Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, October 1, 2017

APA AGENDA SEBENAR PERLANTIKAN WAN JI SEBAGAI PEGAWAI PENERANGAN LIM GUAN ENG?!!!



DAP dan Lim Guan Eng tidak pernah berselindung tentang perasaan benci mereka kepada Islam dan umat Islam di negara ini. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan siyasah Islam, mereka akan tentang habis-habisan bahkan akan melabelkannya sebagai TALIBANISASI atau pendoktrinan Islam ke atas bukan Islam walaupun undang-undang berkenaan hanyalah untuk orang Islam sahaja.

Sebaliknya apa-apa yang dilarang oleh Islam, mereka akan sokong sepenuhnya malah mendesak agar umat Islam di negara ini menerima pakai larangan tersebut supaya Malaysia tidak dilabelkan sebagai negara yang ketinggalan, jumud serta bersama-sama negara maju lain.

RUU355 mereka tentang habis-habisan tetapi arak, pelacuran dan perjudian bahkan dadah, mereka kunci mulut, bahkan amat marah sekiranya kerajaan atau orang Islam melancarkan peperangan untuk memerangi gejala-gejala berkenaan.


Untuk merealisasikan tujuan tersebut, DAP khususnya Lim Guan Eng perlu mengambil atau mengupah dari kalangan orang Melayu sendiri untuk bekerja dengannya. Ia samalah seperti operasi yang dilakukan oleh komunis pada zaman darurat dahulu. Menggunakan dan mempengaruhi masyarakat Cina dengan gambaran, Tanah Melayu akan dijajah dan ditukarkan menjadi salah satu koloni Empayar Komunis Nanyang sebelum melakukan tindakan menakut-nakutkan penduduk tempatan khususnya orang Melayu menerusi pembunuhan imam-imam, ketua-ketua kampung  dan pemimpin-pemimpin tempatan dengan alasan talibarut Jepun, sehinggalah akhirnya terpaksa meminta bantuan daripada Onn Jaafar bagi mengurangkan sekaligus menghentikan tindakan balas orang Melayu khususnya di Batu Pahat dan Seri Medan, Johor.

Kejayaan komunis menyerang dan memusnahkan sekurang-kurangnya tiga buah balai polis terutama sekali Balai Polis Bukit Kepong dalam tempoh tersebut, telah menyebabkan mereka berasa perlunya Melayu di dalam pasukan tersebut. Rejimen Ke-10 yang tidak dilengkapi senjata, tidak mempunyai sebarang kemahiran tatktikal sebaliknya hanya sebagai pengantin di dalam PKM sebagai topeng konon-kononnya PKM turut disokong oleh orang Melayu, sentiasa diperkenalkan dan diuwar-uwarkan walaupun hakikatnya hampir kesemua pemimpin-pemimpin Melayu Rejimen Ke-10 sebenarnya adalah pejuang kemerdekaan yang menganggap, British bukanlah pihak yang boleh dibawa berunding untuk kemajuan, sebaliknya mereka selaku pemimpin yang dilabelkan sebagai puak kiri, ditekan, ditangkap dan dipenjarakan serta dihukum berat, hanya semata-mata kerana kebimbangan British mereka mampu mewujudkan revolusi besar sekaligus menyebabkan Empayar British akan muflis memandangkan kerugian besar yang dialami akibat Perang Dunia Kedua.

DAP menggunakan modus operandi yang sama. Semenjak dari tahun 1965 lagi, DAP yang konon-kononnya merupakan parti majmuk, hanya pada peringkat formaliti sahaja memandangkan kuasa-kuasa besar dalam parti tersebut dipegang oleh kelompok pemimpin Cina yang sangat pro-Lim Kit Siang.



Secara gelap, DAP pernah berpakat dengan PAS beberapa bulan sebelum PRU-3 tahun 1969 sepertimana tuduhan yang dibuat oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku dalam pendedahannya mendakwa, PAS menerima bantuan kewangan daripada PAP menerusi DAP untuk mengalahkan calon-calon Perikatan. DAP turut menaja PAS untuk meletakkan calon-calon Melayu di kerusi-kerusi bermajoriti Cina bagi tujuan memecahkan undi dan memastikan kemenangan DAP. Tuduhan tersebut disangkal keras oleh PAS, malah berlaku upacara sumpah junjung al Quran di dalam masjid melibatkan Tunku dan Asri Muda yang merupakan Presiden PAS pada waktu itu. (RUJUK SINI)

Apabila Operasi Lalang yang diwujudkan oleh pentadbiran Dr. Mahathir pada tahun 1987, DAP dan PAS mulai bekerjasama secara terang-terang. Namun hanya pada tahun 2008, PAS dan DAP bekerja dalam satu pasukan yang membolehkan DAP menang lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN. Kejayaan lebih besar turut dikecapi oleh DAP pada tahun 2013 membuatkan DAP khususnya Lim Guan Eng besar kepala dan menghalau PAS dari Pakatan Rakyat dengan harapan, tempat PAS akan dapat digantikan oleh PAN, sebuah parti serpihan PAS tajaan DAP.



Ini adalah kerana hampir kebanyakan pemimpin-pemimpin sensasi PAS telah berjaya ditakluk oleh DAP untuk dipindahkan ke PAN. Bagaimanapun, jangkaan DAP tidak menampakkan hasil. PAN tiak menunjukkan keputusan dan memberikan hasil sepertimana yang diharapkan oleh DAP. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, pengaruh PAN di kalangan orang Melayu, khususnya ahli-ahli PAS, masih terlalu mentah dan jauh. PAN tidak mungkin dapat mengatasi atau pun menyamai PAS.

DAP kemudian beralih kepada objektif utama mereka iaitu menghuru-harakan orang Melayu beragama Islam demi mencapai maksud yang lebih jitu sepertimana yang dibuat oleh komunis dan Zionis Israel.

Kini PAS telah meletakkan TALAK TIGA dalam hubungan dengan DAP serta parti-parti politik yang masih bekerjasama dengan DAP. Dengan kata-kata lain, sekiranya tidak ditangani masalah ini, DAP akan kehilangan banyak kerusi yang dalam dua PRU mendapat bantuan daripada PAS untuk menang.

Maka bermulalah pengimportan dan pengupahan orang Melayu dalam organisasi propaganda DAP sepertimana yang dilakukan oleh Komunis dengan Rejimen Ke-10. Nama-nama seperti Zainul Faqar, Zaidi Ahmad, Rara Othman, Dyana Sofya dan beberapa nama Melayu lain, khususnya dari pusat ternak mereka, Sekolah Demokratik, kini bertambah pula dengan nama terbaharu, Wan Ji Husin, bekas ahli PAS yang kemudian melompat ke PAS dan sekarang DAP.


Tokoh Melayu terbaharu di dalam kem Lim Guan Eng yang sudah pasti ditugaskan bukan sahaja untuk membuat pengeliruan dan pemerdayaan, bahkan pengherotan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada Lim Guan Eng dan DAP.

Wan Ji dan kontroversi fatwa-fatwa serta pemikirannya bukanlah satu perkara baru. Semenjak dia di dalam PAS lagi, dia memilih jalan radikal untuk menonjolkan diri sepertimana yang dilakukan oleh Rafizi dalam PKR.


2013, dalam satu klip video yang pernah viral tetapi kemudian dilupakan, namun sekarang ini kembali semula, Wan Ji merangkakan tempoh dan gerak cara yang membolehkan Institusi Kesultanan Melayu di Malaysia dihapuskan bagi membolehkan negara ini mengamalkan sistem Republik. Tidak hanya bercakap dan beraksi yang kemudian dirakamkan dalam video, Wan Ji turut menyatakan perkara itu secara bebas menerusi Twitter.

Ogos 2014, Wan Ji tidak mengaku salah kerana menghina KDYMM Sultan Selangor. (RUJUK SINI)

Disember 2016, Wan Ji sekali lagi didakwa menghina institusi raja-raja Melayu menerusi sebuah ceramah di sebuah surau mengakibatkan surau berkenaan membuat laporan polis. (RUJUK SINI)



Jun 2016, Wan Ji menyatakan, tidak salah untuk mereka yang tidak berpuasa makan di khalayak ramai. (RUJUK SINI)

Itu hanyalah sebahagian daripada kenyataan-kenyataan kontroversi yang melibatkannya.

Antara ciri Khawarij adalah keras terhadap umat Islam tetapi berlemah lembut terhadap kafir, rujuk Fathul Bari, XII/301.

Kita nampak ciri ini pada Wan Ji. Dia sanggup mencari jalan untuk menghapuskan sistem beraja dan di sudut yang lain pula dia sangat berlembut dengan kafir hingga sanggup menjadi benteng kepada Guan Eng.

Kenapa Guan Eng dan kerajaan Pulau Pinang melantik Wan Ji, seorang yang cita-citanya mahu meruntuhkan sistem beraja, sebagai pegawai penerangannya? Apa agenda mereka?


5 comments:

Anonymous said...

Seorang lagi yg cukup anti melayu, agama islam dan ulama

Out syed the box

Kenapa penulis blog ni kebal sangat

Anonymous said...

Ustz dah jdi terompah dap. Nak cari habuan dunia.

Anonymous said...

Sudah terang dia mengaku mempunyai perancangan menghapuskan sultan. Adakah manusia khawarij ini masih tidak boleh didakwa?

Anonymous said...

Dah kena rasuah dgn dap kan dap ni komunis duit haram byk..jolok la tekak anak bini dgn duit haram komunis...

Anonymous said...

Dah kena rasuah dgn dap kan dap ni komunis duit haram byk..jolok la tekak anak bini dgn duit haram komunis...

 
Blogger Templates