Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 26, 2017

KERANA DR. MAHATHIR, PUAK REFORMIS JALANAN TERMASUKLAH HISHAMUDDIN RAIS BERTEGANG URAT!!!



Kumpulan Reformasi yang pernah menjadi tunggak kekuatan PKR, kembali mendapat perhatian apabila beberapa hari lepas, membuat ketetapan menolak kehadiran Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. Bahkan berasa jijik apabila pemimpin-pemimpin pembangkang yang suatu ketika dahulu begitu membenci Dr. Mahathir dan berazam untuk memenjarakannya setelah memecat dan mendedahkan rahsia sumbang Anwar Ibrahim, kini bertindak sebaliknya.

Mereka yang naik sebagai pemimpin utama PKR setelah puak Reformasi buat kerja, sekarang ini berjabat tangan, memeluk bahkan mencium tangan Dr. Mahathir.

Kumpulan Reformasi dua hari lepas berjaya mencuri tumpuan menerusi perletakan jawatan Pengerusi Otai Reformasi 1998 yang juga merupakan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib. Malah dalam satu kenyataan pada 24 Julai itu juga, Otai Reformsi berkata, semua pemimpin Pakatan Harapan yang menyandang dalam gerakan itu juga harus berundur daripada Otai Reformis.

Saari Sungib adalah Timbalan Pengerusi PAN Selangor. Partinya bersama-sama PKR, DAP dan Cap Bunga telah melantik Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan minggu lepas.

Selain Saari, turut melepaskan jawatan adalah Setiausahanya, Abdul Razak Ismail.

Abdul Razak bagaimanapun mengambil keputusan itu kerana mahu menjadi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menentang Pakatan harapan pada PRU akan datang. Menurut Abdul Razak, dia menentang Pakatan Harapan kerana tidak bersetuju dengan penyertaan Dr. Mahathir dalam pakatan tersebut.

Ramai yang keliru antara Otai Reformis 1998 dengan Pro Reformis 98. Kedua-duanya adalah entiti yang berbeza. Otai Reformis sebelum ini dipengerusikan oleh Saari Sungib manakala Pro Reformis 98 ditubuhkan dan diketuai oleh Dr. Badrul Amin.

Kehadiran Dr. Mahathir dalam saf utama kepimpinan Pakatan Harapan, telah menimbulkan perpecahan di kalangan mereka sendiri terutama daripada pemimpin-pemimpin gerakan jalanan.


Hishamuddin Rais yang suatu ketika dahulu, mendengar nama Dr. Mahathir sahaja sudah boleh membuatkan dia termuntah, dalam satu FORUM membabitkan pemimpin-pemimpin jalanan reformasi menyatakan, Mahathir tidak perlu dibenci kerana dia boleh digunakan untuk menjatuhkan Najib dan UMNO-BN. Persoalan tentang siapa bakal jadi Perdana Menteri katanya, tidak perlu dibincangkan lagi kerana yang terlebih penting adalah menang dahulu. Malah dia 'MELEMBUKAN' sesiapa sahaja yang masih bercakap tentang tidak perlunya Mahathir di dalam Pakatan Harapan. (RUJUK SINI)

Pujukan agar ahli-ahli parti komponen Pakatan Harapan untuk menerima Dr. Mahathir dan kepimpinannya mengulangi semula skrip ketika PAS masih bersama-sama DAP dan PKR iaitu Dr Mahathir sudah berubah dan bertaubat. Jadi, perlu diberikan peluang dan tidak perlu lagi menyalahkannya.

Namun ada suara-suara yang bertanya, mengapa setelah bertahun-tahun para pemimpin yang sama menghasut rakyat supaya menentang Kerajaan dan Dr. Mahathir, dalam sekelip mata sahaja mereka pula yang bertindak mencium dan menjilat tangan Dr. Mahathir, kemudian meminta rakyat yang telah dihasut itu sama-sama mencium dan menjilat tangan Dr. Mahathir.


3 comments:

Anonymous said...

Betul kata Hishamuddin Rais, kalau nak menumbangkan pencuri, penipu dan pembunuh yg sudah lama berakar Tun boleh dipakai kerana Tun pada usia sebegini mempunyai hasrat yg murni iaitu menegah Negara ini dijual kpd Tanah Besar Cina. Harap Najib dipenjarakan di Alcatraz, AS kerana makluk ini banyak berdosa.

Anonymous said...

Jgn percaya kpd penyamun yg kata nak tangkap pencuri. Kedua duanya sama je.

Anonymous said...

Padan muka penyokong pembangkang dipermainkan oleh madey, dulu madey kena maki2 tapi sekarang dijilat2 oleh puak2 bodoh pembangkang, kik3

 
Blogger Templates