Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 3, 2017

BODOH PUNYA GUAN ENG!!! ORANG PAKAI KENYATAANNYA SENDIRI DALAM BLOGNYA, DIA KATA ORANG FITNAH DAN MAHU DISAMANNYA!!!



Dua hari lepas, pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang membuat laporan polis ke atas Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Chen Guan dalam usaha mereka untuk mempertahankan Lim Guan Eng daripada terkantoi melakukan pengkhianatan.

Lim Guan Eng dalam kenyataannya pula menyatakan, dia tidak ada pilihan kecuali menyaman Dato' Huan serta NST kerana menyiarkan perkara yang disifatkannya sebagai fitnah. Fitnah yang dimaksudkannya adalah membabitkan kenyataan, konon kalau dia didakwa dan dipenjarakan atas tuduhan dan kesalahan rasuah, rakyat Pulau Pinang akan marah kerana kehilangan pemimpin yang 'jujur dan bersih'. Malah, hukuman ke atasnya itu juga akan turut menjejaskan program kebajikan i-Sejahtera.

Kata Lim Guan Eng, dia tidak pernah membuat kenyataan seperti itu di Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri DAP Pulau Pinang di Jawi, Nibong Tebal.

Bagaimanapun, menurut Dato' Huan, tiada sesiapa pun yang menyatakan, Lim Guan Eng membuat kenyataan berkenaan dalam majlis Rumah Terbuka itu. NST bagaimanapun, telah menyiarkan gambar Guan Eng di rumah terbuka Nibong Tebal itu tetapi tidak secara spesifik menyatakan bahawa kenyataan berkenaan dibuat di situ.

Sebaliknya kenyataan itu memang dikeluarkan sendiri oleh Lim Guan Eng menerusi blognya bertarikh 1 Julai 2016. (RUJUK SINI)

Dalam kenyataan yang disiarkan pada 1 Julai 2016 itu, Guan Eng menulis:

- "Rakyat Pulau Pinang tahu taruhannya ialah Program i-Sejahtera Pakatan dari Kerajaan yang bersih.'

- 'Rakyat Pulau Pinang akan marah sekiranya pemimpin dari kerajaan yang bersih yang sekarang ini didakwa kerana rasuah dan sumbangan RM400 juta di bawah Program i-Sejahtera sedang terancam.'


Kenyataan media Lim Guan Eng itu kemudiannya turut dilaporkan oleh media online dengan tajuk-tajuk seperti, 'Penang's needy will suffer if I am jailed, Guan Eng claims,' pada 1 Julai 2016 (The Malay Mail Online)

Lim Guan Eng masih cuba menipu dan membuat penafian yang dia pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Sedangkan memang jelas, artikel berkenaan masih lagi wujud dan boleh dibaca serta dirujuk. Kalut nak membela diri, membuatkan Lim Guan Eng terlupa yang dia sendiri pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan kenyataan tersebut digunakan oleh Dato' Huan untuk memerangkapnya.

Kenyataan Lim Guan Eng kononnya dia tidak ada pilihan kecuali menyaman Dato' Huan dan NST sebenarnya menunjukkan dia sudah takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Segala keyakinannya kini lebur apabila sokongan kepadanya menunjukkan penurunan yang sangat drastik. Serangan-serangan ke atasnya oleh musuh-musuhnya hanya menggunakan kenyataan-kenyataannya sendiri.

Cubaannya untuk mengalihkan perhatian daripada pendedahan-pendedahan berterusan yang dibuat oleh BNBC terutama menerusi Timbalan Pengerusinya, Datuk Eric See-Toh tentang Terowong Dasar Laut dan projek 3 batang jalan yang menyaksikan RM220 juta telah pun dibayar sebagai fi konsultan, juga tidak berjaya. Dalam skandal RM220 juta itu, Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya membuat lebihan bayaran sebanyak 17% sedangkan badan yang lebih berintegriti iaitu Lembaga Jurutera pula menyatakan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat lebih bayaran 4 kali ganda berbanding daripada apa yang didakwa.

Apatah lagi, banyak persoalan yang ditanya oleh BNBC kepada Lim Guan Eng, langsung tidak berjawab membuatkan dia terpaksa memilih jalan SAMAN FITNAH untuk menutup mulut musuh-musuhnya daripada terus menelanjangkan pembohongan besarnya!






1 comment:

Anonymous said...

Dulu si guaneng ni saman lebai hasan tantawi pasal ungkit projek terowong. Tak byk org tlg lebai hasan waktu tu & ringkas cerita lebai hasan mengalah sbb tahaluf basi, nah sekarang projek terowong tokong ternyata ada byk hal tersembunyi, apakah lebai hasan boleh mintak mahkamah buat tgk balik kes tu? Kalau sekiranya boleh dan lebai hasan menang contohnya, apakah ada peruntukan undang2 untuk dakwa guaneng atas pertuduhan 'menggunakan mahkamah bagi melindungi korupsinya?' . Siapa2 yg arif undang2 saya mohon pencerahan, tq.

 
Blogger Templates