Hakikatnya ialah, bukan sahaja taraf hidup kelompok termiskin dahulunya sudah meningkat, bahkan kekayaan kaumnya juga semakin bertambah-tambah. Lim Kit Siang sendiri yang merupakan anak imigran berjaya menghimpunkan kuasa dan pengaruh yang bukan sedikit. Malahan status kehidupan seluruh keluarganya juga berubah secara drastik, terutama selepas Lim Guan Eng, anak lelakinya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pulau Pinang merupakan antara dua negeri yang ditumpukkan harta kekayaan negara ini semenjak dari zaman sebelum merdeka. Satu lagi negeri adalah Selangor.
Di kedua-dua negeri itu, DAP adalah pemain kuasa utamanya. Bahkan penyumbang-penyumbang dana mereka juga bersarang di kedua-dua negeri tersebut.
Pentadbiran Mahathir selama 22 tahun melebarkan lagi jurang ekonomi antara kedua-dua negeri itu serta kaum Lim Kit Siang dengan kaum-kaum lain. Dan seperti biasa, apabila kuasa ekonomi sudah dipegang, bermakna kuasa politik hanyalah boneka.
Namun, peralihan pucuk pimpinan menyaksikan Najib yang mengambilalih pentadbiran daripada Abdullah Badawi, secara drastik cuba mengubah pola ekonomi tersebut. Kekayaan negara yang dilonggokkan kepada segelintir sahaja, kini dikembang biakkan menerusi program transformasi ekonomi yang lebih cakna rakyat.
Lim Kit Siang tahu seandainya Najib terus dibiarkan, DAP akan berhadapan dengan masalah besar. Apatah lagi, kepala-kepala penguatkuasa undang-undang yang berkhidmat di bawah Najib pula, tidak lagi terikat dengan PERMAINAN BAWAH KARPET sepertimana yang ditunjukkan oleh SPRM, PDRM, mahupun Imigresen. Najib yang mengamalkan dasar lebih terbuka berbanding pendahulu-pendahulunya, bakal memberikan impak yang lebih besar pada masa hadapan sekiranya tidak dibendung atau digulingkan.
Mac 2017, buat kali pertama Lim Kit Siang yang memperjuangkan penghapusan hak-hak istimewa Melayu-Bumiputera membabitkan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, bercakap kononnya DAP tidak berniat langsung untuk menutup FELDA walaupun mereka berjaya menguasai Putrajaya nanti.
Para penyokong Pakatan, bersorak gembira dan kemudian menjadikannya sebagai hujah kononnya, DAP tidak akan mengubah apa-apa.
Tetapi berdasarkan apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor khususnya, janji-janji Lim Kit Siang atau janji-janji DAP itu hanyalah bersifat menanam tebu di tepi bibir. Benar, DAP tidak melakukan penghapusan etnik atau radikal menghalau orang Melayu di kawasan-kawasan yang mereka menang seperti yang berlaku pada 10 sehingga 13 Mei 1969. DAP tidak lagi berarak membawa penyapu dan sepanduk dengan tulisan-tulisan provokatif.
Sebaliknya, menggunakan lompong undang-undang sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, apabila tanah wakaf yang diwakafkan secara lisan, 'dirampas' dan dibangunkan dengan bangunan-bangunan kediaman agam yang sekadar mampu dipandang, tetapi tidak mampu dimiliki walaupun sekadar pintu berandanya.
Sepatutnya para peneroka FELDA tidak termakan dan terpedaya dengan umpan DAP itu. Parti yang hanya mempunyai perwakilan seramai 2,600 orang itu pun, sukar untuk dijaga oleh DAP dan buat mesyuarat, bagaimana mereka hendak membela 112,635 orang peneroka FELDA serta keluarga mereka.
Apakah satu lagi Pulau Pinang akan dilakukan di tanah-tanah rancangan FELDA seluruh negara? Adakah tanah-tanah sama ada telah diberi milik atau sebaliknya untuk para peneroka FELDA, merupakan motif utama memandangkan di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cukup terkenal sebagai BROKER TANAH TERKEMUKA negara ini. Malahan ramai yang berpendapat, Lim Guan Eng mengumpul kekayaan peribadi hanya dengan menjadi broker tanah!
Berbanding penubuhannya 61 tahun dahulu, FELDA yang ada pada hari ini jauh lebih baik. Generasi ketiga FELDA sekarang sedang menikmati hasil susah payah dan jerih perih para peneroka generasi pertama dahulu.
Bermula dengan Lurah Bilut, FELDA kini adalah satu jenama besar dunia. Maka sudah pastilah, DAP yang cukup tamak dan haloba itu, membuka mata kerana FELDA sudah pun berkembang pesat dengan asetnya-asetnya terutama sekali tanah bernilai beratus-ratus bilion ringgit.
Biarpun negara ini mengamalkan dasar dan sistem demokrasi, namun pada masa yang sama, kepentingan serta hak masyarakat Bumiputera perlu dijaga dan dipelihara seboleh mungkin. Tiada apa-apa yang dapat menjamin hak-hak serta kepentingan tersebut sekiranya masyarakat FELDA sendiri enggan berbuat begitu.
Mungkin para peneroka FELDA terkeliru dengan janji serta kenyataan para pemimpin Pakatan kononnya walaupun Pakatan menang, mereka tidak akan mampu mengubah apa-apa. Hakikatnya, penghapusan 29 buah perkampungan Melayu di seluruh Pulau Pinang adalah bukti paling nyata bagaimana undang-undang boleh dimanipulasi dan diubah sesuka hati. Sedangkan undang-undang sedia ada pun, para pemimpin DAP berjaya manipulasi, sebagai contoh, lihatlah bagaimana Lim Guan Eng berjaya mengelak atau menangguh-nangguhkan perbicaraan kes rasuah dan salahguna kuasanya, inikan pula perkara yang membabitkan keuntungan besar iaitu TANAH!!!
LUAHAN HATI Lim Kit Siang berhubung FELDA sebenarnya adalah rancangan dan impian besar DAP sepertimana luahan hati Tony Pua yang merupakan seorang lagi pemimpin kanan DAP tentang KEBENCIANNYA TERHADAP PENJAWAT-PENJAWAT AWAM yang disifatkannya sebagai membebankan kewangan negara!
Berjanji memang mudah dan seronok untuk dipercayai tetapi apabila tanah sudah hilang, jangan harap akan dapat semula. Tidak ada mana-mana pihak yang akan bermurah hati seperti Kerajaan Malaysia yang akan menyediakan dan memberikan tanah kepada rakyatnya sendiri...
No comments:
Post a Comment