Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 19, 2017

PENYOKONG MAHATHIR PATUT MALU, PROJEK PENGANGKUTAN AWAM MAHATHIR KESEMUANYA LINGKUP DAN RANAP TAPI SYARIKAT KONSESI KAYA-RAYA!!!



Sebelum 2015, tidak banyak masalah yang ditimbulkan oleh pentadbiran Mahathir yang dibocorkan atau didedahkan kepada awam. Rata-rata beranggapan, walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Mahathir dan pentadbirannya sepanjang 22 tahun adalah untuk negara ini. Mahathir sendiri dianggap sebagai Bapa Pemodenan Malaysia dan sebarang salahlakunya yang dicungkil keluar terutama sekitar 1998-2003, tidak lebih daripada satu cubaan untuk mengotorkan namanya sahaja. 

Dengan kata lain, Mahathir telah diterima sebagai satu ikon yang suci murni dan tulus ikhlas untuk negara ini. 

Namun keadaan mulai berubah apabila Mahathir sendiri yang mencungkil keluar tahi najisnya sendiri dalam usahanya menggulingkan Najib setelah kepentingan kroni dan anak-anak lelakinya terjejas ekoran reformasi ekonomi dan kewangan negara yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak. 

Mahathir tidak bercakap apa-apa tentang MRT. Yang bercakap adalah golongan yang baru berbaik-baik dengannya dan mahu mempergunakannya selaku TOP DOG Pakatan Harapan yang TAUKEH BESARNYA adalah Lim Kit Siang. 

DAP yang selama ini banyak memperkatakan tentang penyelewengan dan salahguna kuasa Mahathir dalam projek pengangkutan awam, cuba 'memperbetulkan' segala dakwaan mereka. Bagaimanapun, apa yang mereka katakan bertahun-tahun tentang projek-projek yang diinisiatifkan oleh Mahathir bertujuan untuk merompak wang negara ini tidak dapat disembunyikan lagi.

Mahathir pernah dipuji melambung kerana mencetuskan fenomena baru iaitu mewujudkan empat projek pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, projek-projek pengangkutan awam tersebut diserahkan oleh Mahathir kepada syarikat-syarikat swasta dan kemudian bankrap.

Keempat-empat projek tersebut adalah KL Monorail, Putra LRT, Star LRT dan perkhidmatan bas Intrakota. Kesemua projek tersebut kemudiannya diserahkan kepada syarikat-syarikat swasta menerusi program konsesi yang berakhir dengan bankrap menyebabkan kerajaan terpaksa BAIL-OUT kesemua projek berkenaan. 

KL Monorail adalah projek penswastaan yang diluluskan dalam mesyuarat kabinet pada Jun 1989. Kosnya dianggarkan RM143 juta. Apabila siap dan dibuka kepada awam, kosnya meningkat menjadi RM1.18 bilion pada tahun 2003. 

Syarikat yang mengendalikan KL Monorail kemudiannya diisytiharkan bankrap dan telah di'bail-out' dan diambilalih oleh Prasarana Malaysia yang merupakan milik penuh Kerajaan Malaysia pada tahun 2007 dengan harga RM882 juta.

Putra LRT yang merupakan projek swasta, memulakan operasi pada tahun 1998 dan kemudian bankrap. Syarikat itu telah di'bail-out' dan diambilalih oleh Prasarana pada 2002 dengan kos bernilai RM4.5 bilion sehingga RM5.7 bilion. 

Star LRT pula memulakan operasi pada 1996 dan kemudian bankrap. Projek tersebut telah di'bail-out' dan diambilalih oleh Prasarana pada tahun 2002 dengan harga RM3.3 bilion. 

Manakala Intrakota pula memulakan operasinya pada 1998 dan tidak lama kemudian jatuh bankrap. Ia kemudian di'bail-out' dan diambilalih oleh Prasarana pada tahun 2003 dengan nilai RM177 juta. 

Di bawah pentadbiran Najib, semua projek kerajaan tidak lagi melibatkan konsesi dan perjanjian konsesi berat sebelah yang berakhir dengan rakyat yang terpaksa tanggung sepertimana yang diamalkan oleh pentadbiran Mahathir sepanjang 22 tahun pentadbirannya. 

Projek memanjangkan lagi laluan LRT1 dan LRT2 dan sekarang pelancaran MRT antara Sungai Buloh dan Kajang, kesemuanya adalah projek kerajaan yang tidak memerlukan sebarang perjanjian konsesi dan syarikat-syarikat konsesi, sekaligus menjamin tiadanya kos-kos terselindung yang akan ditanggung oleh rakyat seperti projek-projek Mahathir.

Lebih menarik lagi, di sebalik pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, pentadbiran Najib berjaya menyiapkan projek-projek tersebut lebih awal dan di bawah bajet, jauh lebih baik berbanding projek-projek zaman Mahathir yang terlebih bajet dan mempunyai pelbagai kos terselindung yang akhirnya dipindahkan beban kepada rakyat dan pengguna. 


1 comment:

Anonymous said...

Najib salah. Ini bukan cederahati. Cenderahati tu adalah seperti tiang-tiang monorel tak siap menghiasi ibukota zaman Tunku dulu. Hahaaha. Ini adalah ikon "ekonomi Malaysia merudum" paling dikenang. Terima kasih kerana menyiapkannya ikut jadual 51km dengan kos RM21b iaitu 2.2% dari GDP 2011, tahun ia mula dibina.

Jika diambil kos bina Star LRT (RM3.3 billion) dan PUTRA LRT (RM4.4 billion) yang berjumlah RM7.7b dan total 56km, ia menelan 4.1% dari GDP 1994 pada tahun ia mula dibina. Murah?

Bayangkan, 4.1% dari GDP 2011 ialah RM42.76 billion. Dengan kos projek MRT1 RM411 juta per km, RM42.76 billion mampu menghasilkan kira-kira 100 km laluan MRT. Bukan sekadar 50 km.

Bayangkan pula, nilai 1 USD tahun 1994 adalah bersamaan 1.65 USD hari ini. Dengan tukaran 1 USD bersamaan 2.5 MYR pada tahun 1994 dan 4.2 MYR hari ini, harga pembinaan STAR dan PUTRA sepanjang 56km berjumlah RM7.7 billion itu adalah setara RM21.3 billion hari ini. Itu belum termasuk pengambilalihan oleh Prasarana yang menelan berbilion bilion ringgit lagi.

Bayangkan lagi perjalanan Ampang - Sentul Timur sejauh 15 km di kenakan sebanyak RM2.40 ketika ia mula beroperasi pada tahun 1996. Nilai ringgit tersebut bersamaan RM6.60 hari ini. Tetapi MRT memberi tambang mula RM6.40 bagi 50 km. Dimaba nilai RM6.40 hari ini adalah bersamaan RM2.30 pada tahun 1994.

Bayangkan lagi dan lagi. MRT Bangkok sejauh 20 km dibina pada tahun 1996 dengan kos RM7.75 juta, atau RM387 juta per kilometer. Tambang dari Silom ke Kampeng Chet di Jatujak sejauh 15 km hari ini ialah 42 baht atau RM5.40. MRT1 dengan kos RM411 juta per kilometer mengenakan tambang RM6.40 bagi 50 km.

Jika STAR dan PUTRA yang mahal dan kejam itu dibangga-bangga. Mengapa tidak untuk MRT1 yang jauh lebih wajar menjadi kebanggaan.

 
Blogger Templates