Sesuatu yang pasti, Dr. Mahathir telah mengubah lanskap ekonomi negara ini yang berlatarbelakangkan ekonomi pertanian bertukar menjadi ekonomi pengilangan dan pembuatan sebelum pentadbiran Najib Abdul Razak mengurangkan kebergantungan kepada pengilangan dan pembuatan sebaliknya melebihkan industri perkhidmatan yang kini merupakan nadi dan trend utama ekonomi dunia.
Pada zaman kekuasaannya, tiada sesiapa yang berani berkata apa-apa yang buruk tentang Dr. Mahathir. Malahan bertanya 'SIAPA MAHATHIR' dan kemudian disiarkan oleh stesen televisyen juga, boleh memberikan impak yang sangat buruk kepada si penutur. Itu belum lagi termasuk ancaman undang-undang kuku besi yang diamalkan secara meluas oleh Mahathir.
Walaupun pada penghujung kerjayanya selaku Perdana Menteri terutama pada tahun 1997-2003, Mahathir bukan lagi digeruni, malahan demonstrasi dan pelbagai salahlakunya mula dikorek serta disebarkan kepada umum, dia tetap terselamat kerana UMNO sentiasa melindunginya biarpun pada masa yang sama, UMNO dan pemimpin seterusnya terpaksa mencuci tahi dan najis yang ditinggalkan oleh Mahathir.
Namun keadaan berbeza apabila Mahathir yang berang setelah kepentingan kroni dan proksinya diganggu atau diranapkan oleh transformasi ekonomi yang diamalkan oleh pentadbiran Najib. Ekonomi sepusat atau setompok di kalangan orang tertentu, telah dipecah-pecahkan oleh Najib, menjadikan banyak pihak yang berkepentingan besar pada sepanjang zaman Mahathir dan Abdullah Badawi, mula terasa bahangnya.
Mahathir bertambah marah apabila anak lelakinya, Mukhriz Mahathir gagal mendapat tempat dalam hierarki teratas UMNO. Akhirnya berlakulah sepertimana yang kita dapat tengok pada hari ini. Pada ketika beberapa pihak yang dilihat rapat dengan Mahathir termasuklah taukeh-taukeh besar seperti Vincent Tan cuba berbaik-baik dengan Najib supaya kepentingan mereka tidak terus terancam, Mahathir memilih untuk berbaik-baik dengan Lim Kit Siang dan DAP.
Dalam keadaan apa sekalipun, sudah tentu kesudian Mahathir bersama-sama barisan pembangkang yang memerlukan seorang tokoh berpengaruh terutama dari UMNO akan disambut dengan penuh gembira. Walaupun sebelum ini, mereka bermusuh tetapi demi tujuan bersama, permusuhan lama itu dilupakan sejenak.
Mahathir terpaksa dinaikkan kerana dia adalah bekas Perdana Menteri. Dalam Pakatan Harapan, dia adalah Pengerusi yang kuasanya pula berada di bawah Ketua Umum yang disandang oleh Anwar Ibrahim yang masih di penjara. Manakala teraju dan pembuat keputusan sebenar pula, tiada nama dalam hierarki Pakatan Harapan, sebaliknya bertindak sebagai dalang.
Justeru, apabila Dr. Mahathir menamakan dirinya sebagai TOP DOG (dominan) Pakatan Harapan, bukan dari UMNO atau Barisan Nasional yang mempersendakannya terlebih dahulu, sebaliknya dia diperlekehkan oleh Pakatan Harapan sendiri.
Lim Kit Siang mungkin tidak bersuara menerusi lidah dan bibirnya tetapi suara dan jengkel Lim Kit Siang disuarakan menerusi Pemangku Pengerusi DAP yang tidak ada apa-apa fungsi bahkan tidak ada sebarang kuasa pun di dalam DAP.
Tan Kok Wai seperti mengingatkan Mahathir dan para pengikutnya... jangan berlagak sebagai bos kerana ada bos lain di belakang Mahathir. Dengan kata lain, kata-kata Mahathir tidak ada sebarang nilai kecuali setelah dibenarkan oleh bos tersebut.
Bos yang dimaksudkan oleh Tan Kok Wai itu adalah DAP dan Lim Kit Siang!
Menurut Tan Kok Wai, kedudukan Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, tidak menjadikan dia sebagai pembuat keputusan atau sebarang keputusan Pakatan Harapan akan dirujuk kepadanya. Dr. Mahathir hanya dilantik sebagai Pengerusi hanya kerana umur tuanya dan pengalamannya mengendalikan orang Melayu yang digunakan untuk menyokong UMNO dan dirinya sendiri. (RUJUK SINI)
No comments:
Post a Comment