adalah pembela Mahathir yang paling utuh, walaupun SATU DUNIA TERUTAMA SEKALI MEDIA-MEDIA MASSA memperkatakan tentang penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah selain daripada POLITIK WANG untuk mengekalkan kuasanya. Untungnya kerana pada zaman Mahathir, media sosial tidak wujud. Kalau wujud pun, impaknya terlalu kecil kerana hanya sebilangan orang sahaja yang mampu menggunakan khidmat Internet yang bil dan kadarnya cukup mahal pada waktu itu. 

Walaupun terlalu banyak tindakan dan amalan Mahathir yang mencolok mata, termasuklah sokongannya terhadap kumpulan Anti-Hadis yang diketuai oleh Kassim Ahmad dan menjadi saingan kepada kumpulan Al-Arqam yang dipimpin oleh Asyaari Muhammad, namun rasa hormat yang tinggi kepadanya, membuatkan kebanyakan orang UMNO menyimpan segala rasa tidak puas hati kemas-kemas dalam hati. 

Hanya pada tahun 1998, rasa meluat itu menjeluak. Anwar Ibrahim hanyalah punca kepada pengalihan sokongan terutama generasi muda pada waktu itu. PAS yang tidak pernah berjaya memperolehi lebih banyak kerusi Parlimen lebih dari 10, pada PRU 1999, berjaya memperolehi 27 kerusi Parlimen, jumlah yang sangat banyak dan luar biasa untuk PAS.

Penghakisan sokongan orang Melayu kepada Mahathir dan UMNO membuatkan Mahathir mengalihkan perhatian dan kemudian memilih untuk akur kepada kehendak Suqui dan Dong Zhong bagi memastikan kelangsungan pentadbirannya. Persetujuan untuk memenuhi tuntutan Suqui dan Dong Zhong membolehkan Mahathir memperolehi sokongan masyarakat pengundi Cina dan mengekalkan penguasaan dua pertiga majoriti di Parlimen walaupun kerusi UMNO susut teruk.

Kesannya ialah, sehingga ke hari ini, sekolah-sekolah vernakular tidak boleh diusik langsung manakala Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggariskan kewajipan penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pelajaran, telah dibakulsampahkan!

Menurut Taufik lagi, sekalipun kes berkenaan berlaku 14 tahun lalu, isu tersebut perlu disiasat dan ditangani segera memandangkan Cap Bunga dan Mahathir sendiri sibuk memperkatakan tentang rasuah orang lain. 

Slogan tentang integriti yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin parti itu tidak berguna sekiranya kepimpinannya sendiri terpalit dengan isu rasuah dan salahguna kuasa.

1 comment:

Anonymous said...

Kekayaan luar biasa itu memang sudah jadi perkara biasa dalam parti penyamun UMNO. Penulis semacam baru keluar dari jamban setelah direman berpuluh tahun.

 
Blogger Templates