Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 3, 2017

'MASALAH' 1MDB ADALAH KHADEEM AL QUBAISY DAN MOHAMAD AL-HUSAINY, TETAPI SI BEBAL PENYOKONG TUN SALAHKAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Di sebalik ratusan penjelasan yang diberikan tentang kemelut 1MDB-IPIC/AABAR BVI, para penyokong Dr. Mahathir kekal untuk memilih menjadi bebal dan tongong dengan hanya mempercayai bulat-bulat apa yang mereka mahu percaya sahaja. 

Lebih malang lagi ialah apabila mereka percaya dan sangat-sangat yakin bahawa arbitration atau proses timbangtara di London adalah perbicaraan yang akhirnya menyaksikan 1MDB dan Kerajaan Malaysia 'kalah' kerana 1MDB bersetuju membayar IPIC sebanyak USD1.2 bilion. Sekaligus itu merupakan pengakuan 1MDB bahawa telah berlaku penyelewengan dalam transaksi kepada IPIC/AABAR BVI.

Kesimpulan mudah, mengapa bayar kalau tidak salah, sebenarnya adalah kesimpulan paling bebal dan langsung tidak berpengetahuan!

Dalam kenyataan kepada Bursa Saham London, 1MDB menyatakan persetujuan membayar semula 'pendahuluan tunai' yang diberikan oleh IPIC kepada mereka pada tahun 2015 selain beberapa komitmen IPIC terhadap bon 1MDB pada tahun 2015 dan 2016. Jumlah keseluruhan ini adalah USD1.2 bilion. 

International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC), Aabar Investments PJS (Aabar), the Minister of Finance (Incorporated) Malaysia (MoF Inc.) and 1Malaysia Development Berhad (1MDB) are pleased to announce that an agreement has been reached between all parties that provides for a settlement in respect to the arbitration proceedings at the London Court of International Arbitration (the Settlement). The agreement is conditional on the Arbitration Tribunal making a consent award by 31 May 2017.

Under the terms of the Settlement, IPIC will receive an amount of US$602,725,000 by 31 July 2017 and a further amount of US$602,725,000 by 31 December 2017.

Separately, 1MDB and MoF Inc., undertake to IPIC to assume responsibility for all future interest and principal payments under the two bonds issued by 1MDB Group companies that are guaranteed by 1MDB and IPIC; (i) US$1,750,000,000 fixed rate 5.75 per cent. notes due 2022 issued by 1MDB Energy (Langat) Limited and (ii) US$1,750,000,000 fixed rate 5.99 per cent. notes due 2022 issued by 1MDB Energy Limited.

The parties have provided suitable undertakings and indemnities in respect of the performance of obligations under the Settlement.

The parties have also agreed to enter into good faith discussions in relation to payments made by 1MDB Group to certain entities.

Barangkali tidak faham Bahasa Inggeris atau sekadar faham bab 'kena bayar', maka mereka membuat kesimpulan mudah tanpa rasa malu dan segan. Walhal pembayaran berkenaan tidak ada kena-mengena dengan urusniaga atau transaksi yang menjadi pertikaian antara 1MDB dengan IPIC berkenaan AABAR BVI. 

Sebaliknya terang dan nyata dalam pada perenggan terakhir itu, maksudnya ialah tiada pengakuan bersalah 1MDB dalam isu AABAR BVI. Sebaliknya dalam persetujuan yang sah dari segi undang-undang ini, 1MDB telah mengheret IPIC supaya berunding lanjut, bukannya menolak mentah-mentah tanggungjawab mereka. 

IPIC tidak boleh cuci tangan sepenuhnya dalam isu AABAR BVI. Ini adalah kerana pemegang sahamnya adalah Khadeem Al-Qubaisy dan Mohamed al-Husainy. Khadeem adalah CEO IPIC manakala Al-Husainy pula adalah CEO AABAR PJS LTD (IPIC) ketika urusniaga itu dilakukan.

Atas sebab itulah, Malaysia menerusi 1MDB mengheret IPIC ke arbitration. Dan 1MDB tidak perlu membayar lebih dari sepatutnya yang dibayar walaupun Al-Qubaisy dan Al-Husainy dilaporkan telah menyonglap duit IPIC. 1MDB mendakwa, kedua-duanya maklumat dan gambaran palsu bahawa AABAR adalah milik penuh IPIC.

Sebab itulah, Menteri Kewangan II, Johari Ghani berkata, Malaysia sangat yakin kerana mempunyai dokumen yang mencukupi bahawa sebarang penyelewengan sebenarnya berpunca dari IPIC bukannya 1MDB seandainya tribunal berterusan. 

Itu adalah situasi sebenarnya. Malangnya sebahagian besar rakyat Malaysia, terutama yang menentang Najib dan Kerajaan memilih untuk percaya kepada pembohongan dan pendustaan, kemudian bertindak sebagai agen penyebar fitnah dan dakyah untuk memburuk-burukkan negara sendiri, semata-mata bermatlamatkan mahu menjatuhkan kerajaan. 

Isu yang sama juga nampaknya sedang melanda yang membabitkan DOJ. Apa yang berlaku di DOJ sekarang ini, langsung tidak diambil peduli, sebaliknya mereka leka dengan cerita-cerita zaman Loretta Lynch dan James Comey yang telah pun dipecat oleh Donald Trump untuk mengukuhkan dakwaan kononnya, memang berlaku penyelewengan dan rompakan wang 1MDB walaupun 1MDB mengakui, mereka tidak pernah kehilangan sesen pun, malah diperakui dan telah di'endorsed' oleh firma-firma audit ternama untuk pengesahan berkenaan.

Bodoh bebal sangatkah rakyat Malaysia kerana sepatutnya yang dikecam adalah Khadeem al Qubaisy dan Mohamad Al-Husainy tetapi yang menjadi mangsa adalah Najib Abdul Razak dan 1MDB?


10 comments:

Anonymous said...

YANG BEBAL KAMU..DENGAN SEMUA BUKTI MASIH LAGI TAK NAMPAK KE ATAU BUAT BUAT TAK NAMPAK? ....

Anonymous said...

Duit masuk billion2 dlm akaun sendiri pun masalah arab jg ke? Akai ada ke? X pyh nak kelentong..pusing sana pusing sini. Org kg pun dah faham sgt2 dah.

Anonymous said...

Memang 'FLY' ler otak kamu oiii....lu pusing putar sekitar cakrawala besar dan laju mana pun ARTICLE 117 Perlembagaan 1MDB diatas KATA PUTUS PM01...nak kelentong apa dan macam mana???

Duit arab dogol pun pusing pusing dari 1MDB masuk account PM01 aka KLB-KETUA LANUN-BUGIS...itu KENYATAAN yang PM01 pun tidak boleh sanggah lagi sebab tuan punya diri pun dah hilang akal temberang....tak gitu???

Anonymous said...

Tak baik maki hamun dan tuduh orang lain bodoh lah bebal lah tongong lah. Sedangkan yg punya badan tu belum tahu apa kedudukan nya. Tapi yg nyata blog ini amat kuat PRO BN. bila kita pro sesuatu pendapat kita selalu nya tidak seimbang dan akan ada bias nya. Yg pasti DoJ baik Swiss baik Spore baik semua sudah siasat 1MDB yg di dalangi oleh najib... Yg ini pasti dan fakta

Anonymous said...

Aku tak faham cerita kau yg belit belit.
Cerita sebelum ni pun aku tak faham. Lagi kau tambah cerita belit..

takpe lah..cakap lah mcm2 kat tun mahathir..hina lah dia..

cuma jawab soalan aku,kenapa nak kena bayar balik kalau dah bayar????..

Boleh je heret Khadeem al Qubaisy dan Mohamad Al-Husainy ke court kat UK.

buktikan 1mdb x salah.

habis cerita..

tapi jgn lupa ada gambar 2 ekor tu dgn najib rosmah dan jho low...

Anonymous said...

Mencuri itu haram di luar Malaysia tapi halal mengikut perlembagaan Malaysia. Kan ada pepatah 'pandai2 lah kamu berebut rebut mencari kekayaan' mengikut prinsip UMNO sampai negara ini akan lumpuh dimasa akan datang. Botak dan kontang.100% penyamun dari atas ke bawah.

Tg.Batu-Nenasi said...

Jaga2, kita tidak tahu dengan tepat perkiraan yang benar di sisi Allah (kalau kamu Islam).
Macammana pun kita tahu hati kita sendiri, jujur ke, makan dedak ke, .... dan untuk apa. Yang pasti lagi Allah tahu.
Selepas diingatkan ini, jangan main2 lagi kerana senario depan Allah akan berubah sikit kerana DAH ADA orang tegur.
"Paling banyak ORANG MUNAFIK dari umatku ialah yang pandai bacaannya" - HR Bukhari.

Tg.Batu-Nenasi said...

Hari2 bangga, megah anak dara cantik semua orang berkenan.
Untuk membuktikan, suruh anak dara tu ikut segala macam jantan, hantar balik hingga pukul 3 atau 4 pagi.
Bila mengandung, maka salahkan 'Al Qubaisy' 'kerana dia yang buat' Betul juga lah tu.....
Yang terboyot-boyot ni? Pi bagi duit tambah kat dia lagi kerana mahu berunding?
Hebat!!, padan kita megah sangat, 1MDB pelaburan untuk rakyat untuk tawan dunia?
Yang terpaksa makan megi yang dicairkan sangat2 - 2 peket untuk 5 orang, sehari sekali makan; sangat FAHAM KEJAYAAN MENYELURUH pencapaian TERHEBAT DI DUNIA 1MDB.

Anonymous said...

Alahai kalau doj Tu jujur boleh harap nape Hal sendiri tak Ada pun bizi.
https://m.youtube.com/watch?v=GYNVNhB-m0o
Aku kalau murican sikit pun tak Akan percaya jujur,
Bab songlap duit Ni munkin la Ada sikit banyak Ada pd mana2 yg tak amanah dlm mentadbir, Dan jgn lupa si madey Tu masa tadbir dulu brapa korporat lingkup? Berapa ratus billion rm hilang?
Ini bukan soal sokong peng-songlap, tapi kalau peng-songlap nak jadi juara membenteras peng-songlapan bagi aku biar dulu la, lebih2 lagi dgn bantuan bapak segala bapak songlap.
Peace.

Anonymous said...

Madey dgn Najib...2x5

 
Blogger Templates