Siapnya MRT jajaran kedua yang menghubungkan Kajang dan Sungai Buluh membuatkan Azmin Ali tidak senang duduk. Ini adalah kerana dari peringkat awal lagi MRT yang merupakan salah satu daripada program KL Greater terletak di Selangor dan memberikan manfaat besar kepada penduduk Selangor khususnya di kawasan berkepadatan tinggi, ditentang keras oleh para pemimpin Pakatan khususnya PKR dan DAP. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan projek tersebut ditunda, dibatalkan atau pun berhadapan dengan kekangan masa.
Isu 1MDB digunakan untuk menunjukkan wujudnya penyelewengan dan rasuah. Malaysia bankrap pula adalah langkah untuk menghilangkan keyakinan rakyat bahawa projek MRT akan disiapkan mengikut jadual dan penjimatan dapat dilakukan.
Bila semuanya gagal, untuk menutup malu, Azmin cuba mendabik dada kononnya Selangor memberikan perkhidmatan bas percuma kepada rakyat Selangor.
Hakikatnya bas percuma berkenaan sebenarnya tidak memberikan manfaat langsung kepada rakyat Selangor. Sebaliknya pengguna tegarnya adalah warga asing. Rakyat tempatan lebih berminat menggunakan kenderaan sendiri.
Wang pembayar cukai telah digunakan sewenang-wenangnya oleh Azmin Ali untuk menyenangkan waega asing. Seharusnya Azmin Ali yang sangat bijaksana itu mencari jalan lain untuk membantu rakyat tempatan secara tuntas dan tepat ke sasaran bukannya main lambak yang akhirnya dinikmati sepenuhnya oleh warga asing.
Daripada membazir wang pembayar cukai Selangor, lebih baik Azmin Ali turunkan kadar cukai dan premium tanah yang telah membuatkan harga hartanah melambung-lambung di Selangor dan rakyat Selangor rata-rata sekadar mampu pandang bukan mampu milik. Kalau setakat berbangga dengan rumah-rumah mampu milik yang dibina dengan duit Kerajaan Persekutuan, lebih baik Azmin berhenti dari jadi Menteri Besar.
1 comment:
Dengar tu azmin, jgn asik syok sendiri saje...
Post a Comment