Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, September 6, 2017

KEMELUT PELARIAN ROHINGYA: ANTARA KEBODOHAN ABADI MUKHRIZ MAHATHIR DENGAN BANTUAN KEMANUSIAAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Antara cadangan PALING BODOH dan PALING HODOH yang mampu diberikan oleh bekas Menteri Besar Kedah merangkap Timbalan Presiden Parti Cap Bunga, Mukhriz Mahathir adalah penghantaran kapal-kapal perang TLDM ke perairan Myanmar atas alasan membela nasib masyarakat Rohingya yang sedang ditindas dan dizalimi oleh junta tentera Myanmar. Dengan kata-kata lain, Mukhriz mencadangkan agar negara ini memulakan kempen peperangan ke atas Myanmar, sebuah negara yang bukan sahaja disokong oleh China, tetapi yang lebih penting oleh Israel. Dan apabila sudah disokong oleh Israel, bererti di belakang pembersihan etnik oleh junta tentera Myanmar di Wilayah Rakhine adalah Amerika Syarikat!

Malaysia tidak pernah mempunyai dasar campurtangan di negara asing. Bantuan ketenteraan yang diberikan pun, kebanyakannya di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai pasukan tentera pengaman, bukannya sebagai pasukan tentera penyerang. 

Menghantar armada perang ke wilayah Myanmar bermakna, Malaysia sudah bersedia untuk berperang. Bagi orang seperti Mukhriz dan keluarganya, mereka boleh terbang ke mana-mana negara yang aman untuk hidup selesa bersama-sama harta mahsul negara yang telah mereka rembat sepanjang 22 tahun pentadbiran bapanya dengan sebebas-bebasnya. Manakala rakyat biasa, termasuklah yang kuat menyokong Keluarga Dr. Mahathir, akan berhadapan dengan pelbagai musibah lain termasuklah sekatan ekonomi oleh dunia.

Kalau sekarang pun, minyak naik lima sen sudah cukup untuk membuatkan rakyat Malaysia secara beramai-ramai meratib dan berzikirkan susah walaupun sehari mereka makan sudah menyamai tiga bulan catuan makanan orang Rohingya di Wilayah Rakhine, bagaimana agaknya kalau Malaysia betul-betul susah akibat sekatan ekonomi oleh negara-negara ekonomi dunia?

Bodoh ke pandai anak Mahathir ni?



8 Ogos 1978, negara dibanjiri kedatangan pelarian-pelarian Vietnam dan Kemboja. Pulau Bidong yang terletak 45 kilometer di luar pantai Terengganu, menjadi persinggahan mereka. Pulau tersebut kemudiannya dijadikan sebagai tapak peralihan pelarian perang oleh Kerajaan Malaysia dan UNHCR menerusi penempatan 121 keluarga Vietnam yang pertama.

Januari 1979, Pulau Bidong didatangi semakin ramai dan dikatakan mencecah 19,000 orang pencari suaka politik atau negara ketiga dengan majoriti mereka datangnya dari Vietnam.

1991, Pulau Bidong telah ditutup. Baki pelarian Vietnam yang masih tidak dapat berpindah ke negara ketiga ekoran keengganan negara-negara terbabit menerima mereka kemudiannya dipindahkan ke Kem Pelarian Vietnam Sungai Besi.

1995, Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar pulang baki pelarian Vietnam yang tidak diterima oleh negara-negara ketiga itu ke negara asal mereka dengan persetujuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pelarian-pelarian tersebut yang kebanyakan mereka merupakan pelarian ekonomi, tidak bersetuju dan menentang.


Pada 5 Jun 1995, selepas 20 tahun diberikan layanan baik oleh Kerajaan Malaysia, pelarian-pelarian tersebut merusuh di dalam kem pelarian menggunakan senjata-senjata tajam dan merbahaya. Tindakan ganas kumpulan perusuh pada pagi 5 Jun itu menyebabkan tiga blok kediaman di Kem Transit Sementara Sungai Besi yang menempatkan lebih 4,500 orang pelarian Vietnam musnah sama sekali.

Rusuhan tersebut mengorbankan seorang pelarian dan mencederakan lebih 10 orang anggota yang terlibat dalam operasi mengawal keselamatan iaitu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), bomba dan polis hutan (PH).

Selain drama rusuhan yang berlangsung selama lebih 16 jam, kebakaran besar itu turut menggemparkan warga kota, khususnya mereka yang tinggal sekitar Sungai Besi dan Bukit Jalil. Kepulan asap yang menjulang tinggi dikatakan dapat disaksikan dari jarak puluhan kilometer.

Dalam operasi mengawal rusuhan itu, seramai 1,200 orang anggota pasukan keselamatan terdiri daripada polis, FRU, PPH, bomba, unit pengesan bom dan unit anjing pengesan telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Serbuan awal polis ketika itu berjaya menemui pelbagai senjata tajam seperti lembing, parang, senapah panah dan pedang yang telah dihasilkan dan disiapkan oleh kumpulan perusuh.

15 Jun 1996, Kem Pelarian Sungai Besi ditutup oleh Kerajaan Malaysia selepas semua pelarian dihantar pulang ke negara asal.

Itu cerita di mana Malaysia terbabit secara langsung dalam krisis pelarian di IndoChina. Walaupun Malaysia tidak pernah menandatangani sebarang konvensyen atau piagam membabitkan pelarian, namun Malaysia tetap menghulurkan bantuan kemanusiaan, bahkan memberikan tapak dan tempat di negara ini bagi pelarian, walaupun akhirnya budi baik yang ditabur oleh Malaysia, dibalas secara keji dengan para pelarian bersikap biadap dan kurang ajar.

Kini tiada lagi kem-kem pelarian, namun pelarian dari Myanmar atau lebih tepat lagi dari Wilayah Rakhine berterabur di Malaysia, khususnya di beberapa tempat termasuklah di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur.


Gelombang kedatangan pelarian dari Wilayah Rakhine ke Malaysia bermula dari penghujung 1990-an. Mereka ini datang dalam kumpulan kecil dan lebih banyak berada di kalangan pendatang-pendatang haram dari Bangladesh yang mencari peluang-peluang ekonomi baru di Malaysia. Walau bagaimanapun, budaya hidup mereka gagal melonjakkan mereka seperti kaum pendatang yang lain, sebaliknya orang Rohingya kekal dengan cara dan status hidup mereka walaupun sudah bertahun-tahun tinggal di negara ini sama ada secara haram atau 'halal'.

Dua tahun lalu, sekali lagi wilayah mereka di Myanmar bergolak. Serangan dan pembunuhan atau lebih tepat lagi penghapusan kaum secara sistematik dilakukan oleh tentera-tentera dan pemerintahan junta Myanmar. Walau sekuat mana pun rungutan dan tidak puas hati ditunjukkan, pemerintah Myanmar mengambil sikap memekakkan telinga dan meneruskan tradisi membunuh sesiapa sahaja yang dilihat seperti Rohingya yang mereka gelarkan sebagai Benggali.


Dari semasa ke semasa, berita tentang kekejaman dan penghapusan kaum oleh tentera-tentera Myanmar terus disebarkan oleh media-media dunia termasuklah media-media sosial. Malangnya sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindak balas dari dunia, khususnya Dunia Islam bagi menangani kekejaman tersebut. Kalau ada pun, sekadar ugutan dan cakap-cakap retorik yang tidak ada kesudahannya.

Malaysia terus menanggung beban daripada krisis di Wilayah Rakhine sama ada secara langsung atau tidak langsung. Negara-negara yang berjiran dengan Myanmar, khususnya Thailand dan Bangladesh enggan menerima kaum Rohingya sepertimana yang dilakukan oleh Malaysia. Kalau diterima pun, mereka sekadar diletakkan di kem-kem pelarian yang dikawal rapi tanpa kebebasan besar seperti yang dinikmati di Malaysia.

Hanya kerana KEMANUSIAAN dan kebetulan pula hampir 100% orang Rohingya beragama Islam, maka Malaysia memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat tersebut.


Kini, tentera-tentera junta Myanmar meneruskan pembersihan etnik di Wilayah Rakhine. Beberapa orang pemimpin dunia terutama dari negara-negara bermajoriti Islam, sudah mula melaung-laungkan slogan retorik tanpa sebarang usaha untuk membantu mangsa-mangsa.

Malaysia nampaknya bakal dijadikan 'korban' sekali lagi seperti dua tahun lepas dengan penempatan yang konon-kononnya sementara kaum Rohingya di negara ini. Bangladesh pula dilaporkan sudah menyediakan sebuah pulau yang dinamakan sebagai Thengar Char yang terletak lebih kurang 2 jam daripada penempatan terhampir untuk menempatkan hampir 125,000 orang pelarian Rohingya. Manakala Indonesia pula sekadar melalak dari negara mereka tetapi amat kurang menerima kedatangan pelarian, mungkin atas faktor laluan laut. India yang bersempadan menerusi negeri Assam pula, tidak memberikan sebarang kelulusan kepada pelarian Rakhine menyeberangi wilayah mereka.

Sudah ada gerakan kemanusiaan yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia membabitkan sebuah NGO yang amat rapat dengan Perdana Menteri. Difahamkan, bantuan berupa makanan akan dihantar ke Wilayah Rakhine menggunakan kargo.

Namun yang pastinya, bantuan menerusi kargo tersebut tentu akan berhadapan dengan rintangan paling besar iaitu pihak berkuasa Myanmar sendiri. Wilayah Rakhine masih belum boleh dimasuki oleh sesiapa pun. Manakala Bangladesh pula banyak berdolak dalih sepertimana yang berlaku dalam kes flotila tidak lama dahulu yang akhirnya dibahagi-bahagikan sesama mereka, manakala pelarian Rohingya tetap kelaparan.

Pastinya kali ini, usaha-usaha penyaluran bantuan tidak akan dibuat secara hentam keromo atau seperti 'ambil nama' sepertimana yang berlaku dalam kes-kes yang lepas. Apatah lagi seandainya ia turut melibatkan Perdana Menteri sendiri.


Walau apa pun bantuan yang diberikan oleh Malaysia kepada Rohingya, walau atas alasan apa sekalipun bantuan diberikan, yang perlu bagi masyarakat Rohingya adalah mempertahankan diri mereka sendiri di bumi dan tanahair mereka, bukannya melarikan diri ke negara lain kemudian bersikap biadap dan kurang ajar seperti yang sering kita tengok di Malaysia. Mengumpulkan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti yang berlaku di Selayang, hanya akan mendatangkan masalah yang lebih besar kepada masyarakat setempat, berbanding menempatkan mereka di kem-kem pelarian sementara yang terkawal rapi serta mendidik mereka cara dan tatahidup di negara ini yang sama sekali berbeza daripada pengalaman mereka.

Namun yang lebih penting, sebarang bantuan kepada pelarian, juga seharusnya disusuli dengan proses menangani dan mencegah kartel-kartel pemerdagangan manusia yang banyak melibatkan kaum Rohingya dan Bangladesh ke negara ini. Ini kerana berdasarkan kepada beberapa kes, penglibatang kartel-kartel pemerdagangan manusia itu, nampaknya lebih ketara berbanding bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang dizalimi di tanahair sendiri itu.



4 comments:

Anonymous said...

So panjang jela..apa solution kau sebenarnya?

Anonymous said...

Ringkas cerita madey lah yg telah jadikan Malaysia negara polis, pasuka polis diperbesarkan untuk jaga dia, pasukan tentera di kecilkan, kalau dulu dizaman tunku dan tun Razak ada juga cerita kita bantu polo dan moro, tapidizaman madey hampas, malah minyak patani diterokai bersama penjajah siam.
Sebetulnya tak ada negara dihormati kalau tenteranya tak kuat, ni memang sifat manusia, Palestin dapat kat Israel sebab cuma ada polis tak ada tentera jadi penganas Yahudi berleluasa tak terkawal,
Saddam dikalahkan sbb tenteranya dah tak kuat (ni bukan sokong tak sokong saddam, tapi hakikat).
Syria masih teguh walaupun dah hancur pasal tenteranya masih kuat (dgn dibantu hizbullah, iran & russia), kalau tak bejadah isis mosad bedawi saud usa and gang dah tawan syria mcm iraq & libya.
Malaysia ni kalau nak maju dan menjaga kemajuan dan kemakmuran, mertabatkanlah angkatan tentera sepertimana kedudukan mereka dlm hiraki & perlembagaan negara.
Ni bukan anti polis, tapi letaklah polis ditempatnya, dan tentera ditempatnya.
Baru gah negara. Suara pun mudah didengar negara lain.

Anonymous said...

Peduli sangatkah boboi dengan kaum rohingya tu? Dgn kaum sendiri pun tak peduli apa lagi kaum yang lain.

Unknown said...

Dh lama org tahu..mukhriz mmng banggang!! Mcm budak2 .. Hanya suka main tembak2..

 
Blogger Templates