Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, October 3, 2017

EPISOD SYED SADDIQ TERKANTOI BIARPUN PADA MASA YANG SAMA, PARA PENYOKONG GUNA CERITA RM5 JUTA UNTUK MENG'HERO'KANNYA!!!



Syed Saddiq semalam benar-benar mencipta fenomena!

Hari ini, beritanya dengan RM5 juta menjadi tajuk-tajuk utama akhbar dan media sosial. Di kumpulan-kumpulan WhatsApp terutama yang dikuasai oleh Pakatan, cerita RM5 juta telah menjadikan Syed Saddiq sebagai ADIWIRA yang kononnya mempunyai pendirian yang sangat teguh dan tidak mudah goyah walaupun terpaksa mengorbankan pelajaran di institusi pengajian tinggi yang kononnya menjadi idamannya.

Itulah sebenarnya yang dimahukan oleh Syed Saddiq. Semua matlamatnya tercapai. Lebih penting, dia berjaya menimbulkan persoalan dan mencipta keretakan dalam kumpulan cybertrooper pro-BN.

Mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan idola pujaannya, Dr. Mahathir, barangkali merupakan satu tugas yang dianggap suci dan mulia. Pada masa yang sama, mampu pula menghadirkan alasan dan hujah baru kepada para penyokong untuk membalas serangan atau paling tidak pun untuk mengejek-ejek UMNO dan Najib Abdul Razak.


Cerita RM5 juta sekarang ini amat popular. Nama seseorang yang dikaitkan dengan cubaan menyogok Syed Saddiq dengan wang bernilai RM5 juta agar dia keluar dari Parti Cap Bunga, dikaitkan sebagai penasihat paling akrab Perdana Menteri, malahan dikatakan sebagai pakar strategi Najib Abdul Razak. Lebih menarik ialah para penyokong Pakatan yang gagal menjawab serangan-serangan pro-BN sebelum ini, menggunakan hujah kononnya individu berkenaan merupakan Godfather kepada semua sibertruper pro-BN walaupun dia sendiri tidak pernah muncul di khalayak ramai dan amat asing kalangan pemain-pemain media sosial.


Dan kini, Syed Saddiq berhadapan dengan cabaran besar untuk membawa kes RM5 juta itu ke pengetahuan SPRM bagi siasatan dan tindakan lanjut seandainya benar dia mempunyai bukti sebagaimana yang didakwa. Semalam, Syed Saddiq berkata, dia masih menimbang-nimbang untuk membuat laporan SPRM sekiranya keluarganya terancam sekaligus menimbulkan pertanyaan besar, mengapa dia tidak segera menggunakan peluang keemasan itu untuk menghentam Najib semahu-mahunya apatah lagi individu berkenaan didakwa kesayangan Najib-Rosmah.

Hari ini pula, kerana kenyataan yang dikeluarkannya, bekas Naib Presiden PPBM, Hamidah Osman membuat laporan kepada SPRM setelah dituduh menerima RM5 juta daripada UMNO untuk keluar parti dan menyerang kembali PPBM. Semalam, dalam sebuah kumpulan WhatsApp, Hamidah dan adiknya, Hamizura, berkonfrontasi dengan Syed Saddiq dan Sanusi Junid. Malangnya, Syed Saddiq langsung tidak menjawab walaupun membaca manakala Sanusi Junid pula tidak mampu menjawab YA atau TIDAK, sebaliknya terpaksa memberi alasan berbelit-belit sebelum cuba melarikan diri dengan keluar dari kumpulan WhatsApp tersebut.


Pada masa yang sama, surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford yang ditunjukkan oleh Syed Saddiq sebelum ini, mula dipersoalkan berdasarkan tarikh-tarikh yang tertera pada surat berkenaan.

Tarikh surat dihantar adalah 17 Mei 2017.
Tarikh surat diterima adalah 15 Jun 2017
Oxford meminta jawapan balas pada 11 Mei 2017
Sidang media Syed Saddiq pula adalah 2 Oktober 2017.

Yang dipersoalkan adalah, mengapa Oxford minta jawab surat sebelum surat dipos?



Dan di sebalik semua perhatian dihalakan kepada Syed Saddiq, Dr. Mahathir terselamat daripada sebarang serangan apabila buat kali pertama memasuki Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur. Dr. Mahathir yang pernah terkenal kerana permusuhannya dengan DAP dan Lim Kit Siang, kini bekerjasama sepenuhnya dengan DAP.


3 comments:

BooDeer said...

amno memang pati rasuah.... tak kan benda besar mcm tu pun nak kena bagi tau, nampak sangat, buta... rasuah kbs 100j, diam jeer, rasuah 40juta, 300 juta, yg paling hebat 2.6b... nak cari rezeki pun, jangan laa dengan peti penyamun

Anonymous said...

kalau betul dipihak yg benar lagi suci....buat repot polis&sprm ler...tak payah berbelit2 cakap...macam ler semua orang m'sia ni bodoh nk percaya ckp budak hingusan ni...lain lah bagi pengikut2 dia yg memang bodoh....

Anonymous said...

Nak angkat martabat Melayu dengan penyamun UMNO.

 
Blogger Templates