Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 5, 2017

APA DOSA HUSAM MUSA KEPADA DAP SEHINGGA LIM KIT SIANG MAHU MENGUBURKAN KERJAYA POLITIKNYA?!!!



Husam Musa benar-benar gembira kerana dia telah dinamakan oleh Lim Kit Siang sebagai bakal Menteri Besar Kelantan yang baru. Kegembiraannya itu membuatkan dia mencabar PAS dan UMNO Kelantan untuk menamakan calon Menteri Besar Kelantan selepas PRU-14 untuk dibanding-bandingkan dengan dirinya.

Sememangnya dari satu segi, Husam Musa ada kekuatan kerana disokong kuat oleh Lim Kit Siang. Kata-kata Lim Kit Siang bermakna undang-undang dalam DAP. Berdasarkan perkiraannya, DAP yang tidak ada satu kerusi pun di Kelantan, akan berusaha sekuat mungkin untuk menaikkan Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan.

Husam Musa adalah Penasihat Parti Amanah Negara (PAN).

Tetapi DAP juga tahu bahawa Husam Musa bermasalah besar di Kelantan terutama selepas dia disingkirkan daripada kabinet Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 2013. Laporan SINAR HARIAN, nama Husam Musa sebagai Exco ditolak oleh KDYMM Sultan Kelantan. Tetapi penyokong Husam Musa pula, menyalahkan dan menuduh Nik Amar yang telah berkonspirasi untuk menendang Husam Musa, malah dengan sengaja mencicirkan nama Husam Musa. (RUJUK SINI)

Hakikatnya, Husam Musa dan SAUDAGAR MIMPI adalah sangat sinonim. Pelbagai projek-projek mimpi telah diinisiatifkan oleh Husam Musa, termasuklah Projek Lebuhraya Rakyat yang kutipan dermanya telah pun dibuat, tetapi jumlah kutipan tersebut tidak pernah diumumkan dan ke mana duit itu diserahkan, juga tidak pernah diberitahu.

Begitu juga dengan projek-projek mimpi seperti ladang depu, ladang rakyat, dinar dirham kelantan, kambing jamnapari, Lembah Sireh, pembalakan Hulu Kelantan dan sebagainya yang tidak satu pun menguntungkan Kelantan... semuanya mempunyai kaitan dengan Husam Musa sepanjang dia bergelar Exco Kelantan.

Husam Musa kebelakangan ini cuba menjadi juara rakyat dengan mengutarakan isu-isu rakyat, terutama pembalakan di Hulu Kelantan. Tetapi banjir lumpur dan kayu balak besar penghujung tahun 2014, menyebabkan banyak bibir terjuih kepada Husam Musa. Apabila Husam Musa membangkitkan isu pembalakan tidak terancang di Hulu Kelantan, mereka yang pernah menggunakan laluan Gua Musang ke Kota Bharu semasa Husam masih Exco negeri dahulunya, tentu masih ingat tentang barisan panjang lori-lori balak pengangkut kayu-kayu balak yang sarat sehinggakan balaknya sebesar paha lelaki dewasa selain bukit-bukau dan hutan yang dahulunya menghijau gelap, bertukar menjadi gondol dan berwarna tanah.

Sebagai veteran politik, Lim Kit Siang tahu, Husam Musa adalah satu liabiliti kepada DAP untuk memecahkan dominasi PAS di Kelantan. Biarpun Husam Musa bermula sebagai Setiausaha Akhbar kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz ketika mula menceburkan diri dalm dunia politik perdana pada tahun 1990-1993, dan dilihat sangat berpengaruh ke atas sebarang keputusan dan kenyataan Allahyarham Nik Abdul Aziz sewaktu bekas Mursyidul Am PAS itu menjadi Menteri Besar Kelantan, namun selepas disingkirkan daripada pentadbiran Kelantan, Husam Musa terawang-awang. Bahayanya orang politik yang pernah berkuasa dan kemudian terawang-awang, jauh lebih besar berbanding orang politik yang lepas mulut tetapi masih berjawatan.

Lim Kit Siang amat sedar dengan masalah itu. Mengambil kira apa yang berlaku kepada Awang Adek Hussin setelah UMNO Kelantan tersilap menamakannya sebagai bakal calon Menteri Besar Kelantan, juga Annuar Musa , Lim Kit Siang juga menggunakan kaedah yang sama untuk menguburkan terus kerjaya politik Husam Musa.

Perlu diingat, Kelantan adalah negeri Melayu. Walaupun DAP berusaha mengikis kemelayuan daripada fahaman feudal, tetapi institusi Raja-Raja merupakan teras yang masih utuh di kalangan orang Melayu, terutama sekali di Kelantan. Memperlihatkan seolah-olah DAP dan Lim Kit Siang lebih besar dari KDYMM Sultan Kelantan, hanya akan memberikan persepsi negatif kepada Husam Musa yang akhirnya, Melayu majoriti di Kelantan memilih untuk mentalkinkan kerjaya politik Husam Musa!!!


2 comments:

Anonymous said...

Ini wakil rakyat gagal. Jdi exco lama jgk tpi segala projek gagal utk dimanfaatkan. Sembang kencang tetapi kosong..

Anonymous said...

Tahu tak apa...

 
Blogger Templates