Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 5, 2017

BIMBANG PAS DAN UMNO-BN KALAH PRU-14, TERNYATA LIM GUAN ENG TIDAK SAYANGKAN PAN DAN PAKATAN HARAPAN!!!



Belum pun lama lagi, bapanya, Lim Kit Siang mengisytiharkan Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan menang PRU-14 di Kelantan. Husam Musa pun dah kembang-kembang dada sebab dibayangkan sebagai Menteri Besar Kelantan, bahkan dia tidak menolak pun 'pencalonan' tersebut memandangkan kerusi Menteri Besar Kelantan sudah terlalu lama diidam-idamkannya. 

Husam Musa sudah terlalu hampir untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Walau bagaimanapun, perubahan sikap Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan Menteri Besar pada waktu itu selain kepulangan Nik Abduh ke sisi bapanya, telah menyekat peluang Husam Musa. Dari Exco Kanan, Husam Musa sekadar menjadi ADUN Salor selepas gagal dalam cubaannya untuk memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU-13 lalu. Tempatnya di Kelantan pula telah diserahkan kepada Ahmad Yaakob yang sehingga kini adalah Menteri Besar Kelantan selepas Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

PAN Kelantan sudah acapkali mendabik dada, mereka mempunyai peluang yang sangat besar untuk menawan Kelantan dari tangan PAS. 

Bagaimanapun, kenyataan terbaharu oleh anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng kononnya PAS berhadapan dengan risiko kehilangan Kelantan pada PRU-14 nanti ekoran keengganan parti itu kembali menyertai pakatan pembangkang, membayangkan hangusnya harapan PAN dan Husam Musa. 

Ternyata, Lim Guan Eng mahu PAS terus menguasai Kelantan. Ternyata juga Lim Guan Eng tidak mempercayai kebolehan dan kredibiliti Husam Musa. PAN bagi Lim Guan Eng hanyalah parti picisan yang tidak ada kuku, tidak ada gigi kecuali nafsu dan cakap besar. 

Bagaimanapun, menurut Lim Guan Eng, PAS hanya boleh menguasai Kelantan hanya di bawah kuasa DAP semata-mata. PAS perlu masuk dan menyertai Pakatan Harapan untuk terus menguasai Kelantan.

Katanya, PAS mempunyai sokongan daripada penyokong tegar tetapi mereka akan berhadapan dengan risiko kekalahan di semua tempat yang ditandingi parti itu pada PRU akan datang, bahkan akan berisiko kehilangan Kelantan. (RUJUK SINI)

Tidak sampai beberapa jam selepas Liew Chin Tong, Pengarah Pendidikan Politik DAP mengeluarkan kenyataan, BN dan PAS akan kalah dalam pertandingan tiga penjuru, giliran Lim Guan Eng pula mengingatkan PAS yang parti tersebut akan kehilangan Kelantan seandainya tidak bernaung di bawah DAP dalam Pakatan Harapan.

Sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP itu amat menakjubkan. Terlalu menakjubkan kerana mereka sangat menyayangi PAS dan UMNO-BN. DAP telralu bimbang PAS dan UMNO-BN akan kalah dalam PRU-14 nanti.

Sedangkan pada setiap masa, DAP berusaha dengan segala cara untuk mengalahkan, bahkan menghapuskan UMNO dan PAS, kini DAP berusaha pula agar PAS dan UMNO-BN terus hidup.

Pelik betul perangai pemimpin-pemimpin DAP ni!


1 comment:

Anonymous said...

Pan tak ada harapan. Ph sndiri dah goyang.

 
Blogger Templates