Cakap-cakap besar kononnya Pakatan yang 'diterajui' oleh Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim mampu untuk membina prasarana dan infrastruktur terutama sekali pengangkutan awam yang lebih baik berbanding Najib Abdul Razak.
Dan seperti kata Nurul Izzah, MRT kalau dibina oleh Mahathir dan Anwar, akan lebih luas dan lebih selesa!
Beberapa orang pemimpin Pakatan, cuba mempertikaikan kos pembinaan MRT yang telah siap lebih awal dan kurang belanja berbanding dua projek LRT pada zaman Mahathir yang terpaksa di'bail-out' oleh Prasarana kerana bankrap, kononnya terlalu membazir. Sebaliknya kata mereka, Pakatan boleh menyediakan perkhidmatan yang serupa dengan kadar yang lebih rendah dan lebih bernilai.
Barangkali bertitik tolak daripada meluat dengan cakap-cakap besar yang dijual kepada rakyat itulah, salah seorang ADUN Pakatan dari PKR, Norlela Ariffin menyelar Ketua Pakatan Harapan, iaitu DAP yang menguasai dan memerintah negeri Pulau Pinang.
Dia mempersoalkan tentang perbelanjaan besar yang diperuntukkan oleh DAP untuk projek LRT yang hanya berjarak 30 kilometer berbanidng MRT yang melangkaui jarak lebih 80 kilometer apabila siap sepenuhnya.
Hakikatnya, perbelanjaan untuk pengangkutan awam, terutama sekali di Pulau Pinang BENAR-BENAR MAHAL dan jauh mengatasi rekod perbelanjaan Najib Abdul Razak untuk MRT dan Kuala Lumpur Greater!
Lebih teruk lagi, kosnya pula sering berubah-ubah.
Sebagai contoh, pada April 2015, LRT Bayan Lepas yang dirancang oleh Lim Guan Eng hanya berjarak 17.5 kilometer tetapi menelan kos sebanyak RM4.5 bilion.
Mei 2016, LRT yang sama, dipanjangkan jaraknya menjadi 30 kilometer dan akan menelan kos RM7 bilion.
Semalam, projek LRT yang sama, dengan jarak yang sama, kini dianggarkan menelan kos sebanyak RM8.4 bilion, sekaligus jauh lebih mahal berbanding LRT3 Lembah kelang yang berjarak 37 kilometer berdasarkan setiap kilometer.
Lebih aneh lagi, baru-baru ini, Chow Kon Yeow pula berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan projek bernilai RM17 bilion.
Lebih aneh lagi, baru-baru ini, Chow Kon Yeow pula berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan projek bernilai RM17 bilion.
Antara projek-projek yang diluluskan dan telah diberikan lampu hijau adalah projek LRT Bayang Lepas dan Pan Island Link 1 (PIL1) yang akan menelan belanja sebanyak RM17 bilion, kata Chow Kon Yeow kepada wartawan pada 20 Jun 2017 lalu.
Dengan kata lain, selepas ditolak kos anggaran untuk LRT sebanyak RM8.4 bilion, PIL1 yang hanya berjarak 19.5 kilometer panjang pula akan menelan kos sebanyak RM8.4 bilion.
Dengan kata lain, kos bagi setiap kilometer untuk PIL1 adalah RM441 juta, sekaligus menjadikan ianya sebagai LEBUHRAYA TERMAHAL DALAM SEJARAH MALAYSIA, malah dua kali ganda lebih mahal berbanding keseluruhan lebuhraya DUKE yang dikatakan sangat mahal oleh DAP.
Tidak pula dapat dipastikan, apakah Chow turut memaksudkan PIL2 (8 kilometer) dan PIL 2A (3 kilometer) dimasukkan dalam anggaran kos RM17 bilion itu.
Tetapi sekiranya PIL1 + PIL2 + PIL2A dicampurkan sekali, jarak keseluruhannya hanyalah 30.5 kilometer.
Secara tidak langsung, RM8.6 bilion bagi 30.5 kilometer akan menjadikan kos pembinaan bagi setiap kilometer adalah RM282 juta, masih jauh lebih tinggi iaitu RM100 juta lebih bagi setiap kilometer berbanding DUKE.
Apa yang menyebabkan kos itu menjadi terlalu tinggi di tangan DAP yang sentiasa mendabik dada mereka lebih bijak daripada mana-mana spesies manusia di negara ini? Adakah kos tersebut termasuk juga kos laporan kebolehlaksanaan? Kalau ada, berapa pula kos laporan kebolehlaksanaan, memandangkan untuk Terowong Dasar Laut Pulau Pinang sahaja, ianya menelan perbelanjaan sebanyak RM305 juta, sekaligus menjadikan ianya sebagai LAPORAN KEBOLEHLAKSANAAN TERMAHAL DI DUNIA!
Bagaimana pula, kos LRT boleh melompat menjadi lebih RM1.4 bilion dalam tempoh setahun sahaja?
No comments:
Post a Comment