Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 15, 2017

DR. KAMARUL ZAMAN YUSOF BERTANYAKAN TAHAP KENYANYUKAN LIM KIT SIANG!!!



Semalam, Isnin, 14 Ogos 2017, saya menyebut betapa kenyataan Tony Pua yang menghina PAS, kerana kononnya mahu menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan di negeri di mana ia lemah dan berisiko untuk dihapuskan seperti di Selangor (juga di Kedah dan Kelantan) tetapi mahu menjadi pengacau dan membiarkan BN menang di negeri-negeri lain, semata-mata dengan berpandukan kepada kandungan satu laporan oleh sebuah portal berita yang diketahui sangat tidak menyenangi PAS, iaitu The Malaysian Insight, oleh seorang penulis yang tidak berani mendedahkan identiti dirinya dan yang menulis berdasarkan sumber yang tidak berani mendedahkan identiti dirinya, selain sumber yang diketahui sangat tidak menyenangi PAS, iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan penganalisis Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, adalah lambang kebodohan pemimpin DAP.

Kenyataan Lim Kit Siang di Pulau Pinang hari ini, Selasa, 15 Ogos 2017, kononnya Pakatan Harapan, walaupun tanpa bantuan PAS, akan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan memperolehi 113 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, selain akan turut mengalahkan Barisan Nasional di Pulau Pinang (37-3), Selangor (50-6), Perak (39-20), Johor (36-20) dan Negeri Sembilan (19-17) dengan PAS didakwa akan gagal mendapat walau satu kerusi pun di semua lima negeri ini, jika 10% pengundi Melayu dan 5% pengundi bukan Melayu menukar sokongan dari Barisan Nasional ke Pakatan Harapan, menyerlahkan lagi kebodohan pemimpin DAP ini.

Siapalah agaknya yang Lim Kit Siang mampu perbodohkan dengan permainan angka sebegini, tanpa ada penjelasan mengapa dan bagaimana pertukaran sokongan di kalangan 10% pengundi Melayu dan 5% pengundi bukan Melayu boleh berlaku?

Saya sekadar mahu mengingatkan Lim Kit Siang betapa, sewaktu berceramah dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar di Sekinchan pada hari Ahad, 5 Jun 2016, beliau dengan beraninya menyatakan keyakinan beliau:

“Jika Pakatan Harapan tidak boleh memenangi Sungai Besar dalam Pilihan Raya Kecil pada 18 Jun, peluang untuk berlaku satu perubahan kerajaan di Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak nampak bagus”. Dalam bahasa mudah, kata Lim Kit Siang waktu itu, jika Pakatan Harapan kalah dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar maka Pakatan Harapan akan turut kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Sekarang, bila terbukti Pakatan Harapan kalah dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, maka, mengikut logik yang Lim Kit Siang gunakan, Pakatan Harapan akan turut kalahlah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Mengapa pula tiba-tiba boleh berubah kata Pakatan Harapan akan menang?

RUJUK SINI:
https://blog.limkitsiang.com/2016/06/06/sungai-besar-is-the-third-most-marginal-and-unsafe-umno-seat-won-in-the-13ge-and-a-miraculous-amanah-victory-in-the-sungai-besar-by-election-will-send-out-four-messages-affecting-the-political-future/

https://blog.limkitsiang.com/2017/08/15/10-and-5-formula-sufficient-for-pakatan-harapan-to-win-perak-negeri-sembilan-and-johor-and-retain-penang-and-selangor/#more-37512

Dr Kamarul Zaman Yusoff
15 Ogos 2017


1 comment:

Anonymous said...

Org tua dah nyanyuk agaknya. Perasan ph kuat walhal p pinang belum tentu boleh dipertahankan.

 
Blogger Templates