Pendedahan demi pendedahan tentang David Orok dan gerombolannya yang merupakan sebahagian daripada 'pasukan' UBF pimpinan Jeffrey Kitingan yang pada masa itu beranggapan politik kebencian seperti itu boleh memberikan kemenangan besar kepada STAR dan UBF pimpinannya, termasuklah pendedahan tentang ahli keluarga David Orok, rumah, bahkan kenderaan yang digunakannya, membuatkan David Orok ketakutan. Penyokong-penyokongnya seperti Doris Jones dan Desmond Yongkor yang kuat menyokong pemisahan Sabah dari Malaysia, cuba mempertahankan tindakan David Orok.
Akhirnya David Orok memohon maaf secara terbuka.
46 laporan polis telah dibuat terhadap David Orok. Pihak berkuasa bertindak mengheret David Orok ke muka pengadilan kerana menghina Islam. Pada mulanya dia tidak mengaku bersalah tetapi kemarahan orang ramai termasuklah rakyat Sabah terhadapnya yang sangat memuncak, akhirnya membuatkan David Orok mengaku bersalah dan memohon maaf.
15 September 2015, David Orok dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana menghina Islam. Peguamnya meminta agar hukuman diringankan kononnya David Orok telah insaf dan tidak akan mengulangi lagi kesalahannya. (RUJUK SINI) dan (SINI)
Lama beritanya tidak kedengaran. Malah masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam seperti sudah melupakan perbuatan bedebah David Orok.
4 hari lepas, berita tentang David Orok muncul kembali. Apa yang berlaku kepadanya pada tahun 2014 sehingga 2015 sedikit pun tidak menjerankannya. Cuma kali ini dia menukar taktik. Dia bersandarkan kepada Siti Kassim, pejuang LGBT yang akan menghalalkan apa-apa sahaja, termasuklah melihat agama Islam sebagai batu penghalang dalam usaha memperjuangkan LGBT dan gaya hidup tidak beragama.
Siti Kassim dalam satu kenyataan, mempertikaikan tentang ibadah korban yang menurutnya tidak terdapat di dalam al Quran. Polemik seperti itu sudah pasti amat mudah menjadi sensasi dan mendapat perhatian ramai. (RUJUK SINI)
Kedar merupakan salah seorang anak Nabi Ismail a.s dan dari Kedar, Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan. Dalam Bible (Isaiah 42:11) menyatakan dengan jelas kaitan berkenaan. (RUJUK DI SINI)
Menjelang PRU-14, isu-isu sensitif seperti ini akan terus digunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan. Pada masa yang sama, menimbulkan ketegangan dan permusuhan antara kaum serta agama. Justeru, pihak berkuasa dan orang ramai seharusnya lebih tuntas bertindak untuk menangani gejala negatif seperti ini bagi mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku di negara ini.
3 comments:
Jemu, muak dgr siti kassim ni. Bila lagi penguatkuasa nak bertindak tegas pd makhluk sekor ni
Pihak berkuasa wajib mengambil tindakan tegas terhadap penghina agama Islam.
si kasim ni patut sangat2 diletakkan dlm satu sel dgn nuar supaya dia orang boleh berbincang perkara kepentingan bersama mereka.
Post a Comment