Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 19, 2017

RUPA-RUPANYA JENAKA KEMASUKAN SEMULA MAT TAIB KE UMNO, HAMPIR MELETUPKAN JANTUNG PARA PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN!!!



Jenaka Hujung Minggu yang melibatkan UMNO di PWTC, bangunan milik UMNO, oleh Presiden UMNO yang diatur oleh orang UMNO, rupa-rupanya masih lagi diperkatakan dan masih lagi menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan pesaing-pesaing UMNO.

Mungkin keterujaan menantikan PRU-14 membuatkan ramai yang melihat pengumuman tentang perlunya MKT UMNO berhimpun di PWTC pada hari tersebut menerusi sidang media khas, beranggapan ia adalah sesuatu yang sangat penting berkenaan dengan PRU-14.

Tidak sedikit orang yang meramalkan, sidang media khas tersebut adalah bertujuan untuk menyatakan pembubaran Parlimen walaupun beberapa pihak menyanggah, pengumuman tentang pembubaran Parlimen tidak akan dibuat di pejabat parti pemerintah, bahkan perlu melibatkan KDYMM Yang Di-Pertuan Agong. Namun golongan yang tidak berpijak di bumi nyata, lebih percayakan kepada andaian mereka sendiri.

Begitu juga dengan golongan yang begitu bencikan Najib Abdul Razak, menjangkakan sidang media khas tersebut adalah bertujuan untuk pengumuman perletakan jawatan Najib Abdul Razak selaku Presiden dan Perdana Menteri Malaysia. Sepanjang pagi Ahad itu, WhatsApp begitu sibuk dengan teori-teori tersebut. Ada yang sudah bertepuk tangan kononnya 1MDB telah makan tuan. Najib terpaksa letak jawatan sepulangnya dari Amerika Syarikat kerana disuruh oleh Donald Trump bagi mengelakkan tindakan oleh DOJ dan Amerika Syarikat.

Manakala segelintir puak di dalam UMNO pula beranggapan, sidang media khas tersebut adalah berkenaan perubahan struktur kepimpinan dengan beberapa nama dikatakan akan digugurkan dan digantikan dengan muka baru.

Pendek kata, pelbagai teori terus kedengaran di samping seluruh negara, tanpa mengira mereka UMNO apatah lagi DAP, PKR dan PPBM tercongok serta tercapang telinga untuk tahu apa sebenarnya yang hendak ditampilkan dalam pengumuman sidang media khas yang diadakan pada jam 4:30 petang di PWTC.



Antara yang paling resah adalah Azmin Ali. Setelah berbulan-bulan Azmin Ali gelabah, pengumuman pada 4:30 petang Ahad, mungkin boleh menyebabkan sangkar jantungnya pecah. Dia merupakan antara mereka yang berdebar-debar menunggu pengumuman tersebut sehinggakan tidak mampu berbuat apa-apa.

Memang anti-klimaks apabila pengumuman tersebut sekadar untuk memberitahu bekas Menteri Besar Selangor, Mohamamad Mat Taib kembali semula ke pangkuan UMNO. Orang UMNO ramai yang kecewa dan marah-marah tetapi yang sudah tentu tersangat lega adalah Azmin Ali. Selepas pengumuman tersebut, Azmin Ali cuba menghilangkan debar dan ketakutannya dengan menampilkan gambar dia sedang berjoging bersama-sama anak lelakinya.




Ia tidak berakhir setakat itu sahaja. Pakatan Harapan, khususnya DAP dan PKR mula membalas dendam. Cerita baru terpaksa direka untuk menutup gementar dan gelabahnya mereka menggunakan portal berita pro-DAP kononnya selain Mat Taib, ada lapan orang ADUN PKR bersama-sama ADUN PAS dan Khalid Ibrahim yang sepatutnya melompat ke UMNO, sekaligus menggulingkan Kerajaan Azmin Ali. Cerita tersebut dimulakan oleh Hishamuddin Rais menerusi Twitter sebelum disambut oleh Ketua Pemuda PAN dan pengendali Malaysia Insight, Jahabar Sadiq.


Yang teruk diserang adalah Khalid Ibrahim dan PAS. Khalid Ibrahim dimaki hamun dan dicarut-carutkan. PAS pula menjadi sasaran serangan DAP bahkan Tony Pua yang mentertawakan pengumuman kemasukan semula Mat Taib ke UMNO, kemudiannya tidak menolak kemungkinan PAS akan bekerjasama dengan UMNO namun pada masa yang sama berkata amat mustahil dalam keadaan sekarang, terdapat mana-mana ADUN Pakatan yang akan melompat.



Di akar umbi, pengumuman kemasukan semula Mat Taib ke UMNO, disambut hambar. Dengan beberapa bulan sahaja lagi PRU-14 akan dilangsungkan, ramai yang menolak kemasukan semula itu adalah salah satu langkah untuk menggulingkan Azmin Ali dan Kerajaan DAP-PKR di Selangor. Terlalu membuang masa, kata mereka.

Namun rata-rata percaya, itu adalah salah satu langkah UMNO dan Najib Abdul Razak untuk menganjing-anjingkan Pakatan sekaligus membuktikan betapa rapuh dan gelabahnya Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk berhadapan dengan segala kemungkinan dalam PRU-14 akan datang setelah serangan bertali arus Pakatan ke atas tubuh badan Najib dan UMNO.

Mat Taib memang benar tidak mempunyai signifikan yang besar kepada politik arus terkini. Namun permainan yang ditunjukkan oleh UMNO dan Najib sebenarnya membuktikan bahawa di sebalik segala cakap-cakap kononnya UMNO dan Najib sudah berada pada peringkat paling lemah, sebenarnya adalah tidak benar. Bahkan sebarang langkah yang dibuat oleh UMNO dan Najib, natijahnya adalah ke atas Pakatan Harapan sendiri.

Mungkin DAP dan PAN tidak terkesan tetapi PKR dan PPBM terlalu gelabah dengan pengumuman Najib. Apatah lagi mereka juga sedar, Mat Taib hanyalah langkah pertama Najib dan UMNO dalam pra-PRU-14.

4 comments:

Anonymous said...

Bukan senang nak cari 8 org melompat,dan PAS pun bukan mudah utk bersetuju,terutama yg dah jadi exco tu.Kita bukan tak tahu ,Iskandar cukup benci dgn Umno ,walau pun dia boleh jadi engineer pun hasil polisi Pendidikan yg di rancang Umno,kalau di S'pore dia entah setakat mana je,begitu juga kalau negara ini di teraju DAP .Melayu rami yg tak pandai mengenang jasa.



Anonymous said...

Kalau tak salah Tian chua ni ada rekod gigit telinga polis suatu ketika dahulu tapi masih jadi MP, mmg specis low class MP, only in Malaysia...

Unknown said...

Saya Tak Tahu..

Anonymous said...

Burung yg hinggap atas pagar tu kira nak cari makan. Kena juga turun akhirnya 'Perjuangan utk Melayu' bermakna ' Perjuangan cari makan kerana perut tak tahan lagi, maklumlah disumbat sekian lama dlm UMNO mana boleh tahan lagi.

 
Blogger Templates