Menurut Latheefa, dia cuba mengelak daripada bercakap bagi mengurangkan pandangan negatif masyarakat terhadap PKR. Bagaimanapun, keadaan yang sama tidak dilakukan oleh Rafizi Ramli.
Menggelarkan Rafizi Ramli i pengamal strategi Ponorogo, Latheefa menyelar tindakan Rafizi Ramli yang berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan media, sekaligus melanggar disiplin parti dan merosakkan imej PKR secara menyeluruh. Latheefa turut kagum bilamana Rafizi mendapat tempat dalam slot utama Buletin Utama TV3 sepanjang minggu lepas. Menurutnya lagi, tiada mana-mana parti politik yang dapat bertolak ansur dengan elemen-elemen pengkhianatan seperti itu.
Justeru, dia mengambil keputusan untuk mendedahkan kebenaran tentang Rafizi Ramli. Kebenaran yang hampir kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu.
Latheefa memulakan pendedahan dengan LANGKAH KAJANG.
Menurutnya lagi, arkitek Langkah Kajang itu sedang cuba menyalahkan orang lain terutama sekali Ambiga yang sebenarnya menentang langkah tersebut.
"Dia tidak boleh memperbodoh-bodohkan saya... saya berada di situ sepanjang episod berlangsung."
Menurut Latheefa lagi, Langkah Kajang berlaku kerana Rafizi mahu memastikan Azmin Ali yang ketika itu seorang ADUN tidak boleh menjadi Menteri Besar Selangor. Katanya, kalaulah Langkah Kajang dapat dielakkan, sudah tentu Anwar Ibrahim masih bebas dan bersama-sama PKR.
Sebaliknya, Rafizi dan orang-orangnya telah merancang langkah tersebut secara senyap-senyap. Rafizi juga langsung tidak membawa perkara tersebut untuk dibincangkan dengan Biro Politik PKR. Rafizi meyakinkan Anwar kononnya kedua-dua parti iaitu DAP dan PAS telah bersetuju untuk sama-sama melaksanakan Langkah Kajang.
Walhal PAS langsung tidak bersetuju!
Rakan kolobarasi Rafizi kemudiannya ke Kelantan dan mendakwa telah berjumpa serta mendapat restu daripada Nik Aziz. Hakikatnya, Nik Aziz telah meminta fakta dan hujah mengapa Khalid Ibrahim harus digulingkan. Sebaliknya, Rafizi dan orang-orangnya telah membuat ceramah jalanan untuk memperkuatkan tuntutannya agar Langkah Kajang dilaksanakan dan Khalid Ibrahim digulingkan. Akibatnya, rakan kolobarasi Rafizi telah disaman dan terpaksa meminta maaf di mahkamah.
Namun kata Latheefa lagi, satu perkara yang amat pasti ialah, Presiden PAS tidak pernah setuju dengan Langkah Kajang dan rancangan menggulingkan Khalid Ibrahim. Apa yang dilakukan oleh Rafizi seterusnya ialah, dengan pantas dia mendedahkan kononnya sewaktu PRU-13, Abdul Hadi Awang tidak pernah mahukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, sebaliknya menyokong Ku Li untuk jawatan tersebut.
Itulah yang membangkitkan kemarahan Abdul Hadi Awang. Dan dari situlah bermulanya hubungan buruk antara PAS dengan Rafizi.
Satu forum telah diadakan di UBU membabitkan puak Pro-Langkah Kajang dan puak anti-Langkah Kajang, termasuklah dari PSM. Sekalipun tidak dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin PKR yang lain, atas nama semangat kepartian, mereka turut sama bersolidariti untuknya.
Latheefa Koya mendedahkan, Rafizi gagal meyakinkan penonton dan mula menangis. Selepas forum, mereka bersesi teh tarik di Devi's Corner di Bangsar. Di situlah, dia bertanyakan Rafizi, bagaimana sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah memandangkan pada ketika itu, rayuan pendakwaraya terhadap kes Anwar masih lagi ditetapkan untuk pengurusan kes.
Jawapan yang diberikan oleh Rafizi jelas menunjukkan dia tidak acuh dan tidak peduli.
"OOPS! Didn't think of that!"
Pada ketika itu, Ambiga secara terbuka telah mengkritik Langkah Kajang dan menasihati agar ia dibatalkan. Rafizi kemudiannya berpura-pura meminta maaf secara terbuka dan mendakwa dia akan menerangkan kepada orang ramai.
"Sekarang, nada itu telah berubah. Seperti seorang yang licik, dia mendakwa Ambiga turut memberikannya beberapa dokumen untuk menunjukkan kononnya Ambiga juga mengambil bahagian dalam penyingkiran Khalid Ibrahim, sedangkan dia tahu, Ambiga tidak pernah terlibat dalam Langkah Kajang atau sebarang perancangan mahupun agenda parti."
1 comment:
Dah terbongkar...satu demi satu
Post a Comment