Dengar sembang dan puji diri Azmin Ali, kira-kiranya Selangor di bawah pentadbirannya adalah yang paling hebat, paling terserlah dan paling menonjol. Pendek kata, Selangor sebelum dia menjadi Menteri Besar, hanyalah sebuah negeri yang dipenuhi beruk kera, paya lembah dan hutan banat. Hanya selepas dia menjadi Menteri Besar, barulah Selangor menjadi sebuah negeri seperti yang kita dapat saksikan sekarang.
Lebih 'mengharukan' lagi ialah bilamana Azmin dengan penuh bangga dan tanpa sebarang rasa malu, mendabik dada, kononnya pentadbirannya sangat bersih dan tidak rasuah. Kayanya Selangor kerana pentadbirannya adalah jujur, telus dan baik hati.
Dengarkan sendiri dari klip video di atas bagaimana dia memberitahu tentang insentif-insentif yang diwujudkannya di Selangor, walaupun hampir kesemua rakyat Selangor langsung tidak memperolehi insentif-insentif tersebut kecuali AIR PERCUMA yang sekejap ada, berhari-hari kepala paipnya keluar angin. Kesemua insentif-insentif dan inisiatif berkenaan hanya wujud di atas kertas-kertas propaganda yang disebarkan menerusi masjid-masjid terutama pada hari Jumaat.
Hari ini, Azmin Ali terpukul apabila siri pendedahan membabitkan UNISEL-Jana Niaga Sdn. Bhd yang merupakan satu daripada sekian banyak penyelewengan di Selangor, mula diambil perhatian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Empat serbuan yang hanya berselang sejam dilakukan oleh SPRM. Jam 9:50 pagi tadi, enam orang pegawai dan anggota SPRM yang beruniform tiba di kampus UNISEL dengan dua kenderaan berasingan untuk membuat serbuan. Turut diserbu adalah pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam dan Jana Niaga Sdn. Bhd.
Tiga orang pegawai SPRM pula tiba di pejabat MBI di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam untuk serbuan. Manakala empat orang pegawai SPRM tiba di pejabat Jana Niaga di Jalan 4/76C pada jam 10:25 pagi dengan kenderaan cermin gelap untuk melakukan serbuan.
SPRM bertindak atas laporan ke atas Azmin Ali dan MBI berhubung skandal kewangan UNISEL dan kontraktornya, Jana Niaga. Jana Niaga didakwa menerima pampasan dan kontrak baru dari UNISEL sekalipun gagal dalam melaksanakan kontrak sebelumnya.
Jam 10:50 pagi, 5 orang anggota dan pegawai SPRM dari Putrajaya yang berpakaian seragam tiba dengan dua kenderaan rasmi di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri di Bangunan SUK sebelum naik ke tingkat 14.
Oleh kerana Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman kini di Makkah kerana mengerjakan Haji, SPRM mengambil butiran daripada pegawai MBI yang lain.
MBI pada 25 Julai mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwanya terbabit dalam rasuah berhubung pembayaran kepada Jana Niaga. MBI sebelum itu menafikan membuat bayaran sebanyak RM60 juta kepada Jana Niaga dan mahkamah tidak pernah memutuskan syarikat itu mahupun UNISEL melakukan kesalahan.
Dakwaan kononnya MBI membuat pembayaran kepada Jana Niaga walaupun kontraktor tersebut melanggar perjanjian dan gagal dalam tuntutan tunggakan bayaran adalah tidak benar. Bagaimanapun, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor mempersoalkan MBI bila proses timbang tara dengan Jana Niaga akan dilakukan.
Rizal turut meminta MBI menyatakan siapakah yang terlibat dalam timbang tara itu sambil berkata, UNISEL tidak bersetuju dengan terma yang dicadangkan oleh MBI dan bayaran pendahuluan RM10 juta kepada Jana Niaga berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh beberapa buah blog.
1 comment:
1, Bendera terbalik
2. Mudahnya jumpa wakil rakyat sambil membeli nombor ekor...
Post a Comment