Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, July 16, 2017

7 JANJI PAKATAN HARAPAN UMPAMA NOSTALGIA 7 DOSA SILAM MAHATHIR!!!



Meriah betul media sosial ekoran penubuhan Pakatan Harapan dan pengenalan kepada barisan utama kepimpinan Pakatan Harapan.

Dan yang menariknya Pakatan Harapan digambarkan sebagai sebuah pakatan yang akan bertanding dalam PRU-14 nanti walaupun hakikatnya Pakatan Harapan adalah sama seperti Pakatan Rakyat yang tidak didaftarkan dan tidak sah diperlakukan untuk mana-mana pilihanraya.

Logo Pakatan Harapan walau secantik atau seburuk mana pun, sekadar pelengkap yang tidak memberikan sebarang tambah nilai.

Apa yang menarik tentang Pakatan Harapan adalah himpunan golongan kecewa dan pemburu kuasa tegar.

Ketua Pakatan Harapan adalah DAP dan Lim Kit Siang biarpun pada masa yang sama nama Lim Kit Siang di dalam hierarki teratas Pakatan Harapan hanya diwakili oleh anaknya, Lim Guan Eng di jawatan Timbalan Presiden dan Chong Chien Jen di jawatan Naib Presiden serta Kula Segaran yang bertindak sebagai Bendahari.

Selepas kejayaan tidak disangka-sangka pada PRU 2008 yang menyaksikan DAP berjaya menguasai 3 buah negeri -Pulau Pinang, Perak dan Selangor - DAP terus mengatur langkah untuk memperkukuhkan kedudukan parti tersebut.

Bagaimanapun 'kesilapan' kecil DAP yang tersalah jangka ekoran kematian Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan memandang rendah Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menyaksikan DAP kehilangan pegangan dan penguasaan ke atas PAS.

Menarik masuk Dr. Mahathur yang merupakan musuh abadi kesemua pihak di dalam Pakatan Harapan termasuklah di dalam Cap Bunga, parti yang diterajui Mahathir sendiri, sedikit sebanyak cuba mengisi lompong yang telah ditinggalkan oleh PAS.

Biarpun terpaksa memujuk hati sendiri setelah bertahun-tahun menyerang, memusuhi, mengecam bahkan memaki hamun Mahathir dan seluruh isi keturunannya, segala-galanya terpaksa dilupakan dalam sekelip mata apabila Mahathir kini berada bersama-sama mereka.

Kumpulan-kumpulan tegar yang memusuhi Mahathir seperti REFORMASI98 juga terpaksa melembutkan pendirian dan terpaksa menjadi MUNAFIK hanya semata-mata untuk menyenangkan hati DAP dan Kit Siang yang menjadi penaung Pakatan Harapan.


7 JANJI menerusi Pakatan Harapan, kini dijadikan umpan untuk menarik sokongan dan menggalakkan penentangan ke atas Najib Abdul Razak.

Ironinya ketujuh-tujuh janji tersebut tidak lebih daripada sekadar retorik yang didrama-sensasikan. Bukan sahaja tidak mampu dilakukan dalam skala lebih kecil di negeri-negeri yang dikuasai DAP malah TIADA MANA-MANA NEGARA di dunia ini yang mampu bahkan berani mengeluarkan janji yang bersifat fantasi dan angan-angan itu.

Penghapusan GST... kedengarannya amat lunak tetapi adakah segala keperluan rakyat termasuk infrastruktur perlu dihentikan sama sekali. Begitu juga dengan pendidikan, perubatan, bantuan kepada golongan sasar dan sebagainya. Atau mengembalikan SST, sistem cukai sebelum GST yang dihapuskan oleh pentadbiran Najib yang mana para kapitalis bebas untuk tidak membayar cukai dan segala-galanya ditanggung oleh rakyat sebagaimana yang berlaku sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir?

Stabilkan harga petrol... mekanisme mana yang akan digunakan? Memaksa Petronas mengeluarkan duit yang banyak seperti Mahathir memaksa Petronas bail out syarikat-syarikat kroni dan proksi? Apatah lagi Negara-Negara OPEC dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat sendiri tidak mampu menentukan harga petrol, Pakatan Harapan yang diterajui orang kecewa pula mampu? Jenaka apakah ini?

Ringankan bebanan rakyat... sama seperti petrol, mekanisme apakah yang akan digunakan? Dengan memujuk persatuan-persatuan dan kartel-kartel orang tengah untuk menurunkan harga? Imbalan balas apakah pula yang akan ditawarkan? Siapa yang akan tanggung imbalan balas kepada kartel-kartel tersebut kerana berdasarkan sejarah 22 tahun, bebanan tersebut dipindahkan secara langsung dan tanpa kompromi kepada rakyat. Menerusi pemaksaan undang-undang? 22 tahun juga menyaksikan bagaimana undang-undang digunakan hanya untuk menyembunyikan banyak salah laku dan rasuah.

Reformasi Institusi? Perangi rasuah? Pulihkan Felda?


Ketiga-tiga perkara tersebut begitu teruk pada zaman Mahathir. Baru sekarang institusi kelihatan bebas sehinggakan banyak keputusan-keputusan yang dibuat seolah-olah institusi tertentu menentang kerajaan. Rasuah lebih ditangani pada zaman ini berbanding rasuah-rasuah ikan bilis pada zaman 22 tahun. Kes seperti arahan kepada SPRM tutup kes sebagaimana yang berlaku dalam PERWAJA dan Eric Chia sehingga surat arahan terpapar di media sosial. Begitu juga dengan Felda, taraf kehidupan masyarakat Felda jauh lebih baik walaupun pada masa yang sama mereka mewarisi hutang dari zaman 22 tahun. Tindakan dan langkah-langkah pro-aktif pengurusan Felda masakini giat dilakukan untuk memastikan warga Felda cakna dan bebas dari belenggu kemiskinan.

Yang paling kelakar adalah Penubuhan RCI 1MDB. 1MDB yang tidak mengadu tentang kehilangan wang, PAC dan Ketua Audit Negara tidak mengesan sebarang penyonglapan dan kecurian wang 1MDB tapi RCI hendak ditubuhkan siasat 1MDB?

BUKANKAH LEBIH AFDAL sekiranya ditubuhkan RCI-RCI menyiasat kehilangan beratus bilion ringgit dalam BMF, PERWAJA, MEMALI, MAMINCO, PROTON dan sebagainya?

Semua ini jenaka dan drama murahan semata-mata. Tiada keseriusan dalam memperjuangkan rakyat sebagaimana yang diretorikkan.

3 comments:

Anonymous said...

Melihat kpd pemimpin dlm ph nampaknya sukar utk dipercayai krn banyak rekod buruk sblum ini.

Anonymous said...

Pondekkata Melayu dah terbenam dlm kancah rasuah dan maksiat.

Anonymous said...

perasan je pakatan karton ni . kaki aiskrim , kaki makan rasuah penang , tua kutuk penipu 22 tahun , peliwat semua duduk sekapal. mmg org buruk akan berkumpul dgn org buruk . rakyat tak bahalol . yg bahalol penyembah2 dorg.

 
Blogger Templates