Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, July 15, 2017

BETULLAH MACAM KAK MIDAH CAKAP, KAU NI MENTAH LAGI, SYED SADDIQ!!!



Barangkali ia adalah sejenis lelucon atau jenaka masakini yang melakukan pemaksaan ke atas perbuatan ketawa atau gelak...

Itulah yang berlaku sepanjang dua hari, terutama selepas Pakatan Harapan ditampilkan kepada umum dan kemudian barisan 'Majlis Tertingginya' yang kelihatan seperti diketuai oleh Mahathir dan Anwar Ibrahim, diperkenalkan.

Pakatan Harapan sebenarnya adalah seperti DAESH-IS yang diterajui oleh Abu Bakar Al-Baghdadi tetapi dalang sebenar bahkan segala perancangan DAESH-IS adalah MOSSAD dan CIA meskipun tenaga kerja Mossad dan CIA terlalu kecil di dalam DAESH-IS. Bukan itu sahaja Abu Bakar Al-Baghdadi sendiri adalah seorang Zionis yang mengaku dirinya sebagai seorang Arab yang beragama Islam. 

Dalam usaha untuk menafikan Pakatan Harapan adalah MEKANISME terbaik Lim Kit Siang untuk menyelamatkan kedudukan DAP dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, momokan dan ejekan terpaksa dilakukan bagi melindungi perkara sebenar. Dan mahu tidak mahu, untuk menutup malu yang Pakatan Harapan sebenar adalah tunjang kekuatan DAP bagi mengelakkan kehilangan undi dan sokongan Melayu, pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan, khususnya dari Parti Cap Bunga terpaksa menebalkan muka mengatakan, UMNO SUDAH TAKUT!

Jentera propaganda Cap Bunga termasuklah Ketua Armadanya, Syed Saddiq seperti dikerah untuk segera menutup kelemahan berkenaan dengan memperolok-olokkan UMNO dan para pemimpin UMNO. Tujuannya adalah supaya para pemimpin UMNO melatah dan lebih banyak memperkatakan tentang Pakatan Harapan. Dengan cara itu, Pakatan Harapan akan dapat nama. 

Sebutan berulang-ulang walaupun bersifat negatif merupakan satu publisiti terbaik dan paling pantas. Ditambah pula dengan trend masakini di kalangan generasi muda yang lebih memilih untuk menjadi anti-establishment, akan menambahkan lagi daya tarikan dan rasa ingin tahu apa sebenarnya Pakatan Harapan. 

Namun Syed Saddiq yang masih mentah dan tidak faham sepak terajang politik sepertimana yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cap Bunga sendiri, Hamidah Osman atau Kak Midah, cuba menggunakan analogi mudah seperti itu bagi melengkapkan kerjanya.

Syed Saddiq sebelum ini berkonfrontasi dengan Kak Midah apabila Kak Midah dituduhnya sebagai PARASIT UMNO di dalam Cap Bunga walaupun Kak Midah sebenarnya adalah orang yang paling kuat bertungkus lumus menghidupkan parti jilat Mahathir itu di Perak. Perak merupakan negeri pertama yang mendaftar keahlian Cap Bunga di seluruh Malaysia yang pada ketika itu dipimpin oleh Kak Midah sendiri. Muhyiddin Yassin yang tidak sebulu dengan Kak Midah bagaimanapun, telah melantik orang kuat Mukhriz tetapi mentah dan tidak mempunyai sebarang pengaruh, Peja Azumu sebagai Pengerusi Perhubungan Cap Bunga Perak bagi memadankan muka Kak Midah. Syed Saddiq memilih untuk menyertai Muhyiddin Yassin.

Sandaran Syed Saddiq kononnya UMNO sudah mulai takut adalah kepada susunan atau lebih tepat lagi hierarki Pakatan Harapan yang meletakkan Mahathir sebagai Pengerusi; Anwar sebagai Ketua Umum; Wan Azizah sebagai Presiden; Muhyiddin Yassin, Mat Sabu dan Lim Guan Eng sebagai Timbalan Presiden; Azmin Ali, Mukhriz Mahathir, Chong Chien Jen dan Salahuddin Ayub sebagai Naib Presiden; Saifuddin Abdullah sebagai Ketua Setiausaha; dan M. Kula Segaran sebagai Bendahari.

Dengan kata lain, tiada nama Lim Kit Siang di dalam hierarki berkenaan. Bila tiada nama Kit Siang, sifir mudahnya ialah, Pakatan Harapan bukanlah DAP sebagaimana kefahaman yang cuba ditanamkan. 


Hakikatnya, pemeteraian 'perjanjian' Pakatan Harapan itu sendiri adalah mengulangi proses penjajahan negara ini yang secara rasminya pada tahun 1874 di atas kapal HMS Pluto di perairan antara Lumut dan Pulau Pangkor (atau Pulau Dinding). Perjanjian Pangkor melibatkan Raja Perak, Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Syahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor dengan pihak Inggeris yang hanya diwakili oleh Andrew Clarke.

Akhirnya Pulau Dinding bertukar nama menjadi Pulau Pangkor sempena nama ketua masyarakat Cina di pulau tersebut, dan Perak pula jatuh ke tangan British.

'Deklarasi Bersama Pakatan Harapan' ditandatangani oleh semua Presiden parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan kecuali DAP. DAP sebaliknya hanya menurunkan tandatangan pemangku pengerusinya, Tan Kok Wai. Mengapa tidak Lim Kit Siang yang sebenarnya Supremo DAP? Adakah ianya sekadar cubaan untuk menghilangkan bayang Lim Kit Siang ke atas Pakatan Harapan? Bagaimana pula dengan Tan Kok Wai yang diketahui, apabila mulutnya dibuka, suara yang keluar adalah suara Lim Kit Siang?

Lim Kit Siang tidak perlu bersusah payah untuk menempa namanya dalam Pakatan Harapan kerana dia, bahkan semua orang tahu, DAP bukan sahaja paling berkuasa tetapi juga menguasai jumlah pengundi Cina di kerusi-kerusi bandar. Kerusi-kerusi tersebut sudah pasti milik mereka. Sekaligus ini menjamin kedudukan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Naib Presiden Pakatan Harapan yang paling 'sempurna' dan 'paling utuh'.

Anwar Ibrahim masih di penjara dan hanya boleh bergiat bebas pada tahun 2023 iaitu 5 tahun selepas tempoh hukuman penjaranya berakhir. Dr. Mahathir sudah berusia hampir 100 tahun dan sudah terlalu tua manakala Wan Azizah pula adalah Presiden parti paling lemah dan tidak lebih daripada sebuah patung boneka yang boleh diarah-turut sesuka hati. 

PKR-PAN-Cap Bunga bukanlah parti yang kuat sebaliknya berfungsi sebagai pemecah belah undi masyarakat Melayu dan Bumiputera sahaja. Ketiga-tiga parti tersebut tidak mungkin dapat mengancam penguasaan DAP walaupun ketiga-tiganya bergabung menjadi satu barisan untuk menentang DAP, walaupun itulah yang difikirkan oleh para penyokong masing-masing. Ini adalah ketiga-tiga parti berkenaan, sangat bergantung serba-serbinya kepada DAP.

Berbanding Pakatan Harapan, Pakatan Rakyat sebelum ini yang terdiri daripada DAP-PAS-PKR jauh lebih menyerlah. Ini adalah kerana, PAS tidak bergantung kepada DAP atau PKR, sebaliknya kedua-dua parti itulah yang bergantung kepada PAS. Terbukti dalam setiap demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh Pakatan, penyertaan daripada PAS sebenarnya yang membuatkan DAP dan PKR mendabik dada kononnya pakatan mereka sangat kuat. PAS berjaya menyusupkan semangat membantu DAP dan PKR sehingga membolehkan kedua-dua parti tersebut memperolehi kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang sebelum itu milik PAS atau UMNO-BN.

Kenyataan Syed Saddiq dan jentera propaganda Cap Bunga tentang betapa takutnya UMNO terhadap Pakatan Harapan, hanyalah laungan kitar semula pada ketika Pakatan Rakyat ditubuhkan sebelum ini. Kesudahannya, bukan UMNO-BN yang takut, sebaliknya yang lebih takut adalah Pakatan sendiri. 

Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat akhirnya terbarai kecuali di Selangor, itu pun kerana pujuk rayu Azmin Ali yang takut kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya PAS benar-benar memutuskan hubungan dengan PKR di negeri itu. Dan sekarang, DAP mahu mengulangi 'kejayaan' 2008-2013 menerusi penubuhan Pakatan Harapan yang dikawal sepenuhnya oleh Lim Kit Siang dari belakang manakala tenaga kerja utamanya adalah Melayu-Melayu dari PAN, PKR dan Cap Bunga.


5 comments:

Anonymous said...

Lebih baik cap bunga dari parti hisap darah rakyat UMNO. Satu dunia dah tahu PM adalah pembunuh Dan perasuah yg paling hebat sekali dlm dunia. Kalau itulah cop Melayu yg nak dikenang, teruskan dgn UMNO.

Anonymous said...

majlis presiden punah ranah negara .

banduan nk jd ketua
pupet nk jd ketua
firaun tua nk jd ketua

habis siapa nk jd macai klu semua nk jd ketua ? hahaha

Anonymous said...

Baik apanya anon 12.11 am ? apa yg tua kutuk mamak tu bagi pada malaysia selama 22 tahun ? apa yg mukhriz selfie bagi pada kedah selama jd mb kedah ? apa yg muhyiddin bagi pada malaysia & johor sepanjang dia jadi tpm & mb johor ? kau ni buta mata & hati ke ? atau buat2 bodoh tak tengok sekeliling ? org bangang shj percaya pada cap bunga taik ayam . kerusi parlimen pun mencuri dari umno , ada hati nk jadi kerajaan. sedarlah diri sikit wehh.. lawan umno dlm PRU dulu kalau betul jantan . tak reti jadi jantan , belajar dengan PAS sana .

Anonymous said...

Sentiasa yakin dgn umno harini. Bukan umno mamak kutty. Telan nilai yg lebih dari MRT haya untuk LRT. Babi macam.kamu rubggu time kene sembelih je. Jamu kat majlis DAP.

Anonymous said...

UMNO itu parti penipu sundal. PRU yg dikendalikan oleh SPR syaitan Najib mana boleh caya

 
Blogger Templates